Jumaat 28/02/2025
Syarikat Menunjukkan Standard Industri Baharu dengan Pencapaian Penting AI/ML Julung Kalinya dalam Penyusunan RAN Terbuka Langsung dengan Pengendali Mudah Alih Asia Selatan
RICHARDSON, Texas, 28 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Mavenir, penyedia infrastruktur rangkaian asli awan yang membina masa depan rangkaian, hari ini mengumumkan pencapaian luar biasa dengan tindanan penuh rangka kerja AI miliknya, Network Intelligence as a Service (NIaaS). Buat kali pertama secara global, Agen AI langsung berasaskan pembelajaran pengukuhan (RL) mendalam – sebuah komponen penting bagi NIaaS Mavenir – mengawal secara autonomi dan menjalankan pengoptimuman gelung tertutup penuh bagi pengoperasian rangkaian 5G bukan kendiri (NSA) yang membawakan lebih daripada 40% perolehan dalam petunjuk prestasi utama (KPI) berkaitan mobiliti dalam rangkaian akses radio (RAN). Peningkatan prestasi yang ketara juga menjimatkan kos, kerana NIaaS hanya beroperasi pada CPU di lapangan dan bukannya GPU. Dihoskan di Pengawal Cerdas RAN Mavenir, NIaaS telah membuktikan pencapaian penting ini dalam penyusunan RAN Terbuka dengan dua operator NSA 5G Peringkat 1 di Asia Selatan, dengan setiap satu penyusunan berutusan dengan lebih 25 tapak serta lebih 100 sel LTE dan New Radio (NR).
Memperkenalkan keupayaan AI telekomunikasi julung kali dalam kategorinya untuk operasi skala besar RAN Terbuka, NIaaS Mavenir telah mengurangkan kadar serahan tidak stabil (termasuk ping-pong mobiliti, serahan terlalu lambat, serahan terlalu awal, kegagalan pautan radio dan serahan salah sel) secara signifikan pada 40% sehingga 60% untuk komponen KPI agregat dan KPI individu, lalu meningkatkan keteguhan mobiliti bagi pelanggan mudah alih 4G/5G dalam rangkaian langsung.
"Kami teruja untuk menerajui industri dengan NIaaS berinovatif kami yang merevolusikan operasi rangkaian telekom," kata BG Kumar, Presiden, Pendayaan Rangkaian Akses, Platform dan Digital di Mavenir. "Berbanding dengan sistem SON tradisional terlalu berpusatkan kefungsian, tanpa sebarang jaminan peningkatan yang nyata bagi KPI sasaran di lapangan, NIaaS asli AI kami adalah berpusatkan KPI, mengekstrak kecerdasan mendalam tentang KPI dari sel ke sel, tapak ke tapak, pasaran ke pasaran serta mengoptimumkan faktor tersebut yang memberi impak kepada KPI dalam rangkaian langsung. Pencapaian ini menggariskan komitmen kami terhadap memanfaatkan teknologi canggih dan set kemahiran dalaman kami dalam mencipta, menginovasi dan mereka bentuk model AI/ML moden untuk memacu peningkatan ketara dalam prestasi rangkaian dan pengalaman pelanggan," tambah Kumar.
Seterusnya, NIaaS Mavenir akan memfokuskan kepada meningkatkan pengoperasian KPI Telekomunikasi secara konsisten seperti penyambungan, liputan, pengurusan trafik, kebolehcapaian, kebolehtahanan, kualiti trafik, kecekapan dan CAPEX/OPEX. Walaupun dihoskan di RIC Mavenir untuk penyusunan RAN Terbuka, NIaaS juga ditawarkan sebagai keupayaan kecerdasan telekomunikasi kendiri untuk domain lain (seperti Packet Core, IMS, dsb.). Tambahan lagi, NIaaS bukan sahaja terhad kepada penawaran keupayaan AI telekomunikasi dalam pasaran dengan fungsi rangkaian (NF) Mavenir, malahan juga untuk pasaran dengan NF pihak ketiga.
Oleh itu, NIaaS Mavenir menggambarkan langkah besar ke hadapan dalam AIOps telekomunikasi langsung yang menyediakan operator dengan alat asli AI untuk meningkatkan kecekapan rangkaian, mengurangkan kos operasi dan memberikan perkhidmatan berkualiti yang canggih kepada pelanggan mereka. Dalam pada industri telekom terus membangun, Mavenir kekal di baris hadapan bagi inovasi yang berdedikasi untuk membuka pintu kepada pelbagai kemungkinan dengan teknologi AI/ML.
NIaaS Mavenir menjadi hos kepada suite AI canggih termasuk Agen AI Deep-RL – dibangunkan oleh Mavenir – yang dicampurkan dengan pembelajaran pemindahan untuk mengawal secara autonomi dan mengoptimumkan ofset mobiliti merentas sel LTE, lalu mengurangkan serahan tidak stabil di seluruh rangkaian. Agen AI Deep-RL untuk pengoptimuman ini dibantu secara signifikan oleh agen & model AI lain dalam suite AI tindanan penuh NIaaS. Sebagai contoh, model penyebab dan keterangan AI membantu dalam mengenal pasti dan mengukur punca utama serahan tidak stabil dan kemerosotan KPI mobiliti, serta pengelompokan data dan model pengelasan membantu dalam memadankan frekuensi radio, mobiliti, trafik dan corak pengamatan lain merentas sel dan masa ke arah menilai kesan bersih. Agen AI Deep-RL mengemukakan faktor ini dan menjangkakan kesannya yang mengoptimumkan ambang mobiliti secara autonomi di lapangan.
Perihal Mavenir:
Mavenir sedang membina masa depan rangkaian hari ini dengan penyelesaian asli awan, didayakan AI yang reka bentuk hijau, memperkasakan pengendali untuk merealisasikan faedah 5G dan mencapai rangkaian pintar, automatik dan boleh diprogramkan. Sebagai perintis Open RAN dan pengganggu industri yang terbukti, penyelesaian Mavenir yang memenangi anugerah menyampaikan automasi dan pengewangan merentasi rangkaian mudah alih secara global, mempercepatkan transformasi rangkaian perisian untuk lebih daripada 300 Pembekal Perkhidmatan Komunikasi di lebih 120 negara, yang memberi perkhidmatan kepada lebih 50% daripada pelanggan dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.mavenir.com
Temui Mavenir di Mobile World Congress 2025, Barcelona, 3-6 Mac, 2025.
Untuk menerokai inovasi terkini Mavenir dan mengetahui lebih lanjut tentang cara Mavenir menyampaikan Masa Depan Rangkaian – Hari Ini, lawati kami di Dewan 2 (Kiosk 2H60) di #MWC25.
Hubungan Perhubungan Awam Mavenir:
Emmanuela Spiteri
PR@mavenir.com
SUMBER: Mavenir Systems, Inc.
--BERNAMA