LALUAN RENTAS LAUT HUANGMAOHAI DI GUANGDONG, JAMBATAN LEBUH RAYA TIGA MENARA BERKABEL YANG TERBESAR DI DUNIA, DIBUKA KEPADA LALU LINTAS, MENGURANGKAN MASA PERJALANAN DI ANTARA ZHUHAI DAN JIANGMEN KEPADA 30 MINIT

Isnin 16/12/2024

Table

Laluan Merentas Laut Huangmaohai


ZHUHAI, China, 16 Dis, 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Jalan Penghubung Huangmaohai, sebuah projek laluan rentas laut utama yang baharu di Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau, mula beroperasi secara percubaan pada 11 Disember. Projek ini, yang direka bentuk sebagai sebuah lebuh raya dua hala, enam lorong dengan had kelajuan 100 kilometer sejam, adalah sepanjang 31 kilometer dari Pekan Pingsha di bandar raya Zhuhai ke Pekan Doushan di bandar raya Taishan, yang merupakan sebahagian daripada Jiangmen. Apabila siap, masa perjalanan di antara kedua-dua bandar raya itu akan dikurangkan daripada lebih satu jam kepada kira-kira 30 minit.
 
Sebagai sambungan barat bagi Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau, laluan itu mula dibina pada Jun 2020 dan lulus pemeriksaan penerimaannya pada November 2024. Ia merangkumi dua buah jambatan utama, iaitu Jambatan Pelabuhan Gaolan dan Jambatan Huangmaohai, jambatan reka bentuk lebuh raya tiga menara berkabel yang terpanjang di dunia, Dengan menghubungkan Hong Kong dan Macau melalui Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau, laluan itu menawarkan satu pemandangan yang mengagumkan bagi menara yang seakan pinggul langsing yang menampakkan laut dan kawanan burung bangau yang terbang dengan anggun. Selain itu, ia membawa pelancong kepada tarikan seperti Jiangmen seperti menara pemerhati yang sudah lama dan Birds' Paradise yang mesra alam, sebuah taman tanah paya, di mana mereka boleh mencari jalan ke restoran tempatan yang menyajikan makanan laut. 
 
Pusat pentadbiran bagi Jalan Penghubung Huangmaohai itu memperkenalkan bahawa projek itu, yang diawasi oleh Kumpulan Komunikasi Wilayah Guangdong dan melibatkan 31 organisasi dan hampir 10,000 orang pekerja, mengharungi cabaran yang menggerunkan, termasuk taufan super yang kerap berlaku, berjaya disiapkan dalam masa hanya enam tahun -- satu kepantasan yang mencerminkan apa yang dipanggil oleh pegawai-pegawai sebagai "Kelajuan Huangmaohai". Bukan sahaja berfungsi, laluan itu menggabungkan estetika yang menarik. Dua jambatan utama, Jambatan Pelabuhan Gaolan dan Jambatan Huangmaohai, mempunyai lima menara berkabel, yang menyerupai pinggul langsing yang menjulang dengan anggun di atas laut. Melebihi penampilan itu, projek berkenaan mempelopori tujuh inovasi, termasuk struktur bagi menara konkrit bertetulang tiang tunggal bermuka lengkung dan kawalan aerodinamik untuk menahan getaran dan gegaran vorteks dalam galang kotak keluli jenis terbelah. Diberi nama sebagai "laluan rentas laut paling hijau", projek itu memintas rizab semula jadi yang dilindungi secara ekologi dan menawarkan pemandangan burung bangau yang terbang seiring dengan laluan itu, yang menggariskan satu visi keindahan semula jadi, kemanusiaan dan budaya.
 
Bagi penduduk SAR Hong Kong, SAR Macau dan Cina di luar negara, laluan itu menawarkan laluan paling pantas ke Jiangmen melalui Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau. Bersama-sama dengan laluan utama lain di Kawasan Teluk Besar, seperti Jambatan Huangpu, Jambatan Nansha, Jambatan Humen, Jalan Penghubung Shenzhen-Zhongshan dan Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau, ia akan menjalin satu rangkaian luas rentas laut dan sambungan merentas sungai merentasi Kawasan Teluk Besar. Rangkaian yang bercita-cita tinggi ini bersedia untuk mempercepatkan transformasi rantau itu untuk menjadi sebuah hab pengangkutan yang bertaraf dunia, memupuk penyepaduan yang lebih mendalam merentasi industri, teknologi, budaya dan pelancongan di antara Kawasan Teluk Besar dan Guangdong barat.
 
Sumber: Pusat Pentadbiran bagi Laluan Rentas Laut Huangmaohai

--BERNAMA
+