VESON NAUTICAL DAN CARGILL MENGEMBANGKAN KERJASAMA YANG LAMA TERJALIN MENERUSI PERJANJIAN TEKNOLOGI STRATEGIK

Jumaat 07/03/2025

Cargill memperluaskan penggunaan pakej perisian dan data Veson untuk memacu inovasi dan meningkatkan pengalaman pelanggan

BOSTON, Mass., 7 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Veson Nautical (Veson), sebuah syarikat peneraju global dalam penyelesaian pengurusan data dan kargo maritim mengembangkan kerjasama dengan Cargill bagi mempercepatkan transformasi digital dalam sektor maritim.

Perjanjian Teknologi Strategik itu membolehkan perniagaan Pengangkutan Laut Cargill mendapat pelbagai akses kepada portfolio Veson, termasuk keupayaan perisikan data Veson dan penyelesaian aliran kerja kolaborasi Shipfix yang didayakan AI. Berdasarkan kejayaan mereka dalam menggunakan Platform IMOS Veson, Cargill menyasarkan untuk mepermudahkan ekosistem teknologi mereka sekaligus memacu kecekapan, kemampanan dan inovasi dalam pelbagai operasi perkapalan global syarikat.

“Memandangkan Veson telah melabur dalam membina set penyelesaian yang komprehensif sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami sangat teruja kerana ia turut akan dimanfaatkan oleh Cargill. Ini akan melanjutkan kerjasama kami yang telah lama terjalin,” kata Sean Riley, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Veson. “Kerja selanjutnya yang kami lakukan dengan Cargill menyerlahkan salah satu daripada pelbagai cara kami bekerjasama dengan pelanggan kami untuk memacu industri maritim terus ke hadapan.”

Selain meningkatkan kecekapan dalaman, faktor utama di sebalik kerjasama tersebut ialah keinginan Cargill untuk menyediakan pengalaman yang dipertingkatkan kepada pelanggan mereka. Sebagai sebahagian daripada kerjasama strategik tersebut, Veson akan bekerjasama dengan Cargill untuk menawarkan penyelesaian yang berfokuskan pelanggan yang menyepadukan data proprietari, maklumat pembekal dan cerapan maklumat pelanggan. Langkah ini akan meningkatkan keupayaan Cargill dan industri perkapalan untuk membuat keputusan yang lebih pantas dan dipacu data sekaligus membolehkan pematuhan terhadap peraturan industri yang baharu termasuk Organisasi Maritim Antarabangsa dan inisiatif FuelEU.

“Dengan keinginan bersama untuk mencapai transformasi digital, kerjasama terbuka antara pasukan kami serta kekuatan, kemahiran dan titik fokus yang saling melengkapi, Veson merupakan rakan kongsi yang sempurna untuk mengembangkan perhubungan kami,” kata Eric Aboussouan, Ketua Strategi dan Pendigitalan bagi perniagaan Pengangkutan Laut Cargill. “Mereka telah menetapkan standard untuk transformasi digital dalam industri perkapalan dengan menjadikan Platform IMOS mereka sebagai penyelesaian terkemuka di dalam pasaran. Kerjasama ini membolehkan kami menyepadukan sistem kami dengan lebih lancar, dengan menyediakan platform bersatu kepada pelanggan yang akan mempertingkatkan keterlihatan, kecekapan dan kawalan terhadap proses pemerolehan barangan mereka.”

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara Veson dan Cargill merancang untuk bekerjasama serta cara pengalaman pelanggan Cargill akan dipertingkatkan, baca temu bual ini yang menampilkan Sean Riley daripada Veson, Eric Aboussouan daripada Cargill dan Patrick Jourdain, Ketua bahagian Pelanggan daripada Cargill Ocean Transportation.

Perihal Veson Nautical

Veson Nautical memperkasakan industri maritim global untuk menangani kerumitan berganda di segenap bahagian perdagangan. Peraturan pelbagai bidang kuasa, gangguan geopolitik, penyahkarbonan, ancaman keselamatan siber dan pelbagai faktor lagi memaksa peserta industri menentu ukur semula toleransi risiko mereka. Dengan gabungan data maritim yang dipercayai dan aliran kerja yang dibina khas, Veson memberi pelanggan keyakinan untuk membuat keputusan menguruskan risiko dan memaksimumkan keuntungan.

Dengan rekod inovasi yang konsisten dan kepakaran yang merangkumi semua kontrak berkaitan maritim, Veson menyediakan perkhidmatan kepada lebih 38,000 pengguna yang meliputi 2,400 syarikat di lebih 100 negara. Kedudukan unik ini membolehkan Veson memiliki daya saing dalam pembuatan keputusan.

Ketahui lebih lanjut di www.veson.com.  

Perihal Cargill

Cargill komited untuk menyediakan makanan, bahan makanan, penyelesaian pertanian dan produk perindustrian untuk menyediakan makanan kepada penduduk dunia dengan cara yang selamat, bertanggungjawab dan mampan. Rantai bekalan ialah sesuatu yang penting bagi kami. Oleh itu, kami bekerjasama dengan petani dan pelanggan untuk memperoleh, menghasilkan dan menghantar produk yang menjadi nadi kehidupan.

Kira-kira 160,000 orang pekerja kami melakukan inovasi dengan tujuan, dan menyediakan keperluan asas kepada pelanggan supaya perniagaan boleh berkembang, masyarakat makmur dan pengguna hidup dengan sejahtera. Dengan pengalaman selama 160 tahun sebagai sebuah syarikat keluarga, kami memandang ke hadapan namun tetap setia dengan nilai-nilai kami. Kesejahteraan insani menjadi keutamaan kami. Kami berusaha untuk mencapai yang terbaik. Kami melakukan perkara yang betul—hari ini dan untuk generasi akan datang.

Untuk maklumat lanjut, lawati Cargill.com   

Kevin Baxter
Pengurus Perhubungan Awam & Komunikasi Kanan
KBaxter@veson.com
+44 (0) 20233970102

Pasukan Akhbar Veson Nautical
Pejabat +44 (0)20 3397 0102
press@veson.com

www.Veson.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/6dfaeea1-2246-4e3c-98ce-ba88cc641aaa

SUMBER: Veson Nautical

--BERNAMA 

 

+