Monster Hunter Wilds (Grafik: Business Wire)– Inisiatif global membantu Capcom meraih pencapaian jualan dalam 3 hari sahaja, menjadi rekod syarikat –
OSAKA, Jepun, 6 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Capcom Co., Ltd. (TOKYO:9697) hari ini mengumumkan bahawa jualan global
Monster Hunter Wilds , yang dikeluarkan pada 28 Februari 2025, telah melebihi 8 juta unit dalam 3 hari sahaja, yang merupakan tajuk yang paling cepat untuk meraih pencapaian ini dalam sejarah syarikat itu.
Monster Hunter Wilds merupakan tajuk terbaru dalam siri
Monster Hunter dan berlatarbelakangkan dunia yang berubah secara dinamik, yang boleh berubah daripada hutan belukar yang dipenuhi dengan makhluk yang buas kepada alam sekitar yang kaya dengan pelbagai kehidupan dalam beberapa detik sahaja.
Monster Hunter Wilds menampilkan penggambaran visual yang megah dan indah yang dikuasakan oleh RE ENGINE, iaitu enjin pembangunan permainan proprietari Capcom, yang membolehkan pemain untuk menikmati permainan bersama-sama, tanpa kira platform permainan mereka.
Selepas pengumuman permainan itu, Capcom mempromosikan daya tarikan
Monster Hunter Wilds kepada khalayak yang lebih luas di seluruh dunia, dengan mempamerkan tajuk itu di acara video global dan menyediakan ujian beta terbuka dalam talian bagi memberikan peluang kepada para peserta untuk mencuba, sambil juga memberikan kemas kini tentang maklumat permainan melalui acara dalam talian seperti Monster Hunter Wilds Showcase. Hasil daripada inisiatif global ini yang berterusan,
Monster Hunter Wilds telah menarik minat ramai orang dan mencapai jualan sebanyak 8 juta unit dalam 3 hari sahaja, yang merupakan pencapaian paling cepat dalam kalangan permainan dalam sejarah Capcom.
Capcom kekal berkomited teguh untuk memenuhi jangkaan semua pengguna dengan menggunakan keupayaan pembangunan permainannya yang menerajui industri bagi mencipta pengalaman permainan yang sangat menghibur.
Perihal siri Monster Hunter : Siri
Monster Hunter terdiri daripada permainan aksi memburu yang membenarkan pemain memburu makhluk besar di dalam alam sekitar semula jadi yang indah. Dengan tajuk pertamanya pada tahun 2004, siri ini telah membentuk genre baharu yang pemain bekerjasama untuk memburu makhluk buas dengan rakan-rakan mereka, yang berkembang menjadi fenomena global dengan jualan kumulatif siri tersebut mencecah 108 juta unit (setakat 31 Disember 2024).
PERIHAL CAPCOMCapcom merupakan pembangun, penerbit dan pengedar hiburan interaktif yang terkemuka di dunia untuk konsol permainan, PC, peranti pegangan tangan serta peranti wayarles. Sejak penubuhannya pada tahun 1983, syarikat ini telah mencipta beratus-ratus permainan, termasuk francais Resident Evil™, Monster Hunter™, Street Fighter™, Mega Man™, Devil May Cry™ dan Ace Attorney™ yang mengagumkan. Capcom memiliki pejabat operasi di A.S., U.K., Jerman, Perancis, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Tokyo, dengan ibu pejabat korporatnya terletak di Osaka, Jepun. Maklumat lanjut tentang Capcom boleh ditemukan di
https://www.capcom.co.jp/ir/english/Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54218561/enTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Hubungi
Bahagian Perhubungan Awam & Perhubungan Pelabur Capcom
+81-6-6920-3623
Sumber: CAPCOM CO., LTD.
--BERNAMA