KAWASAN BERTEKNOLOGI TINGGI TIANJIN BINHAI MENGINTAI UNTUK MEMBINA VERSI YANG DIPERTINGKATKAN BAGI KAWASAN DEMONSTRASI INOVASI BEBAS NEGARA DAN BANDAR RAYA INOVASI TEKNOLOGI SAINS TERKEMUKA DI CHINA UTARA

Khamis 20/02/2025

Table
Kod QR bagi Kawasan Pembangunan Perindustrian Berteknologi Tinggi Tianjin Binhai 


TIANJIN, China, 20 Feb., 2025 /Xinhua-AsiaNet/--

Kawasan Pembangunan Perindustrian Berteknologi Tinggi Tianjin Binhai (Kawasan Teknologi Tinggi Tianjin Binhai) telah diwujudkan pada tahun 1988 (https://www.tht.gov.cn), dengan kelulusan daripada Jawatankuasa Perbandaran Tianjin bagi Parti Komunis China dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Tianjin. Pada tahun 1991, ia telah diluluskan oleh Majlis Negeri untuk menjadi satu daripada zon pembangunan perindustrian berteknologi tinggi peringkat kebangsaan yang pertama. Pada tahun 2014, ia telah ditetapkan sebagai sebuah kawasan demonstrasi inovasi bebas kebangsaan.
 
Kawasan itu telah membangunkan sebuah sistem perindustrian atasan yang berpusat pada industri teknologi maklumat generasi baharu dan disokong oleh perkhidmatan baru muncul, bioperubatan, tenaga baharu dan pembuatan peralatan atasan. 
 
Kawasan berteknologi tinggi itu telah mengekalkan kedudukan utama mereka di Tianjin dari segi petunjuk inovasi teknologi utama. Memanfaatkan kelebihan seperti menjadi sebuah kawasan demonstrasi inovasi bebas negara, sebuah zon perdagangan bebas perintis, dan sinergi bagi pembangunan dwi pacuan sendiri, ia telah menjadi wilayah di Tianjin dengan sumber inovasi yang paling kaya, pemilikan tertinggi bagi hak harta intelek persendirian, dan pertumbuhan ekonomi yang paling menggalakkan.
 
Usaha sedang dijalankan untuk mencipta sebuah versi yang dipertingkatkan bagi kawasan demonstrasi inovasi bebas negara dan bagi menubuhkan sebuah bandar raya inovasi sains dan teknologi terkemuka di China utara.
 
Kawasan berteknologi tinggi itu telah menarik sejumlah industri baru muncul yang strategik, yang diwakili oleh syarikat seperti Sugon, Phytium, Kylinsoft, dan 360. Ia telah mewujudkan satu rantaian produk yang meliputi sistem pengendalian cip, pangkalan data dan pelayan. Rantau itu memberi tumpuan kepada membangunkan tiga rantaian teras: perkakasan asas, perisian sistem dan perkhidmatan teknologi maklumat generasi baharu, bersama-sama dengan aplikasi keselamatan maklumat dan aplikasi bagi semua bidang.
 
Sektor perkhidmatan ekonomi baharu di kawasan itu telah mengumpulkan syarikat seperti Cloudaccount, Kumpulan Douyin dan GoGoX, serta institusi seperti pusat perlindungan harta intelek, pusat kewangan sains dan teknologi Tianjin, pusat inovasi ekosistem Tianjin Huawei Kunpeng, dan platform perkhidmatan inovasi dan keusahawanan Tianjin.

Industri tenaga baharu itu diterajui oleh TCL Zhonghuan Renewable Energy Technology Co., Ltd. dan CETC, dengan LiShen, B&M Science and Technology, dan Saidemei menjadi syarikat wakil di dalam bidang bateri kuasa. Dalam sektor tenaga angin, Mingyang dan Siemens Gamesa adalah merupakan syarikat wakil. Dalam industri biofarmaseutikal, Institut Penyelidikan Farmaseutikal Tianjin, Institut Hematologi bagi Akademi Sains Perubatan China, Peking Union Medical College Stem Cell Gene Engineering Co., Ltd. Terapi Sel Juventas, Kumpulan Jointown Pharmaceutical dan China Medico Corporation adalah merupakan institusi wakil.
 
Sementara itu, Kawasan Berteknologi Tinggi Tianjin Binhai juga telah mengumpulkan rangkaian sub-industri bagi peralatan marin yang diketuai oleh China National Offshore Oil Corporation, rantaian sub-industri transit rel yang diketuai oleh Siemens Mobility dan Keyvia, dan kenderaan tenaga baharu dan rangkaian sub-industri pembuatan pintar yang diketuai oleh Schneider Electric dan Tianjin Jinrong Tianyu Precision Machinery.
 
Syarikat terkemuka yang lain di dalam pelbagai industri termasuk Tianjin TQM FEIYUE Aviation Equipment Technology Co, Ltd., CTW (Tianjin) Offshore Engineering Co., Ltd., Tianjin Beihai Communication Technology Co., Ltd., Tianjin Bool Technology Co., Ltd., dan Tianjin Ruixin Technology Co., Ltd.
 
Kawasan Berteknologi Tinggi Tianjin Binhai mempunyai satu susun atur yang berpandangan ke hadapan bagi industri masa hadapan, termasuk komunikasi kuantum, blok rantaian, semikonduktor generasi ketiga, kembar digital dan pembangunan ubat-ubatan pintar, di antara lain.
 
Sumber: Kawasan Pembangunan Perindustrian Berteknologi Tinggi Tianjin Binhai
 
Kapsyen: Kod QR bagi Kawasan Pembangunan Perindustrian Berteknologi Tinggi Tianjin Binhai 

--BERNAMA
+