GRADIANT DAN GF PIPING SYSTEMS BEKERJASAMA UNTUK MEMACU INOVASI DAN KELESTARIAN DALAM AIR INDUSTRI

Selasa 25/02/2025

Table
Hari ini, Gradiant, peneraju global dalam rawatan air dan air kumbahan lanjutan, mengumumkan perkongsian strategik dengan GF Piping Systems. (Foto: Business Wire)


Perkongsian strategik meningkatkan keupayaan Gradiant untuk menyampaikan penyelesaian rawatan air berprestasi tinggi untuk industri misi kritikal di seluruh dunia

BOSTON, 25 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gradiant, peneraju global dalam rawatan air dan air kumbahan lanjutan, hari ini mengumumkan perkongsian strategik dengan GF Piping Systems, penyedia penyelesaian aliran terkemuka. Kerjasama ini memantapkan keupayaan Gradiant untuk memberikan penyelesaian rawatan air tercanggih dan berprestasi tinggi kepada industry penting dunia, termasuk semikonduktor, farmaseutikal, dan mineral kritikal, dan pada masa yang sama mengukuhkan kepimpinannya dalam industri air global.

Di bawah terma perjanjian bukan eksklusif, GF Piping Systems akan menyediakan produk dan perkhidmatan yang ditentukan untuk Gradiant, memastikan pelaksanaan projek yang lancar di fasiliti utama di seluruh dunia. Rangkaian sokongan antarabangsa GF yang mantap akan membolehkan Gradiant mengakses kepakaran teknikal dan bantuan di tapak sepanjang masa, memastikan penyampaian penyelesaian Gradiant yang andal dan tepat pada masa untuk memenuhi keperluan industri misi kritikal yang mencabar.

GF Piping Systems membawa lebih 30 tahun kepakaran dalam bahan lanjutan, keupayaan prafabrikasi terkemuka, dan penghantaran pantas untuk memenuhi permintaan projek rawatan air berskala besar yang rumit di seluruh dunia. Bahan berprestasi tinggi, system automasi dan perkhidmatan global GF Piping Systems untuk seluruh kitaran air direka untuk mengoptimumkan kecekapan dan keandalan, memastikan standard prestasi infrastruktur kritikal berada pada tahap tertinggi.

“Perkongsian ini menggabungkan teknologi rawatan air lanjutan dan kepakaran teknologi Gradiant dengan pengalaman GF Piping Systems dalam penyelesaian aliran tepat," kata Govind Alagappan, Presiden Gradiant. “Bersama, kami memperkasakan industri penting dunia yang bergantung pada kami untuk mencapai kecekapan, kelestarian dan ketahanan yang lebih tinggi dalam operasi air mereka."

“Perkongsian kami dengan Gradiant sesuai secara semula jadi," kata Wolfgang Dornfeld, Ketua Unit Perniagaan Asia di GF Piping Systems. "Kami komited untuk memacu kemajuan teknologi untuk rawatan air lestari melalui penyelidikan dan pembangunan kolaboratif. Dengan jejak global kami, kami dapat menyokong projek Gradiant di seluruh dunia dengan penyelesaian perpaipan inovatif dan portfolio perkhidmatan kami yang andal.

Perkongsian ini diraikan di Pusat Pengalaman Pelanggan GF Piping Systems di Singapura dengan penyerahan mesin pengimpal infra merah IR-63M ke-100 , melambangkan tumpuan kerjasama kepada inovasi dan kelestarian. Mesin pengimpal tercanggih ini akan menyempurnakan Pusat Inovatif Global Gradiant di Singapura, hub yang diiktiraf untuk inovasi teknologi air, memacu kemajuan terkini dalam rawatan air industri untuk menangani cabaran air yang paling penting di dunia.

Maklumat Tentang Gradiant
Gradiant ialah Syarikat Air yang Unik. Dengan rangkaian penyelesaian berbeza dan proprietari menyeluruh yang lengkap untuk rawatan air dan air kumbahan lanjutan yang dikuasakan oleh minda terbaik dalam industri air ini, syarikat ini memberi perkhidmatan kepada operasi misi kritikal kliennya dalam industri penting dunia, termasuk semikonduktor, farmaseutikal, makanan & minuman, lithium dan mineral kritikal dan tenaga boleh diperbaharui. Penyelesaian inovatif Gradiant mengurangkan penggunaan dan pembuangan air, memulihkan sumber bernilai dan memperbaharui air kumbahan menjadi air bersih. Syarikat yang beribu pejabat di Boston ini ditubuhkan di MIT dan mempunyai lebih 1,000 pekerja di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di gradiant.com.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54188508/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Contacts

Butiran Hubungan Korporat
Felix Wang
Gradiant, Ketua Jenama dan PR Global
fwang@gradiant.com
 
Sumber: Gradiant

--BERNAMA
+