LANCANG-MEKONG INTERNATIONAL FILM WEEK KE ENAM MEMBUKA JAMBATAN UNTUK PERTUKARAN BUDAYA DAN PEMBELAJARAN BERSAMA

Isnin 23/12/2024

Table
Lancang-Mekong International Film Week Ke 6 bermula di Phnom Penh pada 17 Disember. (foto oleh Li Tao) 
 
PHNOM PENH, Cambodia, 23 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lancang-Mekong International Film Week Ke-6 bermula pada 17 Disember di Phnom Penh, ibu negara Kemboja, membawa pengalaman panggung wayang selama lima hari kepada khayalak tempatan.

Menteri Budaya dan Seni Halus Kemboja, Phoeung Sakona, menekankan bahawa acara ini menjadi platform untuk mempromosikan dialog budaya dan kerjasama erat antara negara dalam subrantau Lancang-Mekong.

Sepanjang minggu filem, 20 filem dari negara Lancang-Mekong akan ditayangkan, mempamerkan kepelbagaian tema dan genre, termasuk komedi, aksi, percintaan dan fiksyen sains.

Antaranya ialah Rooftop Soccer, yang memenangi anugerah Filem Kanak-kanak Terbaik di Golden Rooster Awards Ke 37 di China. Filem ini mempersembahkan kepada khalayak tarikan unik kampung-kampung purba dan adat resam etnik di Yunnan.

Satu-satunya ciri animasi dalam acara tersebut, I Am What I Am, memperkenalkan kepada penonton budaya tarian singa Cina tradisional dan adat resam Lingnan melalui visual yang memukau dan jalan cerita yang menginspirasikan.

Filem Kemboja When Mom Gets Old memberi tumpuan kepada kehidupan wanita tua dan menonjolkan konflik antara generasi, menjentik minda untuk bermuhasabah diri.

Filem Thailand Grandma’s Grandchild, yang menunjukkan dinamik emosi yang sinis dalam keluarga Thai-China tiga generasi tradisional, memecahkan beberapa rekod jualan terlaris setelah ditayangkan.

Melalui filem-filem ini, khalayak boleh mengembara, bermuhasabah diri, dan merasa, mengalami landskap yang memukau, budaya yang kaya, dan resonans emosi enam negara Lancang-Mekong ini.

Selain itu, pelbagai aktiviti seperti lawatan budaya, perbincangan dan promosi projek mengayakan lagi signifikan budaya minggu filem dan meningkatkan pengaruh jenamanya.

Zhai Yulong, Pengarah Yunnan Provincial Film Bureau China, menyatakan harapannya bahawa acara ini akan terus memupuk budaya pertukaran filem, memantapkan komunikasi antara pembuat filem, dan mengukuhkan ketersambungan dalam industri filem, menggalakkan kemakmuran dan pembangunan sektor filem merentasi negara Lancang-Mekong.

En. CHEN Cong, Menteri-Kaunselor Kedutaan Republik Rakyat China ke Negara Kemboja, berkata bahawa Lancang-Mekong International Film Week menggalakkan pertukaran, kerjasama dan pembangunan mendalam dengan berkesan dalam industri filem di rantau ini, dan pada masa yang sama meningkatkan kefahaman bersama dan persahabatan antara warga negara-negara ini.

Dengan berlangsungnya Lancang-Mekong International Filem Week yang Ke Enam, satu era baharu yang menarik bagi penyepaduan budaya dan kefahaman bersama sedang jelas dilakar, menunjukkan bahawa tamadun diperkayakan melalui pertukaran dan berkembang melalui pembelajaran bersama.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54170021/en 


Contacts

 Eason Zhou
 E-mel: evisionsinfo@gmail.com 

SUMBER: Yunnan Information Office

--BERNAMA
+