​HADIAH KEAMANAN NIWANO KE-42 DIANUGERAHKAN KEPADA PERGERAKAN GLOBAL "MUSAWAH" UNTUK KESAKSAMAAN DAN KEADILAN WANITA MUSLIM

Rabu 19/02/2025

TOKYO, 19 Feb., 2025 /Kyodo JBN/ --

Yayasan Keamanan Niwano akan menganugerahkan Hadiah Keamanan Niwano ke-42 kepada "Musawah" (yang membawa maksud "kesamaan" dalam bahasa Arab), sebuah pergerakan global untuk kesaksamaan dan keadilan di dalam keluarga Muslim sebagai mengiktiraf dedikasi mereka dalam memperjuangkan hak asasi wanita dalam konteks Muslim.

Satu majlis penyampaian anugerah akan berlangsung di Tokyo pada 14 Mei. Selain sebuah sijil anugerah, Musawah akan menerima sebutir pingat dan hadiah wang tunai sebanyak 20 juta yen.

Diasaskan pada tahun 2009, Musawah berhasrat untuk "mendedahkan suara-suara wanita yang telah lama disenyapkan dalam masyarakat kebudayaan dan keagamaan." Rangkaian antarabangsa mereka termasuk ratusan penyokong dari lebih 40 buah negara, termasuk di Asia, Timur Tengah, Afrika dan di dunia maju.

Di dalam memilih Musawah bagi anugerah itu, Jawatankuasa Hadiah Keamanan Niwano berkata ia "memberi sumbangan yang besar kepada perjuangan kepimpinan wanita di dalam dialog antara agama bagi perlindungan hak asasi manusia dan kewujudan bersama secara aman," yang adalah selaras dengan misi hadiah itu. Jawatankuasa itu menyebut mengenai pelbagai bengkel latihan dan peluang perangkaian Musawah yang "membawa satu kesedaran kepada wanita di dunia kita untuk menegakkan keadilan dalam melibatkan diri dalam proses politik dan penglibatan sivik bagi manfaat manusia sejagat."

Hadiah Keamanan Niwano:
Yayasan Keamanan Niwano mewujudkan Hadiah Keamanan Niwano untuk memberi penghormatan dan menggalakkan orang perseorangan dan organisasi yang telah menyumbang secara ketara kepada kerjasama antara agama, dengan itu memajukan lagi matlamat keamanan dunia, dan untuk membuat pencapaian mereka diketahui seluas mungkin. Dalam cara ini, Yayasan itu berharap kedua-duanya dapat meningkatkan persefahaman dan kerjasama antara agama dan untuk menggalakkan kemunculan lebih ramai lagi orang yang mengabdikan diri untuk berusaha ke arah keamanan dunia. Hadiah itu dinamakan sebagai menghormati Nikkyo Niwano, pengasas dan presiden pertama bagi pertubuhan Buddha awam Rissho Kosei-kai.

Yayasan Keamanan Niwano:
Yayasan Keamanan Niwano telah diwujudkan pada tahun 1978 untuk menyumbang kepada merealisasikan keamanan dunia dan peningkatan sebuah budaya keamanan. Yayasan itu menggalakkan penyelidikan dan aktiviti lain berdasarkan kepada semangat bagi prinsip keagamaan dan berkhidmat untuk tujuan keamanan di dalam bidang seperti pendidikan, sains, agama dan falsafah.


Sumber: Yayasan Keamanan Niwano

--BERNAMA
+