Khamis 27/02/2025
TOKYO, 27 Feb, 2025 /Kyodo JBN/ --
- "Sebarang benda ke Mana Sahaja" Mengungkapkan Kekuatan Kumpulan NX di dalam Pengangkutan Global bagi Segala-galanya daripada Semikonduktor kepada Barang Pameran Muzium –
NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC., telah mewujudkan sebuah visual utama baharu (*) -- "Sebarang benda ke Mana Sahaja" -- untuk mempamerkan kekuatan bagi Kumpulan NX dan menghasilkan sebuah filem pendek bagi memperkenalkan konsep itu untuk mempercepatkan pengembangan perniagaan mereka di seluruh dunia. Visual ini akan digunakan oleh syarikat-syarikat dalam Kumpulan NX di seluruh dunia untuk meningkatkan kesedaran Kumpulan di peringkat global.
(*): Sebuah bahan/elemen pengiklanan yang digunakan di dalam pelbagai penerbitan untuk penembusan jenama
Logo NX: https://kyodonewsprwire.jp/img/202502204514-O1-QzI940f0
Visual utama baharu: "Sebarang benda ke Mana Sahaja"
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103866/202502204514/_prw_PI2fl_3o1iErin.jpg
Perwakilan visual baharu bagi jenama Kumpulan NX
Visi jangka panjang Kumpulan NX itu adalah untuk menjadi sebuah "syarikat logistik dengan satu kehadiran yang kukuh di dalam pasaran global." Untuk merealisasikan visi jangka panjang itu, Kumpulan tersebut telah memperkenalkan sebuah visual utama baharu, "Sebarang benda ke Mana Sahaja," untuk mengekspresikan jenama Kumpulan NX di peringkat global.
Sejak penubuhannya pada tahun 1937, Kumpulan NX terus berkembang dan mendapat kepercayaan pelanggan mereka dengan melibatkan penjagaan pelbagai jenis kargo -- daripada semikonduktor yang menggunakan teknologi terkini sehingga kepada barang pameran muzium -- dan mengurus dan menghantarnya dengan baik ke destinasi yang mereka inginkan. Visual utama itu secara grafik menggambarkan kekuatan Kumpulan itu dan menyatakan kebanggaan dan keazaman mereka untuk menghantar sebarang barang di mana sahaja di dunia dalam mana-mana industri atau sektor dengan perkhidmatan pengangkutan yang berkualiti tinggi. Ia juga mencontohi mesej korporat Kumpulan NX iaitu "Kami Mencari Jalan" dengan menunjukkan keupayaan Kumpulan itu untuk memeriksa dan menyelesaikan masalah yang sukar bersama-sama dengan pelanggan mereka.
Teknik dan rangkaian profesional dinyatakan dalam pelbagai motif
Pelbagai motif seperti "dinosaur," "pil" dan "lengan robot" digunakan untuk visual utama itu. Ia dibalut dengan cantik dan teliti seperti "origami", kraf tradisional Jepun yang melipat kertas, sekali gus membangkitkan ketukangan dan teknik pembungkusan yang teliti yang berasal dari Jepun yang telah diusahakan oleh Kumpulan NX selama bertahun-tahun, dan menyatakan komitmen Kumpulan itu untuk menyediakan perkhidmatan profesional yang memanfaatkan pengalaman mereka yang luas dan keupayaan yang boleh dipercayai.
Label-label pada objek tersebut menggambarkan pelbagai destinasi seperti Champs-Elysees di Paris dan Lembah Silikon di Amerika Syarikat serta Antartika dan Bima Sakti, yang melambangkan rangkaian pengedaran global bagi Kumpulan NX dan usaha mereka mengejar kemungkinan yang tak terbatas.
Melangkah ke hadapan, visual utama baharu "Sebarang benda ke Mana Sahaja" akan digunakan sebagai satu elemen kreatif yang merangkumi jenama Kumpulan NX di pameran-pameran yang diadakan di seluruh dunia.
Imej 1:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103866/202502204514/_prw_PI3fl_w2ynzyHv.png
Sebuah filem pendek yang menggunakan "Sebarang benda ke Mana Sahaja" tersedia di laman web Kumpulan itu, saluran YouTube dan akaun LinkedIn rasmi. Sila lihat.
Lokasi URL yang disiarkan
Laman web NIPPON EXPRESS HOLDINGS: https://www.nipponexpress-holdings.com/en/about/video/
YouTube: https://www.youtube.com/@nittsu
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/nippon-express-group/
Kumpulan NX akan terus menyahut cabaran dalam mewujudkan nilai baharu daripada logistik sambil menyasarkan untuk memiliki sebuah kehadiran yang dipercayai yang dicari oleh pelanggan dan masyarakat di peringkat global.
Imej 2:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103866/202502204514/_prw_PI4fl_muHvIPLt.png
Maklumat mengenai Kumpulan NX: https://kyodonewsprwire.jp/attach/202502204514-O1-XJCtR2XW.pdf
Laman web rasmi Kumpulan NX: https://www.nipponexpress.com/
Akaun LinkedIn rasmi Kumpulan NX: https://www.linkedin.com/company/nippon-express-group/
Sumber: NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC.
--BERNAMA