AT&S DAN IFC MENANDATANGANI PERJANJIAN PEMBIAYAAN BERKAITAN KELESTARIAN UNTUK MEMBIAYAI KILANG SUBSTRAT LITAR BERSEPADU DI MALAYSIA

Khamis 13/03/2025

Table
 
Barisan hadapan - dua ahli yang berjabat tangan – dari kiri ke kanan:
AT&S AG CFO, Petra Preining
Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC), Pengarah Industri Serantau, Pembuatan, Perniagaan Tani dan Perkhidmatan, Asia dan Pasifik, Carsten Mueller


Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) — ahli Kumpulan Bank Dunia —mengesahkan pembiayaan bernilai 250 juta dolar AS kepada AT&S untuk membangunkan lagi kilang AT&S di Kulim, Malaysia.

LEOBEN, 13 Mac (Bernama) -- Hari ini, Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC), ahli Kumpulan Bank Dunia dan institusi pembangunan global terbesar yang memberi tumpuan kepada sektor swasta di pasaran yang sedang pesat membangun, dan AT&S telah menandatangani perjanjian pembiayaan berkaitan kelestarian bernilai 250 juta dolar AS di ibu pejabat AT&S di Leoben-Hinterberg. Pembiayaan ini menyokong pelaburan dalam kilang substrat litar bersepadu (IC) moden di Kulim, Malaysia. Pembiayaan bernilai 250 juta dolar AS ini akan datang terus daripada IFC; tambahan sehingga 150 juta dolar AS juga boleh disediakan oleh bank-bank tempatan di bawah perjanjian yang sama.

Pembiayaan berkaitan kelestarian itu mempunyai insentif kewangan yang terikat dengan pengurangan pelepasan gas rumah hijau tahunan oleh AT&S sebanyak 31 peratus menjelang tahun berakhir 31 Mac 2028, berbanding garis dasar untuk tahun fiskal 2022.

"Kami senang hati dengan sokongan IFC sebagai rakan kongsi dalam pertumbuhan kami," kata CFO Petra Preining. "Meskipun persekitaran pasaran agak mencabar, kami terus mengembangkan kilang kami di Kulim; untuk pemproses pusat data AMD di mana AT&S Malaysia akan mula menghantar substrat litar bersepadu berkualiti tinggi tidak lama lagi."

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan AT&S dalam pembiayaan ini, yang disenaraikan sebagai salah satu pembiayaan berkaitan kelestarian pertama dalam industri produk elektrik dan elektronik di Malaysia,” kata Carsten Mueller, Pengarah Industri Serantau, Pembuatan, Perniagaan Tani dan Perkhidmatan, Asia dan Pasifik di IFC. “Pelaburan kami akan membantu memajukan ekosistem pembuatan semikonduktor di Malaysia, sambil menyokong negara dalam mencapai matlamat kemampanannya.”

Pembiayaan ini akan menyokong AT&S untuk terus membangunkan kilang baru AT&S di Kulim, Malaysia, untuk menghasilkan substrat IC termaju yang merupakan sebahagian daripada pemproses untuk pengkomputeran berprestasi tinggi, pusat data dan infrastruktur AI. Kilang pengeluaran di Kulim dibina mengikut piawaian kualiti dan kemampanan tertinggi, dengan jentera terkini, sistem kitar semula dan konsep tenaga mampan.
 
IFC
IFC — ahli Kumpulan Bank Dunia — ialah institusi pembangunan global terbesar yang memberi tumpuan kepada sektor swasta di pasaran yang sedang pesat membangun. Kami bekerja di lebih daripada 100 negara, menggunakan modal, kepakaran dan pengaruh kami untuk mewujudkan pasaran dan peluang di negara-negara membangun. Pada tahun fiskal 2024, IFC komited terhadap rekod $56 bilion kepada syarikat swasta dan institusi kewangan di negara-negara membangun, memanfaatkan penyelesaian sektor swasta dan menggerakkan modal swasta untuk mewujudkan dunia yang bebas daripada kemiskinan. Untuk maklumat lanjut, lawati www.ifc.org.
 
AT & S Austria Technologie & Systemtechnik Aktiengesellschaft - Advanced Technologies & Solutions
AT&S merupakan pengeluar substrat IC berkualiti tinggi dan papan litar bercetak global yang terkemuka. AT&S mengindustrikan teknologi termaju untuk segmen perniagaan terasnya, Peranti Mudah Alih & Substrat, Automotif & Aeroangkasa, Perindustrian dan Perubatan dan pengkomputeran berprestasi tinggi untuk aplikasi realiti maya dan AI. AT&S mempunyai kehadiran global dengan tapak pengeluaran di Austria (Leoben, Fehring) dan kilang di India (Nanjangud) serta China (Shanghai, Chongqing). Sebuah tapak pengeluaran peringkat tinggi yang baharu untuk substrat IC kini sedang diwujudkan di Malaysia (Kulim). Di Leoben, sebuah pusat kecekapan Eropah termasuk pengeluaran bersiri untuk teknologi substrat IC sedang dibina. Kedua-dua tapak akan memulakan pengeluaran pada tahun kewangan 2024/25. Syarikat ini mempunyai lebih 13,000 orang pekerja. Maklumat lanjut boleh ditemui  di www.ats.net.

SUMBER : AT&S Austria Tecnologie & Systemtechnik (Malaysia) Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 

Hubungan Media:
Nama: Gerald Reischl
Vice President Corporate Communications
Tel: +43 3842 200 4252 I Mobile: +43 664 8859 2452
E-mel: g.reischl@ats.net
AT&S Austria Technologie & Systemtechnik Aktiengesellschaft
Fabriksgasse 13, 8700 Leoben / Österreich
www.ats.net
 
Nama: Alec Macfarlane, Communications Officer
Tel: +1 202 203 8324
International Finance Corporation, World Bank Group
Level 3, Sasana Kijang, No. 2, Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur, Malaysia 50480
www.ifc.org

Hubungan Pelabur:
Nama: Philipp Gebhardt
Vice President Investor Relations
Tel: +43 3842 200 2274 I Mobile: +43 664 7800 2274
E-mel: p.gebhardt@ats.net
 
AT&S Austria Technologie & Systemtechnik Aktiengesellschaft
Fabriksgasse 13
8700 Leoben / Österreich
www.ats.net 

--BERNAMA
+