TOSHIBA MENGELUARKAN PENGGANDING FOTO PEMACU GET SIC MOSFET DENGAN FUNGSI KESELAMATAN DIPERTINGKATKAN UNTUK PERALATAN INDUSTRI

Isnin 10/03/2025


Table
Toshiba: Pengganding foto pemacu get SiC MOSFET, TLP5814H dengan fungsi keselamatan yang ditingkatkan untuk peralatan industri individu. (Grafik: Business Wire)
 

KAWASAKI, Jepun, 10 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah melancarkan pengganding foto pemacu get, “ TLP5814H,” dengan output +6.8A/-4.8A, dalam pakej SO8L bersaiz kecil, yang menggabungkan fungsi penjepit Miller aktif untuk mendorong silikon karbida (SiC) MOSFET. Penghantaran pukal bermula hari ini.

Dalam litar seperti pembalik, di mana MOSFET atau IGBT digunakan dalam siri, voltan get boleh dijana oleh arus Miller[1] apabila lengan bawah [2] dimatikan, menyebabkan kegagalan fungsi seperti litar pintas dalam lengan atas dan bawah[3]. Fungsi perlindungan yang selalu digunakan untuk mencegah perkara ini ialah aplikasi voltan negatif kepada get apabila ia dimatikan.

Bagi beberapa SiC MOSFET, yang biasanya menampilkan ciri-ciri voltan yang lebih tinggi, rintangan yang lebih rendah dan pertukaran yang lebih pantas berbanding (Si) MOSFET silikon, voltan negatif yang mencukupi tidak dapat digunakan antara get dan sumber. Dalam kes ini, litar penjepit Miller aktif boleh digunakan untuk mengalirkan arus Miller dari get ke tanah, mencegah litar pintas tanpa perlu menggunakan voltan negatif. Namun, ada reka bentuk dengan kos lebih rentah yang mengurangkan voltan negatif yang digunakan apabila IGBT dimatikan, dan dalam kes ini, pemacu get yang ada penjepit Miller aktif terbina dalam boleh dipertimbangkan sebagai pilihan.

Produk baharu ini mempunyai litar penjepit Miller aktif terbina dalam, jadi tidak ada keperluan untuk bekalan kuasa tambahan bagi voltan negatif dan litar penjepit Miller aktif dalaman. Ini memberikan fungsi keselamatan untuk sistem dan juga menggalakkan pengecilan sistem dengan mengurangkan bilangan litar luaran. Litar penjepit Miller aktif mempunyai rintangan saluran 0.69Ω (tip.) dan penarafan arus benam penjepit puncak 6.8A, menjadikannya sesuai sebagai pemacu get untuk SiC MOSFETs, yang amat sensitif terhadap perubahan dalam voltan get.

TLP5814H mempunyai penarafan suhu operasi -40 hingga 125°C, dicapai dengan meningkatkan output optikal diod yang memancarkan infrared di sebelah input dan mengoptimumkan reka bentuk peranti pengesan foto (susunan fotodiod)) untuk meningkatkan kecekapan penggandingan optikal. Ini menjadikannya sesuai untuk peralatan industri yang memerlukan pengurusan termal yang ketat, seperti pembalik fotovoltaik (PV) bekalan kuasa yang lancar (UPS). Masa lengah propagasi dan herotan lengah propagasi juga dinyatakan dalam julat penarafan suhu operasi. Pakejnya , SO8L bersaiz kecil, 5.85 × 10 × 2.1mm (tip.), membantu fleksibiliti susunan komponen pada papan sistem. Selain itu, ia menampilkan jarak perayauan minimum 8.0mm, membolehkan ia digunakan untuk aplikasi yang memerlukan prestasi penebat yang tinggi.

Toshiba akan terus membangunkan produk pengganding foto yang menyumbang kepada peningkatan fungsi keselamatan peralatan industri.

 Nota:
 [1] Arus Miller: Arus elektrik dijana apabila voltan dv/dt tinggi digunakan untuk kapasitan antara drain dan get MOSFET atau antara pengutip dan get IGBT.
 [2] Lengan bawah ialah bahagian yang menarik arus daripada beban litar yang menggunakan peranti kuasa, seperti pembalik dalam siri ke bekalan kuasa negatif (atau tanah). Lengan atas ialah bahagian yang membekalkan arus daripada bekalan kuasa ke beban.
 [3] Litar pintas dalam lengan atas dan bawah: Fenomena di mana peranti kuasa atas dan bawah dihidupkan pada masa yang sama akibat kegagalan fungsi yang disebabkan oleh hingar atau kegagalan fungsi peranti kuasa yang disebabkan oleh arus Miller semasa pertukaran.

Aplikasi

Peralatan industri

· Pembalik PV, UPS, pembalik industri, pemacu AC servo, dll.
 
Peranti yang sesuai untuk TLP5814H
SiC MOSFETSi MOSFET bervoltan tinggi dengan penarafan lebih 300VIGBT
Sangat BaikBaikBoleh digunakan

Ciri-ciri

· Fungsi Penjepit MIller Aktif Terbina Dalam
· Penarafan arus output puncak: IOP = +6.8A/-4.8A
· Penarafan suhu operasi tinggi: Topr (maks)=125°C

Spesifikasi Utama
Table

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang produk baharu.
TLP5814H

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang pengasing/relay keadaan pepejal Toshiba.
Pengasing/Relay Keadaan Pepejal

Untuk menyemak ketersediaan produk baharu di pengedar dalam talian, layari:
TLP5814H
Beli Dalam Talian

 * Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan mungkin tanda dagangan syarikat masing-masing.
 * Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan, adalah terkini pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.

Maklumat tentang Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan storan yang canggih, memanfaatkan lebih setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan semikonduktor diskret, sistem LSI, dan produk HDD yang luar biasa kepada pelanggan dan rakan perniagaan.

Dengan 19,400 pekerja di seluruh dunia, syarikat ini berkongsi tekad untuk memaksimumkan nilai produk, serta mempromosikan kerjasama rapat dengan pelanggan dalam penciptaan nilai dan pasaran baharu. Syarikat ini berharap dapat membina dan memberi sumbangan kepada masa depan yang lebih baik untuk semua.

Ketahui lebih lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54218557/en

Contacts

Pertanyaan Pelanggan
Optoelectronic Device Sales & Marketing Dept.
Tel: +81-44-548-2218
Hubungi Kami

Pertanyaa Media:
Chiaki Nagasawa
Digital Marketing Dept.
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

--BERNAMA
+