ALAMI PENGINAPAN BAHARU DI PERKAMPUNGAN HAKUBA DI "RYOKAN SUI" KENDALIAN ABEST UNTUK MENYELAMI PINTU MASUK MUKTAMAD "WA-MODEN"

Rabu 11/12/2024

KOBE, Jepun, 11 Dis., 2024 /Kyodo JBN/ --

Hakuba Ryujin Onsen di Perkampungan Hakuba, Nagano, yang dikendalikan oleh Abest Corporation yang beribu pejabat di bandar raya Kobe, Hyogo, akan dibuka semula sebagai "Hakuba Ryujin Onsen RYOKAN SUI" pada pertengahan Disember 2024, dengan menawarkan satu pengalaman musim sejuk yang bertukar baharu. Pengubahsuaian tahun ini termasuk peningkatan yang meluas kepada bilik-bilik tetamu di bangunan utama dan kemudahan onsen (spa panas). Terletak di Perkampungan Hakuba sebagai sebuah destinasi pelancongan antarabangsa yang terkenal, "RYOKAN SUI" menawarkan satu gabungan unik bagi estetika Jepun tradisional dan keselesaan moden, dengan memberikan suatu penginapan yang tidak dapat dilupakan.
 
Laman web rasmi: https://www.hakuba-ryujin.com/en/
 
"RYOKAN SUI" – Satu Gabungan yang Harmoni mengenai Kecantikan Tradisional Jepun dan Keselesaan Moden
Nama itu telah diubah dengan tujuan untuk membolehkan lebih ramai tetamu antarabangsa mengalami budaya, keindahan dan penyembuhan Jepun melalui konsep "RYOKAN" (rumah penginapan gaya Jepun). Selain itu, hotel itu menampilkan jenama hotel "Siri SUI" yang dikendalikan oleh Kumpulan Abest, yang diilhamkan oleh estetika zaman Edo iaitu "iki (kegayaan)" dan "sui (keanggunan)." Ia menampilkan reka bentuk yang canggih, kemudahan yang berkualiti tinggi, perkhidmatan yang membangkitkan tradisi dan layanan mesra Jepun. "RYOKAN SUI" akan menggabungkan "wa" (elemen Jepun) yang lebih mendalam dan berubah menjadi satu penginapan "wa-moden" yang lebih halus untuk menawarkan satu ruang unik yang bercampur dengan keindahan semula jadi Perkampungan Hakuba.
 
Sorotan bagi Pengubahsuaian itu: Satu Pengalaman Menginap untuk Menyeronokkan Kesemua Lima Deria
Pengubahsuaian itu adalah berdasarkan konsep "Wa-kon Moden (Semangat Jepun Moden)," yang lahir daripada perspektif Ryujin Onsen yang menggabungkan intipati budaya dan semangat Jepun tanpa terikat dengan unsur tradisional sahaja. Kawasan ruang menyambut tetamu yang direka bentuk baharu dan bilik-bilik tetamu di bangunan utama mempunyai siling hitam tinggi yang dihiasi dengan brokat tradisional Jepun "tenunan Nishiki" untuk mewujudkan satu rasa kemewahan dan kekuatan. Bilik-bilik yang luas itu, yang boleh memuatkan sehingga enam orang, juga termasuk bilik tidur jenis loteng dan bilik dengan katil dua tingkat, untuk menjadikannya sesuai bagi kumpulan dan keluarga menghabiskan penginapan yang selesa.
 
Kawasan mandian onsen dan batuan dasar, dengan satu reka bentuk berasaskan hitam yang tenang, telah diubah untuk menjadi sebuah ruang yang lebih santai untuk tujuan penyembuhan badan dan minda. Bilik persalinan yang berlapiskan tatami dengan penutup lampu yang berinspirasikan naga yang mengagumkan menyediakan sebuah tempat yang santai untuk berehat selepas menikmati mandian mata air panas.
Untuk maklumat lanjut dan butiran: https://drive.google.com/drive/folders/1d0BaIEegO--Qt6Uaelv5uSSx039ddl-k?usp=sharing
 
Sumber: Abest Corporation

--BERNAMA
 

+