CYBERJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima rayuan daripada Maestra Broadcast Sdn Bhd, pengendali stesen radio Era FM, berhubung notis niat penggantungan lesen yang telah dikeluarkan kepada syarikat tersebut pada 7 Mac 2025.
Setelah meneliti hujah-hujah rayuan tersebut, keputusan telah dibuat untuk tidak menggantung lesen Maestra Broadcast Sdn Bhd. Dalam membuat keputusan tersebut, pertimbangan juga telah diberikan terhadap tindakan t indakan susulan yang telah dilaksanakan oleh syarikat pemegang lesen, permohonan maaf oleh pihak terbabit, serta kesan penggantungan terhadap stesen radio Melody dan Mix FM yang beroperasi di bawah lesen yang sama.
Walau bagaimanapun, Maestra Broadcast Sdn Bhd telah dikenakan kompaun sebanyak RM250,000, bagi kesalahan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (selepas pindaan berkuat kuasa 11 Februari 2025), iaitu memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM. Kompaun tersebut dikeluarkan selepas menerima izin daripada Jabatan Peguam Negara.
MCMC memandang serius sebarang tindakan memuat naik kandungan dalam talian yang boleh mengakibatkan ketegangan antara agama atau mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Semua pengendali dan pengguna platform diingatkan untuk sentiasa bertanggungjawab dalam memelihara keharmonian kaum dan agama di Malaysia serta mematuhi undang undang negara.
KOMUNIKASI KORPORAT MCMC
SUMBER: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tel: 03 86 88 80 00
Faks: 03 86 88 10 00E-mel : scd@mcmc.gov.my
Laman Web : www.mcmc.gov.my--BERNAMA