KUMPULAN AMBANK RAIKAN RAMADAN DAN AIDILFITRI DENGAN DUA KARNIVAL DAN TIGA BAZAR SEMPENA ULANG TAHUN KE-50 AMBANK

Rabu 12/03/2025

Table
Kumpulan AmBank Raikan Ramadan dan Aidilfitri dengan dua karnival dan tiga bazar Sempena Ulang Tahun ke-50 AmBank


KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, Kumpulan AmBank mempersembahkan "AmBank Fiesta@The Curve; dan “AmBank Bazar Ramadan@Foodpark, Matic", siri karnival perayaan yang menghimpunkan rakyat Malaysia bersama-sama dalam semangat perpaduan dan perayaan yang sebenar. Sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-50 AmBank yang bertemakan "Malaysia Kita", acara ini mencerminkan komitmen mendalam Bank kepada rakyat dan komuniti yang dilayaninya.

Berlangsung di dua lokasi bandar utama - The Curve, Kota Damansara; dan Foodpark, Matic di Jalan Ampang, Kuala Lumpur  – karnival-karnival ini menampilkan lebih 300 vendor, penjual dan penjaja yang menawarkan pelbagai barangan keperluan perayaan, daripada fesyen dan kenang-kenangan Raya, dan juadah Malaysia yang paling digemari. Antara yang mengambil bahagian ialah rakan kongsi penjenamaan AmBank – Ibupreneur, MySkills Foundation dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) yang turut tampil menjual hidangan kegemaran perayaan. Karnival-karnival ini turut menampilkan selebriti-selebriti tempatan yang menjual produk-produk mereka.

Disamping dua lokasi tersebut, AmBank turut menyemarakkan semangat Ramadan dengan tiga bazar di Kawasan-kawasan perbandaran utama - AmBank Bazar Ramadan Tradisi@Datuk Keramat; AmBank Bazar Ramadan Tradisi@Jalan Padi Mahsuri Bandar Baru Uda, Johor Bahru; and AmBank Bazar Ramadan Tradisi@Kamunting, Taiping.

Shazman Shahid, Ketua Komunikasi Korporat & Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank
, mengulas:

“Ramadan dan Aidilfitri adalah antara perayaan yang utama di Malaysia, dan di AmBank, kami percaya dalam menerima kepelbagaian yang menjadikan negara kita unik. Karnival-karnival ini adalah lebih daripada sekadar pasar jualan - ia adalah perhimpunan rakyat dari semua lapisan masyarakat, berkumpul untuk berkongsi kegembiraan musim ini. Melalui acara ini, kami berharap dapat memupuk rasa kebersamaan di samping menyediakan wadah yang bermakna dan berdaya maju untuk usahawan kecil mempamerkan perniagaan mereka dan berkembang maju.”

Karnival-karnival ini bukan sahaja menawarkan pengalaman membeli-belah, tetapi ia juga berfungsi sebagai wadah pemerkasaan untuk usahawan tempatan dan pemilik perniagaan kecil, memberi mereka peluang untuk berhubung dengan pelanggan dan mengembangkan perniagaan mereka semasa musim perayaan ini.

Ketika Kumpulan AmBank meneruskan sambutan Ulang Tahun ke-50nya, karnival-karnival ini berdiri sebagai bukti komitmen Bank terhadap komuniti, keterangkuman dan pemerkasaan ekonomi. Semua rakyat Malaysia dijemput untuk menjadi sebahagian daripada perayaan besar ini dan merasai kehangatan dan kemeriahan Malaysia Kita.

Untuk maklumat lanjut mengenai karnival-karnival ini, ikuti kami di saluran media sosial rasmi kami atau layari www.ambankgroup.com.

About AmBank Group


AmBank Group is a leading financial services group with over 40 years of expertise in supporting the economic development of Malaysia. We have over three million customers and employ over 8,000 people.
 
The Group was listed on the Main Market of Bursa Malaysia in 1988. It is the sixth-largest banking group by assets in Malaysia, with a market capitalisation of more than RM13 billion as at 31 March 2024.
 
AmBank Group serves over three million individual and corporate customers. It provides services in wholesale banking, retail banking, business banking, investment banking and related financial services which include Islamic banking, underwriting of general insurance, life insurance, family takaful, stock and share broking, futures broking, investment advisory and management services in assets, real estate investment trust and unit trusts.
 
For more information, please visit www.ambankgroup.com

SUMBER: AmBank Group

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Ridzuan Zulkifli
Senior Vice President, Group Corporate Communications and Marketing
AmBank Group
E-mel: ridzuan.zulkifli@ambankgroup.com 

Media Relations 
E-mel: media.relations@ambankgroup.com 

--BERNAMA
+