​TOSHIBA MENGELUARKAN PENGASING DIGITAL STANDARD AUTOMOTIF YANG MEMATUHI AEC-Q100

Selasa 04/03/2025

Table

Toshiba: Siri DCM34xx01, pengasing digital standard automotif mematuhi AEC-Q100. (Grafik: Business Wire)


- Merealisasikan Operasi Stabil dengan Imuniti Transien Mod Biasa Tinggi dan Komunikasi Data Berkelajuan Tinggi -
 
KAWASAKI, Jepun, 4 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah melancarkan rangkaian pertama 4-saluran pengasing digital standard berkelajuan tinggi untuk aplikasi automotif. "Siri DCM34xx01” baharu ini menampilkan 10 peranti yang menyokong operasi yang stabil dengan imuniti transien mod biasa tinggi (CMTI) 100kV/μs (typ.)[1] dan kadar transmisi data yang tinggi 50Mbps (maksimum)[2] . Semuanya mematuhi standard AEC-Q100 bagi keselamatan dan keandalan komponen elektronik automotif. Penghantaran bermula hari ini.

Memastikan keselamatan dan keandalan pengecas terbina dalam kenderaan (OBC) dan sistem pengurusan bateri (BMS) yang digunakan dalam kenderaan hibrid-elektrik (HEV) kenderaan elektrik (EV) memerlukan peranti yang memastikan pengasingan dan menghalang penyebaran isyarat gangguan. Pengasing digital standard automotif memberikan penyelesaian untuk komunikasi berkelajuan tinggi berbilang saluran dan CMTI tinggi yang diperlukan oleh peranti pengasingan ini.

Pengasing baharu ini menggunakan kaedah transmisi terasing jenis pengganding magnetik untuk mencapai CMTI tinggi 100kV/μs (typ.). Ini memberikan rintangan tahap tinggi kepada isyarat gangguan elektrik antara input dan output dalam transmisi isyarat terasing, menbolehkan transmisi isyarat kawalan yang stabil dan menyumbang kepada operasi peralatan yang stabil. Selain itu, herotan lebar denyutan rendah 0.8ns (typ.)[2] dan kadar transmisi data 50Mbps (maksimum) juga tercapai. Produk baharu sesuai untuk aplikasi komunikasi berkelajuan tinggi berbilang saluran seperti antaramuka I/O dengan komunikasi SPI.

Toshiba sudah memulakan pengeluaran besar-besaran Pengasing digital standard industri, dan kini telah mengembangkan rangkaian produk kepada peralatan automatif. Selepas ini, syarikat akan meningkatkan rangkaian pakej dan bilangan saluran dalam kedua-dua bidang. Ia akan terus menyediakan peranti pengasingan dan pengganding foto berkelajuan tinggi, yang menyokong keandalan transmisi yang diperlukan oleh peralatan automotif.

 Nota:
 [1] Syarat ujian: VDD1 =VDD2 =4.5 hingga 5.5V, VCM =1500V, Topr =-40 hingga 125°C
 [2] Syarat ujian: VDD1 =VDD2 =4.5 hingga 5.5V, Topr =-40 hingga 125°C

 Aplikasi

Peralatan automotif

· Sistem Pengurusan Bateri (BMS)
· Pengecas Terbina Dalam Kenderaan (OBC)
· Kawalan Penyongsang

 Ciri-ciri

· Imuniti transien mod biasa yang tinggi: CMTI=100kV/μs (typ.)[1]
· Kadar data berkelajuan tinggi: tbps =50Mbps (maksimum)[2]
· Herotan lebar denyutan rendah: PWD=0.8ns (typ.)
· Sokongan saluran kuad (lihat Spesifikasi Utama untuk butiran tentang setiap peranti):
Empat saluran ke hadapan dan tiada saluran songsang; tiga saluran ke hadapan dan satu saluran songsang; dua saluran ke hadapan dan dua saluran songsang 

Spesifikasi Utama 

Table

Maklumat berkaitan

Nota Aplikasi

· Perkara asas tentang pengasing digital standard
· Nota Aplikasi EMC Pengasing Digital
· Glosari istilah Pengasing Digital Standard

Ikuti pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk baharu.

 DCM341L01
 DCM341H01
 DCM341A01
 DCM341B01
 DCM340C01
 DCM340D01
 DCM340L01
 DCM340H01
 DCM342L01
 DCM342H01

 Ikuti pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengasing digital standard Toshiba.
 Pengasing Digital Standard

 Untuk melihat sama ada produk baharu tersedia di tempat pengedar dalam talian, lawati:
 DCM341L01
 Beli Dalam Talian
 DCM341H01
 Beli Dalam Talian
 DCM341A01
 Beli Dalam Talian
 DCM341B01
 Beli Dalam Talian
 DCM340C01
 Beli Dalam Talian
 DCM340D01
 Beli Dalam Talian
 DCM340L01
 Beli Dalam Talian
 DCM340H01
 Beli Dalam Talian
 DCM342L01
 Beli Dalam Talian
 DCM342H01
 Beli Dalam Talian

 * Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan mungkin merupakan tanda dagangan syarikat masing-masing.
 * Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan, adalah terkini pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal. 

Maklumat tentang Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, peneraju penyedia penyelesaian semikonduktor dan storan yang canggih, memanfaatkan lebih setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan pelanggan dan rakan perniagaannya semikonduktor diskret, LSI sistem dan produk HDD yang luar biasa.

Dengan 19,400 pekerja di seluruh dunia, syarikat ini berkongsi tekad untuk memaksimumkan nilai produk, serta mempromosikan kerjasama rapat dengan pelanggan dalam penciptaan nilai dan pasaran baharu. Syarikat ini berharap dapat membina dan memberi sumbangan kepada masa depan yang lebih baik untuk semua.

Ketahui lebih lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54215230/en
 
Contacts

Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Optoelektronik
Tel: +81-44-548-2218
Hubungi Kami

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

--BERNAMA
+