ISU TULAR BERKENAAN INSIDEN BULI BERBAUR PERKAUMAN DAN BUDAYA TOKSIK DI SEBUAH HOSPITAL DI NEGERI SABAH

Selasa 28/01/2025

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima aduan yang diterbitkan di media sosial dan media tempatan berkenaan insiden buli berbaur perkauman dan budaya kerja toksik di sebuah hospital di Sabah.

Isu ini telah dirujuk kepada Unit Integriti untuk siasatan dan tindakan susulan akan diambil secepat mungkin. Pihak yang berkenaan juga digalakkan membuat laporan rasmi melalui sistem MyHelp untuk membantu siasatan.

Perlakuan buli dalam apa jua bentuk dan kategori tiada tempat dalam KKM. KKM mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap buli dan kerana ini bertentangan dengan hasrat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan adil untuk semua. Tindakan tegas termasuk tindakan tatatertib akan diambil ke atas pelaku sekiranya kesalahan dapat dibuktikan.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
27 JANUARI 2025

SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Timothy Palavadram
Pegawai Perhubungan Awam
Kementerian Kesihatan Malaysia
E-mel: timothy.palavadram@moh.gov.my

--BERNAMA

 

+