NIQ MELAPORKAN PERTUMBUHAN NILAI TAHUN-KE-TAHUN 7.3% DALAM SEKTOR KECANTIKAN GLOBAL

Rabu 26/02/2025

CHICAGO, 26 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NielsenIQ (NIQ), syarikat risikan pengguna terkemuka, mendedahkan bahawa industri kecantikan global sedang menyaksikan peningkatan 7.3% dalam nilai tahun-ke-tahun. Rantau Amerika Latin dan Afrika-Timur Tengah mendahului dengan pertumbuhan tertinggi, mana kala Amerika Utara dan Eropah Barat juga menunjukkan kadar pertumbuhan yang mantap +7.8% dan +7.7%, masing-masing. Di rantau APAC, Korea Selatan, India, Thailand, Singapura, dan New Zealand muncul sebagai pasaran terbesar, menyumbang kepada pertumbuhan nilai keseluruhan. Inflasi ialah pemacu utama dalam pengembangan global ini, tetapi pertumbuhan juga disokong oleh peningkatan pendapatan dan aliran masuk pengguna baharu.

E-dagang menerajui revolusi butik kecantikan:

E-dagang memacu jualan produk kecantikan global, dengan tahap pertumbuhan yang berbeza-beza merentasi rantau. Di China, 87% daripada jumlah jualan produk penjagaan rambut dan kulit dibuat dalam talian. Di India 17% daripada produk kecantikan dibeli dalam talian, mana kala di Brazil, angka ini di bawah 10%. Walaupun terdapat perbezaan ini, satu trend yang jelas ialah dominasi jualan dalam talian berbanding jualan di kedai.

Jualan dalam talian AS terus mendahului pembelian di kedai, menyumbang kepada 41% daripada semua jualan produk kecantikan dan penjagaan diri melalui platform e-dagang. Dalam empat tahun kebelakangan ini, platform seperti Amazon telah memperoleh mata bahagian 7.3 dengan menawarkan harga yang kompetitif, penghantaran pantas, dan pilihan yang luas. Semakin banyak pelanggan beralih ke Amazon untuk mendapatkan lagi produk kegemaran mereka, dengan perbelanjaan yang meningkat setiap tahun. Walaupun perdagangan digital telah menyaksikan pertumbuhan pesat dalam 5 tahun kebelakangan ini, kebanyakan jualan di kedai kekal sama. Penjual pada masa hadapan perlu mentransformasikan pengalaman di kedai untuk memenuhi keperluan pelanggan moden.

Kecenderungan pelanggan untuk beralih ke e-dagang adalah disebabkan oleh pengembangan pasaran dan pengambilalihan jualan daripada kedai. Peralihan kepada membeli-belah dalam talian bukan sekadar trend yang didorong oleh pandemik - ia perubahan struktur dalam tingkah laku pengguna, terutamanya golongan generasi muda.

Peningkatan global dalam perdagangan sosial:

Perdagangan sosial ialah trend global, dengan 68% daripada pembelian pada platform ini dipacu oleh gerak hati. Kedai TikTok telah meningkat menjadi penjual produk kesihatan & kecantikan yang ke-8 terbesar di AS, mencapai $1 bilion dalam jualan produk kecantikan​. 12.5% daripada pembeli belah e-dagang telah membuat pembelian produk kesihatan dan kecantikan melalui aplikasi, dan ramai yang kembali untuk membuat pembelian berulang. Di China 31% daripada pembelian produk penjagaan kulit adalah dari Douyin/TikTok Shop. TikTok Shop ialah destinasi yang dikunjungi oleh pengguna untuk meneroka jenama, mengetahui tentang dan menguji produk baharu.

Walaupun perdagangan digital meningkat, penjualan di kedai terus relevan. Pembeli belah menghargai pengalaman sentuhan dan rundingan peribadi, terutama sekali untuk item pelaburan tinggi seperti produk penjagaan kulit. Penjual perlu mencapai keseimbangan antara kemudahan serta kepuasan pelanggan dan melabur dalam model hibrid yang menyepadukan penerokaan dalam talian dengan pengalaman di kedai.

Tara James Taylor, NP kanan kecantikan & penjagaan diri di NIQ, berkata “Dalam industri kecantikan yang berubah pantas, kejayaan dalam tahun 2025 memerlukan keseimbangan yang perlu dikendalikan dengan bijaksana. Dinamik antara inovasi dan tradisi, kemampuan dan kemewahan, kelestarian dan kebolehskalaan, serta personalisasi dan keterangkuman membentuk semula pasaran untuk pengilang dan penjual produk kecantikan. Mencari keseimbangan yang betul akan menjadi penting untuk mereka yang ingin berkembang maju dalam pasaran kecantikan global bernilai $1 trilion.”

Untuk wawasan lanjut tentang Beauty Trends and State of Beauty 2025, klik di sini dan sertai Beauty inner Circle untuk mendapatkan wawasan premium.

Maklumat tentang NIQ

NielsenIQ (NIQ) ialah syarikat risikan pengguna terkemuka, menyampaikan kefahaman tentang tingkah laku pembelian pengguna yang paling lengkap dan mendedahkan laluan baharu untuk pertumbuhan. NIQ bergabung dengan GfK pada tahun 2023, menyatukan dua peneraju industri dengan jangkauan global yang tiada tandingan. Jangkauan global kami merangkumi lebih 90 yang meliputi kira-kira 85% daripada populasi dunia dan lebih daripada $ 7.2 trilion dalam perbelanjaan pengguna global. Dengan bacaan jualan holistik dan wawasan pengguna yang paling menyeluruh—disampaikan dengan analisis termaju melalui platform tercanggih—NIQ memberikan laporan Gambaran Penuh™. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.niq.com

Penafian: Semua produk dan nama syarikat adalah tanda dagangan™ atau tanda dagangan berdaftar® pemegang masing-masing. Penggunaannya tidak menunjukkan sebarang hubungan dengan atau sokongan oleh mereka.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi
Sweta Patra
sweta.patra@nielseniq.com
 
Sumber: NielsenIQ

--BERNAMA

+