Kerjasama Pertama dalam Industri Perkenalkan Analitis Rentas Platform sebagai Penyelesaian Tersepadu untuk Selesaikan Cabaran Pengukuran Mudah Alih dan Web untuk Para Pembangun Permainan LOS ANGELES & SAN FRANCISCO, 17 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, sebuah syarikat dagangan permainan video global yang terkemuka telah bergabung tenaga dengan AppsFlyer, sebuah syarikat peneraju global dalam bidang pengukuran, atribusi dan analitis data mudah alih, dalam sebuah kerjasama gedung web industri yang pertama kali dalam sejarah permainan. Peningkatan kerjasama Xsolla dan AppsFlyer ini akan memberi pembangun permainan cerapan yang dipertingkat dan pengaktifan dipermudah untuk penyelesaian Gedung Web mereka, yang boleh didapati di seluruh dunia. Kerjasama ini juga memperkenalkan penyelesaian untuk menangani cabaran pengukuran dan atribusi rentas platform. Hasil kerjasama ini merangkumi dua pilihan integrasi: integrasi pelayan ke pelayan (S2S) dan integrasi web untuk permainan mudah alih.
Xsolla dan AppsFlyer telah bekerjasama rapat selama lebih setahun untuk membangunkan dua integrasi tersuai yang menangani cabaran kritikal dalam pasaran mudah alih. Integrasi ini menawarkan data yang komprehensif kepada pembangun permainan tentang tingkah laku pengguna, prestasi kempen dan atribusi hasil merentas platform mudah alih dan web. Pengaktifan adalah mudah dan tidak memerlukan kemahiran pengekodan daripada pembangun—pasukan yang besar dan kecil juga boleh mendayakan alat ini terus pada akaun penerbit Xsolla dan AppsFlyer. Pendekatan ini mengukuhkan lagi komitmen Xsolla untuk mempermudahkan proses yang rumit dan menyokong kejayaan para pembangun.
Integrasi S2S Aplikasi Mudah Alih membolehkan pengukuran Nilai Hayat (LTV) dan Hasil daripada Perbelanjaan Pengiklanan (ROAS) untuk pembelian yang dibuat dalam aplikasi dan pada Gedung Web. Pembelian Gedung Web diukur sebagai acara dalam aplikasi, dan AppsFlyer mengatribusikan setiap pembelian kepada bilangan pemasangan aplikasi mudah alih, pemerolehan pengguna dan kempen penglibatan semula untuk membantu menyediakan perjalanan rentas platform yang lengkap, LTV yang menyeluruh serta pengiraan Hasil daripada Pelaburan (ROI). Proses persediaan adalah mudah dan tidak memerlukan kepakaran teknikal, yang menjadikannya mudah dicapai oleh semua pembangun mudah alih melalui Akaun Penerbit Xsolla dan AppsFlyer.
Pengaktifan Integrasi Web direka untuk mengukur dan menilai prestasi pemasaran, nilai penukaran pengiklanan, kreatif pengiklanan berprestasi tinggi, dan usaha penyasaran semula untuk Gedung Web menggunakan Pembina Tapak Xsolla. Pembangun boleh mendayakan fungsi ini dengan mudah, yang membolehkan mereka mengukur keberkesanan kempen iklan mendorong trafik ke Gedung Web mereka melalui Akaun Penerbit Xsolla dan AppsFlyer.
"Penyelesaian Gedung Web Xsolla telah merevolusikan industri pembangunan permainan mudah alih, dengan lebih 500 Gedung Web diwujudkan. Sebelum ini, alat pengukuran mudah alih yang tradisional tidak sesuai untuk senario ini. Integrasi ini dengan AppsFlyer telah merapatkan jurang data antara Gedung Web dengan aplikasi mudah alih, yang memberi pembangun permainan sebuah pandangan yang lengkap terhadap LTV dan ROI keseluruhan," kata Berkley Egenes, Ketua Pegawai Pemasaran & Pertumbuhan. "Kerjasama ini menunjukkan komitmen Xsolla untuk mempermudahkan kerumitan untuk rakan kongsi permainan mudah alih kami dan membolehkan keputusan perniagaan yang lebih pintar berdasarkan aliran data yang lengkap dalam perjalanan seorang pemain permainan."
"Dalam ekosistem permainan yang semakin cepat berubah dan dinamik, pemahaman tentang seluruh perjalanan pengguna merentas mudah alih dan web adalah sangat penting untuk pembangun yang ingin mengoptimumkan prestasi dan memaksimumkan hasil," kata Adam Smart, Pengarah Produk Permainan di AppsFlyer. "Dengan menggabungkan kepakaran Xsolla dalam dagangan bersama keupayaan analitis terkemuka AppsFlyer, kami memperkenalkan pengukuran dan atribusi rentas platform yang lancar, yang memberi para pembangun cerapan yang diperlukan bagi mereka membuat keputusan yang lebih pintar dan mempercepat pertumbuhan untuk industri ini. Integrasi ini memastikan pembangun boleh fokus pada penciptaan pengalaman permainan yang terulung, dengan pengetahuan bahawa kejayaan mereka telah dikreditkan dengan sewajarnya."
Integrasi ini menangani dua cabaran besar dalam ekosistem permainan mudah alih: pengukuran LTV dan ROAS yang boleh dipercayai merentas platform dan juga penjejakan kempen iklan Gedung Web yang tepat. Pembangun boleh menguruskan pengaktifan kecil terus melalui akaun mereka dengan proses pengaktifan yang diperkemas melalui Akaun Penerbit Xsolla dan Akaun Penerbit AppsFlyer.
Industri permainan, terutamanya permainan mudah alih, semakin mengharapkan alat yang dapat memberikan cerapan jelas tentang tingkah laku pemain dan membolehkan pengukuran prestasi kempen yang tepat merentas platform. Penyelesaian ini membantu pembangun mengoptimumkan strategi penglibatan dan ROI, sekali gus memperkasakan pembangun untuk fokus pada penciptaan pengalaman permainan yang terulung.
Terokai penyelesaian inovatif yang ditawarkan oleh Xsolla dan AppsFlyer, yang disesuaikan untuk pasaran mudah alih bagi menangani jurang data dalam penjejakan dan pengukuran prestasi Gedung Web di:
xsolla.blog/xsolla-appsflyerPerihal XsollaXsolla ialah sebuah syarikat dagangan permainan video global yang terkemuka dengan set alat dan perkhidmatan yang teguh dan berkeupayaan tinggi yang direka khusus untuk industri ini. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, Xsolla telah membantu ribuan pembangun dan penerbit permainan daripada pelbagai latar belakang dana untuk memasarkan, melancarkan dan mengewangkan permainan mereka secara global dan merentas berbilang platform. Sebagai peneraju yang inovatif dalam bidang dagangan permainan, misi Xsolla adalah untuk menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran global, pemasaran dan pengewangan bagi membantu rakan kongsi kami mencapai lebih banyak geografi, menjana lebih banyak hasil dan membina perhubungan dengan warga pemain permainan di seluruh dunia. Dengan ibu pejabat dan perbadanan syarikat di Los Angeles, California, mereka juga mempunyai pejabat di London, Berlin, Seoul, Beijing, Kuala Lumpur, Raleigh, Tokyo, Montreal dan bandar-bandar di seluruh dunia.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati
xsolla.comPerihal AppsFlyerAppsFlyer membantu jenama membuat pilihan yang terbaik untuk perniagaan mereka dan pelanggan mereka menggunakan pengukuran, analitis data, pemautan dalam, penglibatan, perlindungan terhadap penipuan, bilik bersih data dan teknologi pemulihan privasi mereka yang canggih. Berdasarkan idea mereka bahawa jenama boleh meningkatkan privasi pelanggan serta memberikan pengalaman yang terbaik pada masa yang sama, AppsFlyer telah memperkasakan beribu-ribu pencipta dan rakan kongsi teknologi untuk mencipta perhubungan pelanggan yang lebih baik dan lebih bermakna.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lawati
appsflyer.comTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54203665/en ContactsHubungan MediaDerrick Stembridge
Naib Presiden Perhubungan Awam Global, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com Sumber: Xsolla
--BERNAMA