HYTERA AKAN MEMPERKENALKAN PERANTI 5G MCX YANG TAHAN LASAK DI MWC25

Khamis 27/02/2025

Table
Peranti pintar tahan lasak misi kritikal PNC660 5G Hytera (Grafik: Business Wire)


BARCELONA, Sepanyol, 27 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hytera Communications (SZSE: 002583), penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional yang terkemuka di dunia, akan mengeluarkan inovasi terkini, peranti pintar tahan lasak misi kritikal PNC660 5G di MWC25 di Barcelona pada 3-6 Mac 2025. Direka untuk memenuhi permintaan pengguna keselamatan awam dan industri yang mencabar, PNC660 menyepadukan keupayaan komunikasi misi kritikal dengan ciri-ciri keselamatan berbilang lapisan yang canggih, memastikan pendaman rendah, komunikasi masa nyata untuk meningkatkan kesedaran situasi dan proses membuat keputusan dalam operasi kritikal.

“Memandangkan semakin banyak industri menyambut baik teknologi 5G dan pintar, keperluan untuk penyelesaian komunikasi yang selamat, cekap dan terjamin kini amat mendesak,” kata Wilson Gao, Pengarah Produk untuk Terminal Jalur Lebar di Hytera. “Inilah sebabnya kami membangunkan PNC660, peranti yang selamat, intuitif dan direka untuk meningkatkan produktiviti. 'Mission First, Safety Always' bukan sekadar slogan; ia mendasari apa kami hasratkan -- peranti yang memastikan semua pasukan terhubung dan keselamatan data, walaupun dalam persekitaran yang paling mencabar.”

Mematuhi standard 3GPP, PNC660 menyokong MCPTT, MCVideo, dan MCData, menawarkan komunikasi dan perkhidmatan suara, video dan data yang lancar. Peranti ini menampilkan keselamatan berbilang lapisan, termasuk cip keselamatan bebas yang mematuhi standard IC/COS CC EAL5+, dan pengurusan penyulitan dan kunci yang mantap untuk melindungi maklumat sensitif daripada akses tanpa kebenaran dan ancaman siber. Untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan prestasi, PNC660 manampilkan widget APP, fungsi Smart Key & Secure Key, serta dwi antaramuka Type-C untuk kemudahan tambahan. Dilengkapi dengan bateri boleh tanggal 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W dan penilaian IP68 untuk kalis air dan habuk, PNC660 menjanjikan pengalaman komunikasi yang sangat stabil dalam apa jua persekitaran.

Hytera menjemput pihak berkuasa keselamatan awam, pengendali rangkaian mudah alih (MNO), integrator sistem dan profesional komunikasi misi kritikal serta pihak berkepentingan untuk mengalami PNC660 secara langsung di Gerai 6G44 semasa MWC25, melalui demonstrasi amali, pameran langsung, dan perbincangan mendalam dengan jurutera produk. Selain itu, Hytera akan menganjurkan webinar untuk mengumumkan peranti pintar misi kritikal generasi seterusnya.

Tunggu butiran lanjut dan daftar untuk webinar di: https://register.gotowebinar.com/register/7420364727085559640

Maklumat Tentang Hytera

Hytera Communications Corporation Limited (SZSE: 002583) ialah penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional yang terkemuka di dunia. Dengan keupayaan suara, video dan data, kami memberikan sambungan yang lebih pantas, selamat dan serba boleh untuk perniagaan dan pengguna misi kritikal. Kami menjadikan dunia lebih cekap dan selamat dengan membolehkan pelanggan kami mencapai lebih banyak dalam operasi harian dan tindakan kecemasan.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54212783/en

Hubungi

Hytera
lele.yao@hytera.com
 
Sumber: Hytera Communications

--BERNAMA

+