KAJIAN BAHARU TRAVELOKA DEDAH PERUBAHAN TREND PELANCONGAN DI ASIA-PASIFIK

Isnin 16/12/2024

Table
Kajian Baharu Traveloka Dedah Perubahan Trend Pelancongan di Asia-Pasifik
 
·   Kajian melibatkan kira-kira 12,000 responden meliputi sembilan pasaran mendedahkan tabiat pelancongan baharu, dari pemilihan nilai harga sehinggalah ke pilihan pelancongan lebih hijau yang membentuk lanskap pelancongan masa hadapan Asia-Pasifik.
·   Di Malaysia, 82% pengembara Malaysia cenderung kepada pilihan pelancongan lebih hijau, dengan catatan peratusan lebih tinggi berbanding purata rantau. 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Dis (Bernama) -- Traveloka, platform pelancongan terkemuka di Asia Tenggara dengan kerjasama YouGov berkongsi mengenai dapatan kajian baharu mereka, “Travel Redefined: Understanding and Catering to the Diverse Needs of APAC Travellers”. Dapatan kajian ini adalah hasil daripada respon daripada kira-kira 12,000 responden meliputi sembilan negara(1), dengan kira-kira 1,000 responden merupakan dari Malaysia. Kajian ini mendedahkan maklumat tabiat dan kecenderungan pelancongan yang semakin berkembang yang membentuk lanskap pelancongan di Asia Pasifik. Tambahan, kajian ini turut memberikan maklumat bersama tindakan yang boleh diambil dalam menjangkakan trend dan menghasilkan pengalaman pengembara yang bermakna buat tahun 2025 dan tahun-tahun seterusnya.
 
“Asia-Pasifik merupakan sebuah rantau dengan peluang yang luas, namun kepelbagaian budaya di rantau ini memerlukan kreativiti dan pendekatan yang tersendiri. Untuk berjaya dalam lanskap pelancongan yang dinamik ini, penyedia pelancongan perlu mempunyai pemahaman yang tinggi terhadap keperluan unik pasaran yang pelbagai. Kejayaan boleh dikecapi dengan mengolah strategi inovatif melalui dapatan kajian, sekaligus membawa pengembara lebih dekat kepada pengalaman yang mereka mahukan,” kata Caesar Indra, Presiden Traveloka.
 
Pengembara Malaysia: Ketenangan di Kawasan Pergunungan Bagi Pelancongan Santai
Di Malaysia, kajian mendedahkan berehat dan memulihkan tenaga merupakan tujuan utama 31% rakyat Malaysia memilih untuk menjalani pelancongan santai, ini merupakan catatan peratusan yang lebih tinggi berbanding purata serantau sebanyak 26%. Sebagai contoh, kebanyakan pengembara di Malaysia cenderung memilih destinasi berunsurkan alam semulajadi dengan kawasan pergunungan mendahului senarai pemilihan dengan 59%, diikuti 57% bagi kawasan pantai dan 42% bagi tapak budaya dan sejarah. Ini mencerminkan keutamaan dan motivasi yang membentuk pemilihan keputusan pelancongan mereka.
 
Pelancongan domestik menjadi pilihan utama
Di rantau Asia-Pasifik, pelancongan domestik kekal sebagai pemacu utama dalam pemulihan sektor pelancongan dan ia juga tidak terkecuali bagi Malaysia. Sebanyak 37% pengembara memilih untuk meneroka destinasi domestik, dikukuhkan oleh faktor seperti harga, kemudahan dan juga keselamatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 24% responden dari Malaysia mempunyai kecenderungan seimbang bagi perjalanan destinasi antarabangsa, sama seperti di pasaran Korea Selatan (24%) dan Australia (27%).
 
Harga Memainkan Peranan Dalam Membuat Keputusan
Seperti di pasaran Asia-Pasifik lain, harga merupakan faktor penentu kritikal di Malaysia dengan 46% responden menyatakan bahawa kemampuan membayar menjadi keutamaan pemilihan penginapan. Ini membuktikan bahawa kos boleh menjadi faktor penentu bagi pengembara untuk mempertimbangkan destinasi yang pada awalnya tidak menjadi pilihan, manakala sebanyak 39% rakyat Malaysia meletakkan promosi dan diskaun sebagai faktor utama berbanding faktor-faktor lain seperti 35% bagi cadangan dari keluarga dan sahabat-handai dan 32% bagi acara dan festival istimewa. Ketika melancong, rakyat Malaysia juga mencatatkan kecenderungan sebanyak 70% untuk menggunakan kad debit dan kredit bagi pembayaran, jumlah lebih tinggi berbanding pilihan lain seperti tunai (62%) dan aplikasi pembayaran lain (45%).
 
Pendekatan Utama Digital: Media Sosial dan platform pelancongan mentakrifkan cara baharu merancang percutian
Bercakap mengenai alat digital untuk merancang percutian, pengembara di Malaysia mencatatkan 52% kebergantungan terhadap media sosial semasa merancang percutian mereka berbanding pengembara serantau pada 42%, ini diikuti oleh platform pelancongan seperti Traveloka pada 49%. Majoriti rakyat Malaysia melahirkan kepercayaan yang semakin meningkat terhadap platform seperti Traveloka, dengan 78% mempunyai tahap keyakinan sederhana terhadap langkah keselamatan Traveloka yang membantu memudahkan proses tempahan dan menyediakan pilihan yang fleksibel. Untuk memperoleh maklumat mengenai destinasi pelancongan baharu, pengaruh media sosial yang semakin meningkat memainkan peranan penting dalam membentuk keputusan pelancongan dengan 64% rakyat Malaysia beralih kepada platform sosial untuk mendapatkan maklumat mengenai destinasi baharu, mengatasi sumber yang lebih tradisional seperti cadangan keluarga (52%) dan laman web dan blog pelancongan (48%).
 
Pelancongan Hijau Semakin Mendapat Perhatian
Akhir sekali, kemampanan kian memainkan peranan penting dalam pilihan pelancongan dengan 82% pengembara Malaysia menjadi ia salah satu faktor dalam membuat keputusan. Ini sejajar dengan purata serantau sebanyak 80% dan membantu dalam mengetengahkan peluang bagi penginapan mesra alam dan hotel dengan amalan hijau, termasuk menjalankan pelancongan eko dan aktiviti berasaskan komuniti di Malaysia untuk meraih tarikan dalam pasaran.
 
Bagi mengakses dapatan kajian yang menyeluruh termasuk analisis terperinci bagi setiap negara, kertas kajian boleh dimuat DI SINI.
 
(1) Mengenai Kajian
Pada tahun 2024, Traveloka telah menjalankan sebuah kajian bagi menyiasat kecenderungan pilihan dan motivasi pelancongan pengguna merentasi sembilan pasaran Asia-Pasifik. Data bagi kajian ini telah dikumpul menerusi panel YouGov. Sebanyak 11,467 responden telah menyertai kajian. Sampel kajian telah direka secara teliti untuk mewakili populasi di setiap negara, memastikan kumpulan responden yang luas dan inklusif sejajar dengan objektif dan demografi sasaran kajian. Untuk maklumat lanjut, rujuk segmen “Methodology” di dalam laporan kajian yang boleh di muat turun DI SINI.
 
Mengenai YouGov
Yougov merupakan firma pendapat awam dan analisis data global yang terkenal dengan penyelesaian penyelidikan pasaran yang tepat dan inovatif. Dengan rangkaian luas yang merangkumi 55 pasaran di seluruh dunia, YouGov menggunakan metodologi pengumpulan data lanjutan dan panel kukuh dengan lebih 26 juta ahli untuk menyampaikan maklumat yang boleh dipercayai. Pendekatan komprehensif mereka meliputi pelbagai industri, termasuk perjalanan, menyediakan data berharga tentang pilihan, tingkah laku dan trend pengguna. Dengan memanfaatkan kepakaran YouGov, perniagaan boleh membuat keputusan termaklum untuk meningkatkan strategi mereka dan melibatkan khalayak sasaran mereka dengan berkesan.
 
Mengenai Traveloka
Traveloka merupakan sebuah platform pelancongan terkemuka di Asia Tenggara yang memudahkan pengguna untuk meneroka, menempah dan menikmati pelbagai jenis produk pelancongan. Platform ini menawarkan pelbagai pilihan pengangkutan yang luas, termasuklah penerbangan, bas, kereta api, kereta sewa dan perkhidmatan pengantaraan ke lapangan terbang. Tawaran penginapan yang ditawarkan oleh Traveloka juga adalah pelbagai yang merangkumi seperti hotel, apartment, rumah tamu, inap desa, resort dan vila. Tambahan lagi, platform ini juga dapat meningkatkan pengalaman percutian pengguna dengan menawarkan pakej kapal pelayaran dan akses untuk pelbagai tarikan tempatan lain seperti taman tema, muzium, lawatan harian dan banyak lagi.
 
Ditubuhkan di Indonesia pada tahun 2012, syarikat ini turut beroperasi di Thailand, Vietnam, Singapura, Malaysia, Australia dan Filipina. Traveloka menyediakan perkhidmatan pelanggan 24/7 dalam bahasa tempatan serta menawarkan lebih daripada 40 kaedah pembayaran yang berbeza. Aplikasi Traveloka kini telah dimuat turun lebih daripada 140 juta kali dan mempunyai lebih 50 juta pengguna aktif bulanan, menjadikannya platform pelancongan paling popular di Asia Tenggara.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari:: www.traveloka.com 

SUMBER: Traveloka

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Pasukan Komunikasi Traveloka
Emel: pr@traveloka.com 

--BERNAMA 
+