Zeitview Mendapat $60M untuk Memajukan Pemeriksaan Berkuasa AI bagi Infrastruktur Kritikal Global

Khamis 06/03/2025

  • Setelah pertumbuhan meningkat dua kali ganda kepada 200,000+ aset yang diperiksa merentasi 80 negara 2024, Zeitview mempercepatkan pelaburan dalam Insights, platform AI Visual miliknya
  • Climate Investment menerajui penambahan modal, dengan penyertaan daripada pelabur sedia ada
  • Platform Zeitview memberi perkhidmatan kepada beberapa kategori infrastruktur, termasuk solar, angin, utiliti, harta tanah dan telekom
 
LOS ANGELES, 6 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zeitview, peneraju dalam AI visual bagi infrastruktur kritikal, mengumumkan penambahan modal sebanyak $60 juta yang diterajui oleh Climate Investment, dengan penyertaan daripada pelabur semasa Valor Equity Partners, Union Square Ventures, Upfront Ventures, Euclidean Capital, Energy Transition Ventures, Hearst Ventures dan Y Combinator.

Peneraju pasaran dalam AI Visual bagi infrastruktur kritikal, perisian Zeitview menambah baik masa pemeriksaan dan syarat kos di samping menangani cabaran akibat kekurangan buruh mahir dan peningkatan kekerapan pemeriksaan. Tidak seperti penyedia penyelesaian yang menumpukan kepada kelas aset tunggal, platform Zeitview memenuhi keperluan beberapa kategori infrastrukur kritikal, termasuk solar, angin, utiliti, harta tanah dan telekom, yang membolehkannya menjadi rakan tunggal untuk pemilik aset yang beroperasi merentasi beberapa sektor yang berlainan.

“Infrastruktur kritikal yang menggerakkan ekonomi global berhadapan dengan mala petaka bahaya, tekanan dan kos yang semakin meningkat, ,” kata Pengasas & CEO Zeitview Dan Burton. “Zeitview membantu perusahaan terbesar dalam infrastruktur kritikal mencegah kegagalan besar, menilai dan meramal risiko dan mengutamakan perbelanjaan penyelenggaraan.”

“Dengan modal ini, Zeitview akan mempercepatkan pembangunan AI Visual yang pantas, boleh meramal dan tidak terhad,” kata Burton, “dan meningkatkan pelaburan dalam platform perisian Insights kami untuk menyokong pelanggan kami merentasi aset infrastruktur kritikal mereka, sepanjang kitaran hayat mereka, di mana sahaja di dunia.”

Patrick Yip, Pengarah Urusan dan Ketua Ekuiti Pertumbuhan di Climate Investment berkata: “Climate Investment melabur dalam teknologi penyahkarbonan berbeza yang terkemuka dengan aplikasi pelbagai sektor merentasi industri intensif tenaga. Kami teruja untuk menambah Zeitview kepada kumpulan ini untuk menyokong peringkat pertumbuhan seterusnya. Pelaburan ini akan membantu mempercepatkan penggunaan platfrom Zeitview merentasi kategori infrastruktur semasanya, di samping membolehkannya berkembang ke pasaran baharu melalui rangkaian pelabur unik Climate Investment, yang sebahagian besar daripadanya sudah menjadi pelanggan.”

“Pemilik infrastruktur, pengendali dan OEM memerlukan penyelesaian pemeriksaan yang boleh digunakan untuk seluruh portfolio mereka – yang merangkumi pelbagai jenis aset, yang beroperasi di seluruh dunia dan menyokong kitaran hayat aset sepenuhnya,” kata Mike Bishop, Pengarah Pelaburan di Climate Investment, yang akan menyertai Lembaga Pengarah Zeitview. “Zeitview secara unik menangani keperluan ini melalui platform data visualnya, menggabung analisis dengan kepakaran domain yang mendalam untuk memberikan penyelesaian pengurusan aset yang lebih baik, cepat dan menjimatkan kos.”

Memandangkan permintaan untuk tenaga yang stabil, infrastruktur komunikasi dan fasiliti melonjak dalam dunia yang semakin tidak menentu dan terdedah kepada bencana, Zeitview komited untuk melengkapi perusahaan dengan AI visual untuk meningkatkan ketahanan dan kecekapan aset. Setelah pemeriksaan infrastruktur meningkat lebih dua kali ganda kepada 200,000 aset merentasi 80 negara pada tahun 2024, Zeitview telah menunjukkan skala untuk memberi penyelesaian kepada portfolio aset infrastruktur kritikal yang paling besar.

Maklumat Tentang Zeitview

Zeitview ialah peneraju pasaran dalam AI Visual untuk infrastruktur kritikal. Dengan lebih 200,000 aset yang diperiksa merentasi 80 negara pada tahun 2024, Zeitview membantu perusahaan terbesar dalam infrastruktur kritikal mencegah kegagalan besar, menilai dan meramal risiko, dan mengutamakan perbelanjaan penyelenggaraan.

Lawati Zeitview.com untuk mengetahui lebih lanjut.

Maklumat Tentang Climate Investment

Climate Investment (CI) ialah pelabur pakar yang diuruskan secara bebas yang menumpukan kepada usaha memacu penyahkarbonan industri. Firma ini melabur dalam syarikat dari peringkat awal hingga peringkat pertumbuhan dengan memberikan modal ekuiti kepada syarikat inovatif dan bekerjasama dengan syarikat besar, kerajaan dan organisasi bukan untung untuk menskalakan pengambilan dan impak pasaran mereka. Beroperasi sejak 2017, CI telah melabur dalam lebih 40 syarikat teknologi iklim merentasi tenaga, pengangkutan, bangunan dan industri yang telah secara kolektif mengurangkan gas rumah hijau terkumpul sebanyak 95 MT CO2e dalam tempoh 2019-2023.

 Climate Investment telah ditubuhkan oleh syarikat ahli Inisiatif Iklim Minyak & Gas (“OGCI”). Mereka telah melabur dalam dana Climate Investment dan menggunakan banyak inovasi portfolionya, menyokong pembangunan komersial awal mereka. Layari www.climateinvestment.com

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Hubungan Media Zeitview
Rebecca Wilson di rebecca.wilson@zeitview.com

Hubungan Media Climate Investment
Jason Dela Cruz di marketingci@climateinvestment.com
 
Sumber: Zeitview

--BERNAMA
+