Jumaat 02/08/2024
Program baharu memperkasa syarikat permulaan di Asia Pasifik untuk membangunkan aplikasi AI bertaraf dunia
SAN FRANCISCO, 2 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SingleStore, platform data masa nyata yang membantu pengguna melakukan transaksi, menganalisis dan mengkontekskan data masing-masing, pada hari ini mengumumkan bahawa pelancaran program pemecut baharu untuk syarikat permulaan AI di rantau Asia Pasifik. Program tersebut meneruskan visi SingleStore untuk bekerjasama dengan perniagaan di rantau ini bagi membangunkan aplikasi AI bertaraf dunia.
SingleStore komited untuk melaksanakan inovasi dan memajukan pembangunan AI di Asia dan di seluruh dunia. Secara khususnya, India dan Singapura bersedia menjadi hab inovasi teknologi, dengan pelaburan kerajaan dan swasta yang besar melimpah masuk ke dalam pembangunan AI. Matlamat SingleStore untuk program pemecut ialah untuk membantu komuniti syarikat permulaan membangunkan teknologi AI terkini melalui cara penggunaan data yang terbaik dan paling bertanggungjawab. Syarikat permulaan yang layak akan dapat memohon kredit SingleStore bagi membantu membina, mengembangkan dan menskalakan misi masing-masing.
“Ini ialah masa yang baik untuk berada dalam industri teknologi di India dan Singapura, kerana ekonomi kedua-dua negara yang sedang berkembang maju dan terpelbagai cukup menarik untuk pelaburan teknologi,” kata Raj Verma, Ketua Pegawai Eksekutif SingleStore. “Kami berada di sini bertujuan membantu rantau ini menjadi hab AI dan inovasi teknologi, serta komited untuk menyediakan pengguna dengan platform data yang teguh bagi menyokong keperluan data semasa dan masa depan masing-masing.”
“Pemasaran B2B telah menjadi benar-benar dipacu data, memerlukan platform data dengan kelajuan, skala dan kesederhanaan, mengautomasikan analisis data dalam milisaat dan bukannya minit,” kata Aravind Murthy, Pengasas Bersama, Factors.AI. “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan SingleStore dalam memupuk pembangunan dan penggunaan AI sambil menyediakan analisis data masa nyata kepada pelanggan B2B kami.”
Sebagai satu-satunya platform data yang boleh bertindak sebagai gedung tunggal untuk semua aplikasi AI, SingleStore kekal di barisan hadapan dalam inovasi AI generatif. Syarikat tersebut mengeluarkan versi terkini platform data pada bulan Jun 2024 dan program pemecut AI baharu ini akan menjadi aset untuk menyokong syarikat permulaan baharu yang semakin meningkat dan pelanggan yang ingin memanfaatkan data masing-masing bagi memajukan pertumbuhan syarikat mereka.
Pada tahun 2024, SingleStore memperoleh lima Anugerah Terbaik TrustRadius 2024, paling banyak yang pernah dimenangi oleh syarikat dalam masa setahun. Empat daripada anugerah tersebut diperoleh untuk tahun ketiga berturut-turut, manakala pengiktirafan dalam kategori Pangkalan Data Vektor ialah yang pertama kali.
Untuk merasai pengalaman fungsi aplikasi AI baharu dengan SingleStore, sila kunjungi di sini. Ketahui lebih lanjut tentang SingleStore di sini.
Sumber Tambahan: