XSOLLA MENGUMUMKAN KEMAS KINI KEDAI WEB INOVATIF BAHARU UNTUK MEMBANTU PEMBANGUN DALAM MENGEMBANGKAN PERMAINAN MEREKA MELALUI PENGAKTIFAN TERUS-KEPADA-PENGGUNA

Jumaat 07/03/2025


Table
Grafik: Xsolla

LOS ANGELES, 7 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, pemimpin global dalam perdagangan permainan video, telah memperkenalkan kemas kini penting kepada penyelesaian Kedai Web yang terkemuka industrinya. Kedai Web Xsolla telah berada di barisan hadapan industri selama lebih empat tahun, menguasakan 500+ kedai web di seluruh dunia merentasi pelbagai genre dan skala permainan. Direka bentuk untuk memenuhi keperluan pembangun dan penerbit permainan mudah alih yang berkembang, peningkatan termaju ini menumpukan pada meningkatkan LTV dan membina kesetiaan pemain yang mendalam. Pemperibadian yang dipertingkat, penyepaduan yang diperkemas, harga serantau yang diautomasikan dan set alat kesetiaan membantu membangunkan perhubungan jangka panjang dengan pengguna, meningkatkan nilai seumur hidup mereka dan mendorong penglibatan yang berterusan.

Kemas kini berkuasa ini kita boleh diakses oleh semua pengguna Kedai Web dan sudah memberikan hasil yang terbukti merentasi industri:

· Mencapai +30% Pertumbuhan LTV Kedai Web dengan program kesetiaan boleh disesuaikan yang disepadukan dengan lancar ke dalam pengalaman kedai web anda. Set ciri Kesetiaan Kedai Web mendorong pembelian berulang, meningkatkan kekerapan bayaran dan melanjutkan jangka hayat pelanggan. Pemain memperoleh mata kesetiaan dan mendapat akses kedai kesetiaan eksklusif, menggalakkan penglibatan jangka panjang dan perbelanjaan yang lestari pada web.
· Meningkat +13% dalam Penukaran Bayaran dengan peringkat harga serantau diautomasikan. Pembangun boleh menetapkan harga diautomasikan dalam USD untuk penukaran satu-klik yang lancar, melaraskan secara dinamik untuk kadar cukai dan pertukaran. Strategi ini mengoptimumkan harga untuk menjajarkan dengan kuasa pembelian tempatan, menggalakkan volum transaksi dan meningkatkan bayaran yang lengkap serta membolehkan pelarasan manual.
· Mencapai +300% Peningkatan dalam Lawatan Kedai Web dengan kefungsian Aplikasi Web Progresif (PWA) yang diperingkat. Pemain boleh menambah kedai web secara terus pada skrin utama mudah alih mereka untuk akses satu klik tanpa log masuk berulang.
· Memacu +35% Peningkatan ARPPU dengan pemperibadian sebelah rakan kongsi, membolehkan pembangun menyesuaikan pengalaman kedai web secara dinamik dalam masa nyata. Katalog, promosi dan tawaran melaraskan secara dinamik berdasarkan data pemain dalam permainan.

“Misi Xsolla adalah untuk memudahkan kerumitan perdagangan permainan dan memperkasakan pembangun untuk mengembangkan dan memperluas pengewangan mereka,” kata Berkley Egenes, Ketua Pegawai Pemasaran & Pertumbuhan di Xsolla. “Kemas kini pada Kedai Web ini ialah bukti untuk misi kami, menawarkan penyelesaian untuk mendapatkan pengurusan kedai web yang lebih berkesan dan mewujudkan pengalaman pemain yang lebih menarik. Kami berasa bangga untuk terus menyokong pembangun dengan alat yang memacu hasil boleh ukur dan pertumbuhan yang bermakna.”

Kedai Web Xsolla ialah alat penting untuk pembangun permainan mudah alih yang berusaha untuk mengembangkan strategi pengewangan mereka dan meningkatkan penglibatan pemain. Dengan menggabungkan ciri seperti pengurusan katalog, sokongan LiveOps dan penyesuaian tapak web, penyelesaian ini terbukti amat penting kepada strategi pengewangan terus-kepada-pengguna, memberikan ROI yang konsisten dan nilai jangka panjang untuk rakan kongsi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri baharu dan cara Kedai Web Xsolla boleh membantu mengembangkan perniagaan anda, lawati: xsolla.pro/rws25ws

Perihal Xsolla

Xsolla ialah sebuah syarikat perdagangan permainan video global dengan set alat dan perkhidmatan yang mantap dan berkuasa yang direka khusus untuk industri ini. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, Xsolla telah membantu beribu-ribu pembangun dan pengeluar permainan yang pelbagai saiz membiayai, memasarkan, melancarkan dan menjana wang dengan permainan mereka secara global dan merentasi pelbagai platform. Sebagai peneraju inovatif dalam perdagangan permainan, misi Xsolla adalah untuk menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran, pemasaran dan pengewangan global untuk membantu rakan kongsi kami menjangkau lebih banyak kawasan geografi, menjana lebih banyak hasil dan mencipta perhubungan dengan pemain di seluruh dunia. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, dengan pejabat di London, Berlin, Seoul, Beijing, Kuala Lumpur, Raleigh, Tokyo, Montreal dan bandar-bandar di seluruh dunia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati xsolla.com

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Contacts

Hubungan Media
Derrick Stembridge
Naib Presiden Perhubungan Awam Global, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com

Sumber: Xsolla

--BERNAMA
+