NIPPON EXPRESS HOLDINGS MELENGKAPKAN PROSEDUR UNTUK MENJADIKAN SH HOLDCO DARI JERMAN SEBAGAI ANAK SYARIKAT MILIK MEREKA SEPENUHNYA

Rabu 19/02/2025

TOKYO, 19 Feb., 2025 /Kyodo JBN/ --

- Penyelesaian bagi Pemerolehan (Menjadikannya sebagai Anak Syarikat) bagi Saham SH HoldCo GmbH -
 
NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC. dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa perjanjian itu dicapai pada 30 September, 2024, untuk pemerolehan bagi keseluruhan saham dalam SH HoldCo GmbH, syarikat induk bagi Kumpulan Simon Hegele yang berpangkalan di Jerman, telah dilaksanakan berkuat kuasa dari 3 Februari, 2025 ("Urus Niaga itu").
 
Logo NX: https://kyodonewsprwire.jp/img/202502063911-O3-3GW0nv63
 
Pengasasnya, Dieter Hegele (kiri), dan Presiden bagi NXHD, Satoshi Horikiri: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103866/202502063911/_prw_PI1fl_Q8fxy492.jpg
  
 
Beribu pejabat di Karlsruhe, Jerman, Simon Hegele ialah sebuah pembekal logistik kontrak yang ditubuhkan pada tahun 1920 yang khusus di dalam menyediakan perkhidmatan logistik bagi industri penjagaan kesihatan di seluruh dunia (Eropah, Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Asia dan Australia).
 
Simon Hegele menyediakan perkhidmatan logistik termasuk penggudangan, pengedaran, pemasangan di destinasi penghantaran dan perkhidmatan nilai tambah yang lain untuk kelengkapan perubatan. Tambahan pula, Simon Hegele telah membina sebuah pangkalan pelanggan yang teguh dengan memanfaatkan platform logistik mereka yang sangat khusus bagi memenuhi keperluan khusus bagi pelanggan penjagaan kesihatan, perindustrian dan runcit yang berkualiti tinggi.
 
Kumpulan NX telah menetapkan industri penjagaan kesihatan sebagai satu daripada bidang pertumbuhan keutamaan mereka di dalam "Rancangan Perniagaan Kumpulan NX 2028 Pertumbuhan Dinamik 2.0 - Mempercepatkan Pertumbuhan Lestari -" dan sedang mempromosikan peningkatan bagi sebuah platform penyelesaian hujung ke hujung. Dengan melengkapkan Urus Niaga ini, Kumpulan NX telah memperoleh sebuah platform yang unik dan berskala untuk menyediakan perkhidmatan logistik kepada industri penjagaan kesihatan. Hasilnya, ia menjangka untuk menerima keupayaan yang saling melengkapi dan nilai sinergi yang tinggi melalui penyepaduan keupayaan logistik Simon Hegele dengan rangkaian global Kumpulan NX dan perniagaan penghantaran antarabangsa untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih komprehensif kepada pelanggan mereka.
 
Pasukan baharu yang terdiri daripada Pengarah Urusan di Simon Hegele*: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103866/202502063911/_prw_PI2fl_02P4FLo8.jpg
*Dari kiri dalam foto: Michael Wahl/Ketua Pegawai Kewangan
Shinichi Kakiyama/Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar Serantau, NX Eropah
Mike Winter/Ketua Segmen Penjagaan Kesihatan EMEA
Naohiko Matsuda
Stefan Ulrich/Ketua Pegawai Eksekutif
Olaf Zimmlinghaus/Naib Presiden Korporat, NX Eropah
 
Melangkah ke hadapan, Kumpulan NX akan menyasarkan untuk memaksimumkan sinergi yang dicipta dengan menyepadukan kedua-dua perkhidmatan syarikat dan pangkalan pelanggan bagi menyediakan kepada pelanggan di seluruh dunia dengan penyelesaian logistik yang berkualiti paling tinggi.
 
 
Gambaran keseluruhan bagi Simon Hegele:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202502063911-O1-4h9Z3m10.pdf
 
Maklumat mengenai Kumpulan NX:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202502063911-O2-nHahvsTx.pdf
 
Laman web rasmi Kumpulan NX: https://www.nipponexpress.com/
Akaun LinkedIn rasmi Kumpulan NX: https://www.linkedin.com/company/nippon-express-group/
 
 
Sumber: NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC.

--BERNAMA

 
 

+