Turing Memperoleh $14 Juta untuk Menskalakan Penyelesaian Pengurusan Air Berkuasa AI

Jumaat 28/02/2025

Table

Pasukan kepimpinan di Turing, penyedia penyelesaian AI dan IIoT untuk pengurusan air dan air buangan. (Foto: Business Wire)


BOSTON, 28 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Turing, peneraju dalam penyelesaian pengurusan air berasaskan AI, hari ini mengumumkan kejayaan melengkapkan pusingan pembiayaan $14 juta yang diketuai oleh Safar Partners. Pelaburan ini akan mempercepatkan pengembangan global Turing dan meningkatkan platform utamanya yang berkuasa AI, TOP Clear — yang memberikan penyelesaian digital hujung-ke-hujung untuk sektor utiliti, daripada rawatan air dan air buangan hingga rangkaian — dan SmartOps AI, platform pengurusan air eksklusifnya untuk rawatan industri.

Tidak seperti SCADA tradisional atau alat analisis kendiri, penyelesaian Turing berintegrasi dengan mana-mana platform pengurusn air dengan lancar, menemui pelanggan di mana sahaja mereka berada dalam perjalanan digital mereka — sama ada untuk rawatan air, sistem rangkaian, atau kedua-duanya. Memanfaatkan automasi berkuasakan AI, IoT (IIoT) Industry, dan kepakaran industri mendalam, platform Turing mendayakan kawalan dan pemantauan masa nyata, pengesanan anomali lanjutan, analisis ramalan dan pembuatan keputusan pintar. Pendekatan holistik ini memacu pengoptimuman merentasi seluruh kitaran hayat air, meningkatkan kecekapan, kestabilan dan kelestarian di setiap peringkat.

Turing telah diiktiraf untuk sumbangan inovatifnya kepada industri air, memenangi Anugerah Cleantech Group 25 untuk inovasi digitalnya dalam rangkaian air dan Anugerah Syarikat Teknologi Invovatif Tahun Ini daripada Global Water Intelligence untuk algoritma pembelajaran mesin terkininya yang memacu penjimatan tenaga dan kimia dalam desalinasi.

“Misi kami adalah untuk menentukan semula cara industri dan pihak berkuasa perbandaran menguruskan sumber air," kata Hiep Le, CEO Turing. "Dengan pembiayaan ini, kami akan menskalakan platform berkuasa AI kami, mempercepatkan pengembangan global, dan melengkapkan pelanggan kami dengan alat untuk mengurangkan masa henti, mengoptimumkan prestasi, dan meningkatkan kelestarian. Dengan cabaran air dunia yang semakin rumit, keperluan untuk Kecerdasan Operasi Masa Nyata (ROI) menggunakan kecerdasan eksperimen dan buatan kini amat mendesak — dan itulah sebenarnya yang kami sedang bina.”

Nader Motamedy, Rakan Kongsi Pengurusan daripada Safar Partners, menekankan kepentingan strategik pendekatan berasaskan AI Turing, "Melabur dalam Turing ialah pelaburan dalam masa hadapan pengurusan air pintar. Gabungan unik AI, IIoT, dan kepakaran domain mendalam mencipta platform komprehensif yang bukan sekadar mengenal pasti ketidakcekapan tetapi mengoptimumkan secara aktif rawatan dan pengagihan air. Memandangkan permintaan untuk infrastruktur pintar meningkat, Turing diposisikan untuk membawa industri ini ke hadapan."

Pembiayaan ini akan membolehkan Turing:

· Meningkatkan keupayaan AI dalam TOP Clear dan SmartOps AI untuk mengoptimumkan rawatan air, pemprosesan air buangan, dan prestasi rangkaian.
· Mengembangkan operasi dalam pasaran utama, termasuk Amerika Utara, Eropah dan Timur Tengah.
· Mempercepatkan R&D untuk penyelesaian pengurusan air ramalan dan autonomi generasi seterusnya.
· Meneguhkan perkongsian dengan utiliti, pengguna air industri, dan agensi kerajaan untuk merintis penggunaan platform pengurusan berkuasa AI di seluruh industri.

Dengan infrastruktur yang semakin usang, kos operasi yang meningkat, dan kebimbangan kekurangan air dan buruh yang semakin meningkat, utiliti dan industri menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk memodenkan sistem air. Penyelesaian AI Turing memperkasakan klien untuk meminimumkan secara proaktif gangguan operasi, memaksimumkan hayat aset, dan mencapai penjimatan kos yang besar—semua ini dan pada masa yang sama memastikan pematuhan kawal selia dan pengawasan alam sekitar.

Maklumat Tentang Turing

Turing ialah penyedia penyelesaian AI dan IIoT untuk pengurusan air dan air buangan. Dengan kerjasama Gradiant, Synauta, dan SpaceAge Labs, Turing memberikan penyelesaian digital hujung-ke-hujung yang membantu utiliti dan industri mengoptimumkan prestasi, mengurangkan kos, dan meningkatkan kelestarian merentasi seluruh kitaran hayat air. Dengan keberadaan merentasi beberapa benua, Turing membentuk platform pengurusan aset generasi seterusnya melalui automasi termaju, analisis ramalan dan pengoptimuman masa nyata. Turing bukan sekadar syarikat AI dalam air—ia syarikat air yang telah menguasai AI.

Untuk mengetahui lebih lanjut lawati www.theturingcompany.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54214593/en  

Contacts

Hubungan Media:
Meghan Moore
Pengarah Pemasaran
Turing 
mmoore@theturingcompany.com

Sumber: Turing

--BERNAMA

 
+