VORTEXA MENGUMUMKAN ‘ANYWHERE FREIGHT PRICING’: PLATFORM PENGANGKUTAN BARANGAN PELABUHAN-KE-PELABUHAN PERTAMA UNTUK TENAGA

Jumaat 21/02/2025

Table
Fabio Kuhn, Pengasas dan CEO Vortexa (Foto: Business Wire)


LONDON, 21 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Vortexa, penyedia utama analisis tenaga global dan pasaran pengangkutan barangan, telah melancarkan Anywhere Freight Pricing—platform penentuan harga pengangkutan barangan pelabuhan-ke-pelabuhan pertama di dunia bagi perdagangan tenaga. Penyelesaian inovatif ini memberikan harga segera tanpa had bagi lebih 50,000 laluan pengangkutan barangan aktif dan 70 juta kemungkinan laluan pengangkutan barangan bagi Clean Petroleum Product (CPP), menetapkan standard baharu secara keseluruhan untuk kelancaran dan skala dalam pasaran pengangkutan barangan global.

Pasaran pengangkutan barangan tenaga telah lama bergelut dengan mekanisme penentuan harga yang amat tidak cekap dan asimetri maklumat yang signifikan. Anywhere Freight Pricing memperkasakan pedagang, pencarter dan pemilik kapal dengan akses dan ketelusan yang tiada tandingan, mempengaruhi cara keputusan perdagangan pengangkutan barangan di buat:

• Akses segera: Semua kelas kapal, pelabuhan asal dan pelabuhan destinasi untuk mendapatkan kadar pengangkutan barangan terkini bagi laluan yang ditentukan. Harga dikemas kini setiap hari, pada jam 4:30 petang waktu UK.
• Liputan global: 50,000+ laluan aktif dan 70+ juta kemungkinan laluan bersih.
• Perbandingan laluan tanpa had: Mengoptimumkan pilihan penentuan harga dengan menilai pelbagai laluan, termasuk perincian untuk yuran pelabuhan dan terusan.
• Data sejarah: Data penentuan harga bagi tempoh 5 tahun untuk semua laluan bagi analisis kebermusiman dan trend, dengan pertindihan pilihan bagi kiraan kapal dan kargo.

“Sejak permulaan pasaran tenaga global, pedagang telah berusaha untuk mendapatkan akses tanpa had kepada harga pengangkutan barangan yang tepat untuk menilai idea perdagangan mereka sebelum bertapak dalam pasaran. Dengan Anywhere Freight Pricing, Vortexa telah merealisasikannya — mentransformasikan cara harga pengangkutan tenaga ditentukan dan diperdagangkan untuk selamanya ”, kata Fabio Kuhn, Pengasas dan CEO Vortexa.

Dikuasakan oleh teknologi mendalam proprietari dan risikan pasaran Vortexa, pelancaran ini akan mentransformasikan perdagangan dalam pasaran yang menyaksikan pengangkutan barangan semakin menjadi pemacu utama keberuntungan. Keluaran awal menumpukan kepada produk bersih, dengan penentuan harga pengangkutan bagi Dirty Petroleum Products (DPP) yang akan menyusul dalam beberapa bulan yang akan datang.

Maklumat Tentang Vortexa

Vortexa memberikan data dan analisis masa nyata yang terbaik bagi pasaran tenaga dan pengangkutan barangan. Menggabungkan kecerdasan manusia dengan wawasan berasaskan AI, Vortexa membantu kliennya menavigasi landskap tenaga yang kompleks dengan lebih jelas dan yakin. Dengan visi untuk membina masa hadapan pasaran tenaga, Vortexa memperkasakan pedagang tenaga, penganalisis, dan profesional pengangkutan barangan untuk memperoleh kelebihan daya saing dalam pasaran yang kompleks dan sukar difahami dengan membuat keputusan perdagangan dengan yakin. Vortexa ialah tenaga kerja pelbagai disiplin bagi lebih 170 pekerja yang menggabungkan kepakaran terbaik dalam tenaga dan pengangkutan barangan, sains data dan kejuruteraan di London, Geneva, Singapura, Houston, NYC dan UAE.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54209688/en

Hubungi

Hubungan media
Richard Kewish, NP Projek Strategik & Perkongsian
vafp@vortexa.com
 
Sumber: Vortexa

--BERNAMA

+