Penjaga Dua Masjid Suci Meluluskan Simbol Riyal Saudi

Jumaat 21/02/2025

Table
Simbol Riyal Saudi (Grafik: Business Wire)


20 Februari 2025 - 21 Sha’ban 1446

RIYADH, Arab Saudi, 21 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) --
Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, meluluskan hari ini, 20 Februari 2025, simbol riyal Saudi; keputusan bersejarah yang akan mengukuhkan identiti mata wang Saudi.

Gabenor Saudi Central Bank (SAMA), H.E. Ayman M. Al-Sayari, memberikan penghargaan yang tinggi kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, dan Yang Amat Mulia Putera Mahkota dan Perdana Menteri, Putera Mohammed bin Salman, kerana melancarkan simbol riyal Saudi.

Al-Sayari menyatakan bahawa keputusan ini mengukuhkan identiti kewangan Arab Saudi, di dalam negara, seluruh rantau ini, dan di peringkat antarabangsa. Beliau membayangkan bahawa pelaksanaan simbol baharu ini akan berlaku secara perlahan-lahan untuk transaksi kewangan dan komersial, dengan penyelarasan merentasi semua entiti berkaitan.

Al-Sayari berkata tujuan inisiatif ini adalah untuk mempromosikan identiti nasional dan budaya, menonjolkan peranan mata wang nasional, dan mengetengahkan Negara ini antara ekonomi utama dan ahli G20. Selain itu, inisiatif ini melambangkan peranan mata wang nasional yang semakin penting dalam ekosistem kewangan global.

Gabenor memperakui usaha kolaboratif yang telah mempermudahkan pencapaian ini, menyatakan penghargaan beliau kepada semua entiti terlibat yang turut menyumbang dalam projek pembangunan simbol ini yang diterajui oleh SAMA, termasuk Kementerian Budaya; Kementerian Media; dan Organisasi Standard, Metrologi dan Kualiti Saudi.

Simbol riyal Saudi, yang dibangunkan sehingga mencapai standard teknikal yang paling tinggi, melambangkan warisan budaya Negara yang kaya, membawa nama mata wang nasional kami "Riyal" dalam reka bentuk yang berunsur kaligrafi Arab. Simbol ini akan memperkemaskan perwakilan riyal Saudi dalam konteks tempatan, serantau, dan antarabangsa, menjadikannya sesuai untuk penggunaan apabila merujuk kepada riyal Saudi dalam semua transaksi kewangan dan komersial.

Dalam pada Arab Saudi memajukan agenda Visi 2030, pelancaran simbol ini meneguhkan kepentingan sistem kewangan Negara ini dan peranannya yang semakin meningkat di peringkat serantau dan antarabangsa.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54210713/en

Hubungi

Pasukan Media Saudi Central Bank: Media@SAMA.GOV.SA
  
Sumber: Saudi Central Bank

--BERNAMA


+