JADIKAN PERNIAGAAN ANDA SEBAGAI SATU TARIKAN UTAMA DI EKSPO PERDAGANGAN HIBURAN YANG TERKENAL DI DUNIA

Jumaat 07/03/2025

Sydney, Australia, 07 Mac., 2025 /Medianet-AsiaNet/--

Ekstravaganza antarabangsa itu akan mempamerkan kemajuan teknologi dan penyelesaian berinovatif yang terbaharu di dalam industri tarikan itu daripada lebih 300 pempamer, dengan lebih 10,000 orang hadirin dijangka melawat lantai pameran perdagangan seluas 10,000m2 yang sibuk itu.

Berhubung dengan pangkalan pelanggan anda yang ideal dan memacukan hasil pada ekspo utama tahun ini untuk waktu riadah dan hiburan. Acara ini menarik sebuah khalayak profesional industri yang sangat disasarkan yang sedang mencari produk dan penyelesaian yang berinovatif, sekali gus menjadikannya platform yang paling sesuai untuk menjanakan petunjuk yang paling sesuai dan menjalin perkongsian strategik yang boleh diterjemahkan kepada pertumbuhan perniagaan sebenar.

Menjelang penghujung 2025, industri taman tema dan taman hiburan di rantau APAC itu diunjurkan dapat menarik lebih 425 juta orang pelawat dan menjanakan perbelanjaan melebihi USD $19 bilion. Pempamer di Ekspo IAAPA Asia akan memperoleh satu kelebihan strategik dengan menempatkan diri mereka di barisan hadapan di dalam industri yang semakin berkembang ini.

Pengarah Eksekutif dan Naib Presiden Asia Pasifik Ekspo IAAPA, Jack Chan, berkata acara empat hari yang penuh inspirasi itu adalah perhimpunan yang paling utama bagi pemimpin industri hiburan global dan sebuah platform utama untuk memupuk hubungan yang bermanfaat.

"Ekspo IAAPA Asia ialah tempat yang paling sesuai kepada perangkaian, mengembangkan keterlihatan perniagaan anda, meningkatkan pembangunan profesional anda, dan berhubung dengan pengilang, pembeli dan rakan sealiran," kata Encik Chan.

“Bagi kedua-dua pempamer dan peserta, ini adalah peluang untuk meneroka arah aliran terkini, isu-isu utama dan pilihan pengguna bagi sektor hiburan/tarikan; dan, dengan mempunyai kesemua pemain industri utama di bawah bumbung yang sama, ia merupakan satu cara yang cekap untuk bertemu secara peribadi dengan lebih 10,300 bakal pelanggan, rakan kongsi, pembekal dan rakan usaha sama yang berkongsi visi anda.”

Beliau menjelaskan bahawa ekspo itu merangkumi keseluruhan spektrum industri tarikan itu – bukan sahaja taman hiburan dan taman air.

“Acara kami merangkumi keseluruhan landskap tarikan, termasuk pusat hiburan, tarikan berasaskan lokasi, zoo, akuarium, muzium dan tarikan alam semula jadi serta hotel dan pusat peranginan serta kemudahan acara seperti stadium dan pengusaha makanan dan minuman,” kata Encik Chan.

"Ia benar-benar sebuah destinasi sehenti untuk profesional di dalam industri riadah dan tarikan, sama ada anda merupakan sebahagian daripada sebuah syarikat multinasional atau sebuah operasi kecil yang dikendalikan oleh keluarga."

Tema tahun ini 'Mencari Kemungkinan' mencerminkan tumpuan acara itu untuk memberi inspirasi kepada kreativiti dan menjalin hubungan yang bermakna untuk membuka peluang pertumbuhan baharu, menerokai masa depan bagi industri masa lapang dan hiburan, serta menemui perkongsian yang tidak dijangka serta peluang pasaran baharu.

Pempamer juga boleh memperoleh pandangan yang tidak ternilai melalui program pendidikan komprehensif ekspo itu yang akan merangkumi pelbagai topik, daripada pembangunan kakitangan dan pengoptimuman perniagaan kepada arah aliran makanan & minuman dan mempelbagaikan hasil.

“Kami secara konsisten menerima maklumat balas yang sangat positif daripada pempamer mengenai nilai dan pulangan pelaburan yang mereka perolehi dengan menyertai Ekspo IAAPA Asia itu,” kata Encik Chan.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan butiran dan faedah pendaftaran pempamer, klik di sini.

- Tamat -
 
Untuk maklumat lanjut mengenai Ekspo IAAPA Asia 2025 atau peluang untuk bertemu bual dengan eksekutif kanan sila hubungi:
 
Emily Stojcevski
Soda Communications
E-mel:emily@sodacommunications.com.au
Telefon Bimbit: +61 409 552 913

SUMBER : ​Persatuan Taman Hiburan dan Tarikan Antarabangsa (IAAPA)

--BERNAMA
+