(Grafik: Xsolla) Day Of The Devs yang Dikuasakan oleh Xsolla akan Raikan Kreativiti dan Wujudkan Peluang Bersama untuk Pembangun Permainan daripada Pelbagai Genre, Latar Belakang, Dan Lokasi LOS ANGELES, 14 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, sebuah syarikat dagangan permainan video global yang terkemuka, mengumumkan penajaan utama mereka untuk tahun 2025 kepada Day of the Devs, sebuah organisasi bukan keuntungan yang meraikan kreativiti, kepelbagaian dan keajaiban permainan video. Pengumuman ini menggariskan komitmen Xsolla untuk memperkasakan pembangun permainan dan mewujudkan peluang bersama untuk bakat kreatif dan pembangunan di seluruh dunia.
"Kerjasama dan kolaborasi ini menggariskan misi berterusan kami untuk memperkasakan pembangun dan membuat permainan lebih boleh dicapai di seluruh dunia, tidak kira saiz dan lokasi asal mereka," kata Berkley Egenes, Ketua Pegawai Pemasaran & Pertumbuhan. "Day of the Devs yang dikuasakan oleh Xsolla akan menyediakan platform terunggul untuk menyokong bakat dan kreativiti yang pelbagai, dan mencipta saluran untuk mewujudkan peluang bersama untuk para pembangun. Kami amat bangga dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif ini."
Day of the Devs, yang dikuasakan oleh Xsolla, akan merancang acara dan peluang yang hebat untuk pembangun permainan video bagi mempamerkan permainan baharu mereka dan menjalinkan hubungan dengan peneraju industri untuk membantu mereka membangunkan perniagaan permainan mereka. Sebagai permulaan untuk tahun 2025, Day of the Devs: Edisi San Francisco akan diadakan pada Ahad, 16 Mac 2025 di The Midway di San Francisco, yang menghimpunkan peminat dan pembangun permainan indie untuk bermain beberapa tajuk pilihan yang menakjubkan. Butiran lanjut tentang acara ini boleh ditemukan pada halaman Eventbrite.
di sini.
Bagi melanjutkan keraian tersebut, Day of the Devs: Edisi GDC akan menampilkan beberapa pilihan tajuk daripada Edisi San Francisco di Moscone Center pada Persidangan Pembangun Permainan (GDC) 2025, yang akan diadakan dari 17 hingga 21 Mac di tingkat tiga Mascone West. Hadirin boleh menerokai permainan-permainan yang belum diterbitkan ini semasa waktu biasa, manakala orang ramai, yang berumur 18 tahun dan ke atas, boleh merasai permainan tersebut semasa
Malam GDC pada petang Isnin dan Khamis dari 6:30 petang hingga 10:00 malam waktu PT. Xsolla juga akan mengadakan majlis suai kenal di tingkat pertama Moscone West untuk menyokong komuniti dan menyediakan ruang supaya pembangun dapat bekerjasama dengan pasukan Xsolla.
Day of the Devs, sebuah organisasi bukan keuntungan, telah meraikan kreativiti, kepelbagaian dan keajaiban permainan video selama lebih 13 tahun. Mereka telah mengumpulkan beribu-ribu hadirin di acara fizikal, mencapai jutaan orang melalui pameran maya, dan menyediakan platform untuk beratus-ratus permainan dan pembangun.
"Acara ini menunjukkan semangat kreativiti dan komuniti yang menjadi teras permainan indie," kata Greg Rice, Ketua Kurator Day of the Devs. "Atas jasa rakan kongsi seperti Xsolla, kita boleh terus menawarkan acara-acara seperti ini secara percuma dan boleh diakses oleh ramai orang, yang membolehkan ribuan orang untuk menghubungkan keajaiban permainan dengan bakat di sebalik tabir itu.
Melalui penajaan ini, Xsolla akan berinteraksi dengan beratus-ratus pembangun permainan bagi menyokong inisiatif mereka dan mewujudkan peluang bersama untuk menyelesaikan soalan dan cabaran yang sedia ada berkenaan dengan usaha pendanaan, pengedaran dan pengewangan mereka. Penajaan utama ini memperkukuhkan komitmen Xsolla untuk menyokong pembangun permainan bagi menyediakan peluang dan perhubungan yang sama kepada mana-mana permainan - tidak kira saiz, lokasi, genre ataupun platform. Untuk mengetahui maklumat lanjut, sila lawati:
xsolla.blog/dotdgdc Perihal XsollaXsolla ialah sebuah syarikat dagangan permainan video global yang terkemuka dengan set alat dan perkhidmatan yang teguh dan berkeupayaan tinggi yang direka khusus untuk industri ini. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, Xsolla telah membantu ribuan pembangun dan penerbit permainan daripada pelbagai latar belakang dana untuk memasarkan, melancarkan dan mengewangkan permainan mereka secara global dan merentas berbilang platform. Sebagai peneraju yang inovatif dalam bidang dagangan permainan, misi Xsolla adalah untuk menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran global, pemasaran dan pengewangan bagi membantu rakan kongsi kami mencapai lebih banyak geografi, menjana lebih banyak hasil dan membina perhubungan dengan warga pemain permainan di seluruh dunia. Dengan ibu pejabat dan perbadanan syarikat di Los Angeles, California, mereka juga mempunyai pejabat di London, Berlin, Seoul, Beijing, Kuala Lumpur, Raleigh, Tokyo, Montreal dan bandar-bandar di seluruh dunia.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati
xsolla.comPerihal Day of the DevsDay of the Devs merupakan sebuah organisasi bukan keuntungan dengan misi untuk meraikan kreativiti, kepelbagaian dan keajaiban permainan video. Day of the Devs memberikan suara kepada bakat memuncul atau yang kurang diwakili melalui platform yang menghubungkan pemain dengan pembangun dan permainan mereka. Day of the Devs mengadakan acara maya dan fizikal - yang semuanya percuma, tanpa kos dikenakan kepada pembangun ataupun hadirin. Sepanjang 13 tahun yang lalu, Day of the Devs telah memberikan sorotan kepada beratus-ratus permainan, mengumpulkan beratus ribu orang di acara bersemuka dan mencapai jutaan khalayak melalui pameran maya.
Untuk mendapatkan maklumat, lawati
dayofthedevs.comGaleri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54205220/enTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
HubungiHubungan MediaDerrick Stembridge
Naib Presiden Perhubungan Awam Global, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com Sumber: Xsolla
--BERNAMA