PEMERINTAH RAS AL KHAIMAH, UAE, BERKATA 'SAINS IALAH PRINSIP ASAS UNTUK KAMI MEMBINA MASA DEPAN YANG MAMPAN' SEMASA UCAPAN PEMBUKAAN DI BENGKEL ANTARABANGSA BAHAN TERMAJU KE-16

Rabu 19/02/2025

Table

Yang Amat Mulia Sheikh Saud bin Saqr Al Qasimi, Ahli Majlis Tertinggi UAE dan Pemerintah Ras Al Khaimah, menyampaikan ucapan dasar permbukaan di Bengkel Antarabangsa Bahan Termaju (Gambar: AETOSWire)


Yang Amat Mulia Sheikh Saud bin Saqr Al Qasimi:

· ‘Ras Al Khaimah komited untuk memupuk kemajuan saintifik dan menyumbang kepada perbincangan global tentang bahan termaju’
 
RAS AL KHAIMAH, Emiriah Arab Bersatu, 19 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Yang Amat Mulia Sheikh Saud bin Saqr Al Qasimi, Ahli Majlis Tertinggi UAE dan Pemerintah Ras Al Khaimah, menyampaikan ucapan dasar pembukaan pada hari pertama daripada tiga hari Bengkel Antarabangsa Bahan Termaju (IWAM), yang mana beliau bercakap tentang sains yang memegang kunci untuk membina dunia yang lebih mampan dan cara Ras Al Khaimah komited kepada kemajuan sains.

Yang Amat Mulia Sheikh Saud berkata: “Melalui penganjuran tahunan IWAM, Ras Al Khaimah menegaskan semula komitmennya untuk memupuk kemajuan saintifik dan menyumbang kepada perbincangan global tentang bahan termaju.

“Dengan membangunkan budaya penyiasatan saintifik dan melabur dalam bahan termaju, kami menyediakan asas untuk masa depan yang lebih cerah. Kejayaan besar dalam penyelidikan bahan termaju berpotensi untuk merevolusikan pengeluaran tenaga, pengangkutan dan pembuatan.”

Sains ialah pencarian ilmu yang sistematik dan mempunyai tujuan, kanta yang kita gunakan untuk mengkaji alam semesta, tambah Yang Amat Mulia Sheikh Saud.

“Sains mesti menjadi prinsip asas tempat kita membina masa depan yang mampan dan makmur, dengan generasi lebih muda memainkan peranan aktif dalam memajukan lagi pencarian ilmu,” Yang Amat Mulai Sheikh Saud membuat kesimpulan.

IWAM, dalam tahun yang ke-16, mengumpulkan 200+ peserta dari 20+ buah negara, termasuk saintis, pelajar dan pembentang, untuk sesi syarahan, perbincangan dan poster tentang cara bahan termaju membantu membentuk masa depan.

Forum dihadiri oleh saintis dari institusi akademik berprestij, seperti universiti Cambridge dan Oxford (UK), dan University of California dan Massachusetts Institute of Technology (MIT) (U.S.).

IWAM juga menyaksikan saintis memberi anugerah kepada pelajar yang memenangi Cabaran Inovasi dan Kemampanan Ras Al Khaimah, yang terdiri daripada tujuh pertandingan untuk membangunkan penyelesaian inovatif kepada cabaran dunia nyata.

Sebuah sesi saintifik untuk pelajar sekolah tinggi juga berlangsung semasa IWAM, manakala saintis akan mengunjungi syarikat berpangkalan di Ras Al Khaimah untuk membuat sorotan cara bahan termaju boleh digunakan bagi meningkatkan produktiviti.

IWAM ditaja oleh Stevin Rock dari Ras Al Khaimah, salah sebuah syarikat kuari terbesar di dunia, dengan kapasiti pengeluaran 80 juta+ tan setahun.

 *Sumber: AETOSWire

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54208079/en
 
Contacts

Maklumat Hubungan

Steven McCombe
media@rakmediaoffice.ae
 
Sumber: Ras Al Khaimah Government Media Office 

--BERNAMA
 
+