TSI DAN TELFAIR FOREST PRODUCTS MENGUMUMKAN PEMBANGUNAN LOJI TORREFAKSI DAN PIROLISIS DI LUMBER CITY, GA

Jumaat 07/03/2025

Table
Dram Torreaktor TSI Semasa Pemasangan (Foto: Business Wire)



LUMBER CITY, Ga., 7 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TSI dan Telfair Forest Products dengan bangganya mengumumkan pembinaan fasiliti torrefaksi di fasiliti Telfair Forest Product di Lumber City, Geogia. Kerjasama ini memanfaatkan kecemerlangan operasi Telfair dan teknologi torrefaksi biojisim TSI yang terbaik dalam kelasnya untuk mempercepatkan pertumbuhan industri biojisim berkarbon yang sedang berkembang.

Di fasiliti, Torreaktor yang direka bentuk dan difabrikasikan oleh TSI® akan digabungkan dengan logistik Telfair untuk torrefaksi dan pemampatan biojisim untuk menghasilkan sampel demonstrasi komersial untuk pengguna industri. Output yang terhasil akan membolehkan industri berat meneruskan usaha untuk mencapai matlamat kelestarian dengan membuktikan keberkesanan biojisim yang telah melalui proses torrefaksi sebagai pengganti bahan api fosil.

Torrefaksi, rawatan termal biojisim dalam persekitaran rendah oksigen, membolehkan penggunaan biojisim biasa seperti sisa kayu dan sisa buangan pertanian dalam proses yang telah sekian lama banyak bergantung kepada bahan api fosil.

Selain daripada menggalakkan penggunaan baharu untuk biojisim lestari, projek ini juga mendapat sokongan kerajaan negeri atas sumbangannya kepada komuniti tempatan.

“Selama bertahun-tahun kini, Telfair Forest Products telah bekerjasama dengan komuniti Telfair County dan Lumber City untuk meningkatkan dan memberi nafas baharu kepada kawasan yang dahulunya merupakan tapak industri di Sungai Ocmulgee,” kata Senator Blake Tillery. “Saya gembira melihat usaha mereka dengan pemimpin tempatan akan diteruskan dengan pengumuman hari ini dan pelaburan $7.6 juta dolar. TSI akan mengetuai kerjasama dengan Telfair Forest Products, untuk membawa 15 pekerjaan baharu dan dikekalkan untuk Lumber City dan Telfair County dengan pembangunan unit torrefaksi kecil.”

TSI juga bersemangat. “Sejak sekian lama, industri ini telah bergelut dengan masalah ayam atau telur, di mana pengguna industri memerlukan sampel yang besar untuk menunjukkan kesiapsediaan komersial untuk membina fasiliti pengeluaran besar, tetapi tanpa fasiliti besar, sampel besar tidak dapat dihasilkan,” kata CEO TSI, Benny Teal. “Kami berhasrat untuk menyelesaikan masalah ini. Gabungan tenaga kerja mahir, kayu yang banyak dan kerajaan yang banyak memberi sokongan, menjadikan Georgia dan kilang Telfair di Lumber City, lokasi yang sesuai untuk tempat kelahiran produk biojisim lestari generasi seterusnya.”

Fasiliti baharu ini, dengan kapasiti lebih daripada 15,000 tan setahun, direka untuk mengendalikan julat suhu dan tahap torrefaksi yang luas. Torreaktor akan berupaya untuk menghasilkan biojisim yang melalui proses torrefaksi ringan – berguna untuk penggunaan dalam industri haba, kuasa dan bahan api bio (termasuk bahan api penerbangan lestari) – hingga produk berkarbon tinggi dengan penggunaan dalam pembuatan keluli dan proses lain, menjanjikan masa hadapan yang lebih hijau dan lestari.

Pembinaan sedang berjalan, dengan pentauliahan dan permulaan operasi pada awal 2025. Untuk maklumat lanjut mengenai loji ini, untuk membuat pesanan biojisim yang melalui proses torrefaksi, atau untuk menjadualkan lawatan, hubungi torrefaction@tsi-inc.net atau lawati www.tsitorrefaction.com.

Maklumat Tentang Telfair Forest Products

Telfair Forest Products, LLC ialah pengilang serpihan kayu pain kuning selatan berkualiti premium.

www.telfairforestproducts.com/

Maklumat Tentang TSI

TSI menyediakan sistem pengering biojisim, pendiangan, peralatan pencemaran udara dan reaktor torrefaksi (Torreaktor) untuk syarikat di seluruh dunia.

www.tsi-inc.net, www.tsitorrefaction.com

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54220692/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
John Teal
jteal@tsi-inc.net
torrefaction@tsi-inc.net

Sumber: TSI

--BERNAMA

+