XSOLLA MELANCARKAN KAD HADIAH XSOLLA GOLD UNTUK MENINGKATKAN VISIBILITI JENAMA PERMAINAN MELALUI SALURAN FIZIKAL DAN DIGITAL, MENAWARKAN PEMAIN CARA BAHARU UNTUK MEMBAYAR

Selasa 11/03/2025

Table

(Grafik: Xsolla)


Memperkenalkan Penyelesaian Pembayaran yang Fleksibel dan Mudah Diakses untuk Pemain dan Pembangun bagi Meningkatkan Cara Barangan Maya Dibeli, Dihadiahkan dan Ditebus Secara Dalam Talian

LOS ANGELES, 11 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, sebuah syarikat perdagangan permainan video global terkemuka, mengumumkan pelancaran Kad Hadiah Xsolla Gold, satu penyelesaian pembayaran fleksibel yang direka untuk meningkatkan cara pemain membeli, menghadiahkan, dan menebus barangan maya. Tersedia dalam format fizikal dan digital, Kad Hadiah Xsolla Gold memberikan pemain akses yang mudah dan selesa untuk menikmati permainan kegemaran mereka di pelbagai platform.

Dengan pasaran kad hadiah global dijangka mencecah $5.3 trilion menjelang 2033, para pembangun mempunyai lebih banyak peluang untuk memperluaskan strategi pengewangan mereka dan berinteraksi dengan pemain dengan lebih berkesan. Kad Hadiah Xsolla Gold menawarkan cara yang mudah untuk pemain mendapatkan barangan dalam permainan, menghadiahkan kandungan kepada rakan, dan menebus ganjaran, sekaligus memperkayakan pengalaman permainan mereka. Penyelesaian ini membuka aliran pendapatan baharu untuk pembangun, meningkatkan keterlihatan jenama, dan membolehkan inisiatif pemasaran yang disasarkan, termasuk promosi jenama bersama serta kempen yang disesuaikan.

Ketahui faedah yang menonjol menjadikan kad hadiah ini sebagai penukar permainan untuk pemain dan pembangun:

· Pilihan Pengedaran Fleksibel: Termasuk kad fizikal dan digital, memastikan akses yang luas untuk pemain di seluruh dunia
· Penglibatan Komuniti yang Dipertingkat: Menggalakkan pemain berkongsi pengalaman permainan melalui pemberian hadiah, sekali gus memupuk hubungan yang lebih erat dalam komuniti permainan
· Peluang Pengewangan dan Pemasaran: Memanfaatkan kad hadiah untuk promosi silang, kerjasama dengan jenama runcit, dan tawaran eksklusif dalam permainan, mendorong peningkatan penglibatan dan pendapatan bagi pembangun
· Kebolehgunaan Merentas Platform: Serasi sepenuhnya dengan pelbagai platform dan permainan, memenuhi keperluan pelbagai pemain dengan pilihan perbelanjaan yang berbeza

“Kami teruja untuk memperkenalkan kad hadiah yang memudahkan cara pemain membeli dan berkongsi barangan maya, sambil membantu pembangun meningkatkan pengekalan dan penglibatan pemain melalui integrasi strategik,” kata Chris Hewish, Ketua Pegawai Strategi Xsolla. “Kad Hadiah Xsolla Gold membolehkan kami terus berinovasi, memperkasa cara pemain berinteraksi dengan permainan kegemaran mereka serta membantu pembangun menjangkau khalayak yang lebih luas.”

Kad Hadiah Xsolla Gold akan tersedia dalam pelbagai denominasi, menyesuaikan dengan keperluan pemain yang berbeza. Pembangun boleh mengintegrasikan kad ini ke dalam ekosistem mereka untuk meningkatkan penglibatan pemain dan mendorong pengewangan melalui kempen serta promosi yang disesuaikan.

Untuk maklumat lanjut tentang Kad Hadiah Xsolla Gold, lawati: xsolla.pro/rws25ggc

Perihal Xsolla

Xsolla ialah sebuah syarikat dagangan permainan video global yang terkemuka dengan set alat dan perkhidmatan yang teguh dan berkeupayaan tinggi yang direka khusus untuk industri ini. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, Xsolla telah membantu ribuan pembangun dan penerbit permainan daripada pelbagai latar belakang dana untuk memasarkan, melancarkan dan mengewangkan permainan mereka secara global dan merentas berbilang platform. Sebagai peneraju yang inovatif dalam bidang dagangan permainan, misi Xsolla adalah untuk menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran global, pemasaran dan pengewangan bagi membantu rakan kongsi kami mencapai lebih banyak geografi, menjana lebih banyak hasil dan membina perhubungan dengan warga pemain permainan di seluruh dunia. Dengan ibu pejabat dan perbadanan syarikat di Los Angeles, California, mereka juga mempunyai pejabat di London, Berlin, Seoul, Beijing, Kuala Lumpur, Raleigh, Tokyo, Montreal dan bandar-bandar di seluruh dunia.

Untuk maklumat tambahan dan untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati xsolla.com

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54221565/en

Hubungi

Hubungan Media
Derrick Stembridge
Naib Presiden Perhubungan Awam Global, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com
 
 
Sumber: Xsolla

--BERNAMA

+