SINGAPURA, 12 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OPPO Find N5, telefon pintar boleh lipat mercu terbaru dari OPPO, telah dilancarkan pada 20 Februari. Dengan peningkatan utama dalam reka bentuk ergonomik, jangka hayat bateri, dan prestasi, Find N5 menetapkan penanda aras baharu untuk telefon boleh lipat sebagai telefon boleh lipat paling nipis di dunia.
Untuk meningkatkan lagi pengalaman pengguna pada Find N5, OPPO Service telah memperkenalkan pelbagai perkhidmatan premium, termasuk talian VIP eksklusif, perkhidmatan penyegaran, laluan premium, dan jaminan antarabangsa yang membolehkan pengguna menikmati pengalaman tanpa kebimbangan sambil memanfaatkan sepenuhnya telefon inovatif ini.
Nikmati Pengalaman Telefon Pintar Unggul Boleh Lipat Tanpa Kebimbangan dengan Perkhidmatan EksklusifMelalui OPPO Service, pemilik Find N5 mendapat akses kepada rangkaian perkhidmatan premium, termasuk talian hotline eksklusif dan laluan premium, yang memastikan perkhidmatan lebih pantas, mudah, dan diperibadikan apabila membuat pertanyaan produk atau menangani sebarang isu produk.
OPPO juga menawarkan OPPO Care dan perkhidmatan premium lain untuk pengguna Find N5 yang boleh disesuaikan mengikut keperluan individu mereka. Di kawasan terpilih, pengguna Find N5 mendapat akses kepada pelindung skrin percuma, telefon pinjaman eksklusif, dan perkhidmatan pembaikan penghantaran percuma (di Malaysia), menyediakan semua perkhidmatan yang diperlukan untuk menangani sebarang situasi yang tidak dijangka dengan mudah.
Rangkaian Perkhidmatan Global Menjamin Sokongan Tanpa GangguanPusat servis OPPO boleh didapati di lebih daripada 75 negara dan wilayah di seluruh dunia, dengan lokasi strategik di kawasan yang mudah diakses untuk memberikan kemudahan sokongan secara bersemuka. Talian hotline eksklusif juga disediakan bagi membolehkan pengguna menerima bantuan segera di mana-mana sahaja mereka berada.
Semua juruteknik dan jurutera OPPO Service menjalani latihan yang luas dan piawai untuk memastikan tahap sokongan yang cekap dan profesional di seluruh dunia. Di negara dan wilayah di mana Find N5 dijual secara rasmi oleh OPPO, pengguna juga boleh menikmati perkhidmatan jaminan antarabangsa melalui OPPO Service. Jaminan ini menawarkan sokongan menyeluruh, termasuk pembaikan, pembersihan, dan naik taraf perisian di mana-mana negara yang dilindungi oleh jaminan, tanpa mengira lokasi asal pembelian telefon.
Dengan pelancarannya, OPPO Find N5 telah menetapkan penanda aras baharu bukan sahaja dalam teknologi tetapi juga dalam perkhidmatan dan sokongan pelanggan, meneruskan komitmen OPPO untuk memberikan pengalaman teknologi yang tiada tandingan kepada pengguna di seluruh dunia.
Untuk maklumat khusus tentang perkhidmatan yang tersedia di negara dan wilayah yang berbeza, sila lawati laman web rasmi
OPPO Service.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54219256/enContacts Xueping Liu
liuxueping1@oppo.com Sumber: OPPO
--BERNAMA