MARY KAY INC. MENAMAKAN TARA EUSTACE KETUA PEGAWAI PELUANG DAN JUALAN

Khamis 06/03/2025

Table

Untuk memperkasakan pertumbuhan masa hadapan, syarikat kecantikan dan keusahawanan ikonik Mary Kay mengumumkan hari ini pelantikan Tara Eustace sebagai Ketua Pegawai Peluang dan Jualan. Memandangkan Hari Wanita Antarabangsa (IWD) semakin hampir, pelantikan kepimpinan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ryan Rogers, memberi penghormatan kepada legasi Mary Kay Ash dalam memperkasakan wanita. Seorang perintis dan eksekutif lama Mary Kay, Eustace akan mengetuai organisasi Peluang dan Jualan Global dengan misi teras: untuk menjadikan “Peluang Mary Kay” sebagai dasar bagi semua strategi perniagaan keusahawanan. Beliau akan menyelia semua rantau Mary Kay, mengetuai pasukan presiden dan pengurus besar rantau di lebih 40 pasaran di seluruh dunia (Foto: Mary Kay Inc.).


DALLAS, 6 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Untuk memperkasakan pertumbuhan masa hadapan, syarikat kecantikan dan keusahawanan ikonik Mary Kay mengumumkan hari ini pelantikan Tara Eustace sebagai Ketua Pegawai Peluang dan Jualan.

Sebagai seorang perintis dan eksekutif lama Mary Kay, Eustace akan mengetuai organisasi Peluang dan Jualan Global dengan misi teras "Peluang Mary Kay" yang mendasari semua strategi perniagaan keusahawanan. Beliau akan menyelia semua rantau Mary Kay, mengetuai pasukan presiden dan pengurus besar rantau di lebih 40 pasaran di seluruh dunia.

Organisasi Eustace yang baru terbentuk akan menumpukan kepada usaha untuk mentransformasikan pengalaman Perunding Kecantikan Bebas (IBC), meningkatkan mereka sebagai penasihat kecantikan peribadi untuk produk, jenama dan peluang Mary Kay. Dengan misi teras yang mendasari semua ini, Eustace akan menjemput generasi seterusnya untuk menyertai perjalanan keusahawanan ini. Untuk mencapai visi ini, beliau dan pasukannya akan memperkasakan secara digital semua generasi IBC dengan setiap peluang untuk menghubungkan perniagaan mereka dengan pengguna melalui peningkatan kemahiran, alat digital inovatif dan penyelesaian e-dagang merentasi platform dan saluran bersepadu.

Eustace akan memacu usaha untuk memperkemaskan operasi jualan global, mengaktifkan empat bidang strategik: pembangunan dan pendidikan tenaga jualan global, pengalaman tenaga jualan global, wawasan & analisis tenaga jualan global, perdagangan dan komunikasi sosial tenaga jualan global. Ini termasuk komitmen untuk mengembangkan jejak Mary Kay untuk memperkasakan wanita dalam usaha untuk mencapai impian untuk memiliki perniagaan kecil di mana sahaja mereka berada.
 
“Tara dan pasukannya mempunyai misi untuk mencetuskan minat terhadap Peluang Mary Kay, yang mendasari apa sahaja yang kita lakukan,” kata Ryan Rogers, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mary Kay. “Dengan cara berfikirnya yang bervisi usahawan dan rekod prestasinya yang menembusi pasaran baharu, Tara akan menjadi tulang belakang dalam membentuk masa hadapan perniagaan untuk Perunding Kecantikan Bebas kami dan pelanggan mereka, memanfaatkan teknologi dan meningkatkan pengalaman kami yang tiada tandingan ke tahap yang lebih tinggi dalam industri kecantikan dan jualan langsung."

Eustace telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan kepimpinan di seluruh dunia sepanjang kerjayanya selama tiga puluh tahun. Komitmennya yang tidak pernah goyah kepada keusahawanan wanita telah menyumbang kepada usaha untuk membentuk semula industri jualan langsung, menyentuh kehidupan jutaan wanita daripada perkembangan peribadi hingga ganjaran kewangan. Eustace telah menerajui pertumbuhan Mary Kay di Eropah dan seterusnya, mengetuai perkembangan Mary Kay yang paling terkini ke Hungary dalam tahun 2023 dan Kyrgyzstan dalam tahun 2024.

“Apabila Mary Kay Ash menubuhkan syarikat kami, beliau tahu bahawa tidak ada peluang yang lebih besar daripada peluang yang kami tawarkan. Saya tidak sabar untuk mencetuskan inovasi, memperkasakan Perunding Kecantikan Bebas kami untuk menjual dengan yakin di mana sahaja mereka berada, dan menghubungkan generasi seterusnya dengan peluang pendapatan yang meriah, lestari dan dinamik,” kata Tara Eustace, Ketua Pegawai Peluang dan Jualan Mary Kay. “Setiap Perunding Kecantikan Bebas kami adalah pemilik perniagaan kecil yang mendapat manfaat secara langsung daripada jualan produk Mary Kay. Apabila pelanggan tempatan membeli produk Mary Kay daripada Perunding Kecantikan Bebas, mereka menyokong keluarga. Dan apabila mereka membantu keluarga, mereka menyokong satu impian”

Eustace mempunyai ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Kajian Rusia dan Hubungan Antarabangsa daripada University of Virginia, Amerika Syarikat. Beliau berkhidmat dalam Lembaga Majlis CEO Persatuan Jualan Langsung Eropah (Seldia).
 
Memandangkan Hari Wanita Antarabangsa (IWD) semakin hampir, pelantikan kepimpinan ini oleh Ryan Rogers memberi penghormatan kepada legasi Mary Kay dalam memperkasakan wanita. Di Mary Kay, wanita membentuk sehingga 54% daripada pasukan eksekutif, 63% daripada tenaga kerja global, dan 63% daripada pasukan R&D1 .

Tahukah anda:

· Hampir 30% daripada ahli tenaga kerja yang memulakan perniagaan Mary Kay sepanjang tahun lepas berumur bawah 35 tahun2 .
· Dalam tahun 2023 dan sekali lagi tahun 2024, Mary Kay telah dinamakan Jenama Jualan Langsung #1 dalam Penjagaan Kulit & Kosmetik Warna di dunia oleh Euromonitor International3 .
 
Maklumat tentang Mary Kay

Salah seorang pemecah siling kaca asal, Mary Kay Ash mengasaskan jenama kecantikan impian beliau pada tahun 1963 dengan satu matlamat: untuk memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah mekar menjadi syarikat global dengan jutaan ahli tenaga jualan di lebih daripada 40 pasaran. Selama lebih 60 tahun, peluang Mary Kay telah memperkasakan wanita untuk mentakrifkan masa hadapan mereka sendiri melalui pendidikan, pementoran, pembelaan dan inovasi. Mary Kay bertekad untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan mengeluarkan produk penjagaan kulit, kosmetik warna, suplimen nutrisi dan wangian yang terkini. Mary Kay percaya dalam pemeliharaan planet kita untuk generasi masa hadapan, melindungi wanita yang terjejas akibat kanser dan penderaan rumah tangga, dan menggalakkan golongan muda untuk mencapai impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui kami di Facebook, Instagram, dan LinkedIn, atau ikuti kami di X.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54219152/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
______________________________
1 Sumber: Perwakilan dan Kepimpinan Wanita di Mary Kay (Mei 2024)
2 Sumber: Mary Kay Inc. 2024 data A.S.
3 “Sumber Euromonitor International Limited; Beauty and Personal Care 2024 Edition, value sales at RSP, 2023 data”
 
Hubungi

Mary Kay Inc. Corporate Communications
newsroom.marykay.com
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber: Mary Kay Inc.

--BERNAMA

+