Xsolla Mengeluarkan Laporan Q1 2025 tentang Masa Depan Permainan dan Pembangunan Permainan: Analisis Metrik dan Trend Baharu Muncul

Jumaat 14/03/2025

Table
Grafik: Xsolla 
 
Topik Utama Merangkumi Pasaran Permainan Global, Trend Pengewangan Mudah Alih, Penglibatan Pemain Didahului oleh Gen Z dan Gen Alpha, dan Alat Pelaburan dan Platform yang Semakin Popular

LOS ANGELES, 14 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, syarikat permainan video global yang terkemuka, dengan bangganya mengumumkan pengeluaran Edisi Q1 2025 “The Xsolla Report: The State of Play.” Laporan terperinci ini memberikan pandangan penting, trend dan peluang yang membentuk landskap permainan, memperkasakan para profesional industri untuk menyesuaikan diri dan berkembang maju dalam pasaran yang bergerak pantas hari ini.

Edisi Q1 2025 memberi tumpuan kepada pertumbuhan pesat pasaran permainan globas, yang dijangka akan mencecah $522.5 bilion pada tahun 2025 berkembang pada Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun 7.25% (CAGR), mencecah $691.3 bilion menjelang 2029. Amerika Syarikat, bersedia untuk menjana bahagian pendapatan terbesar untuk permainan mudah alih, akan mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pasaran permainan teratas dunia, menyumbang sekitar $141 bilion kepada jumlah pendapatan. Lonjakan ini dipacu terutamanya oleh peningkatan berterusan permainan mudah alih, didorong oleh peningkatan penggunaan telefon pintar, kemajuan teknologi dan pasaran global yang lebih terhubung. Pasaran permainan mudah alih dijangka akan berkembang pesat pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 11.3%, dengan unjuran pertumbuhan pertumbuhan 9.9% untuk sahaja.

Laporan ini juga menerangkan anjakan trend penglibatan pemain, didahului oleh Gen Z dan Gen Alpha. Generasi asal digital ini membentuk semula landskap permainan dengan kecenderungan ke arah kandungan interaktif, saling terhubung dan dijana oleh pemain. Platform seperti Twitch dan YouTube mendorong interaksi komuniti yang lebih mendalam, menjadikan permainan sebagai bukan sekadar hiburan tetapi juga sebagai kuasa sosial dan budaya.

Kemajuan teknologi terus membentuk industri, dengan permainan AI dan awan menjadi pemacu inovasi. Permainan awan diunjurkan akan menjana $25.3 bilion menjelang 2029, memecah halangan akses dengan mendayakan penstriman agnostik peranti yang berprestasi tinggi. Sementara itu, AI merevolusikan pembangunan permainan, mengoptimumkan aliran kerja, dan mencipta pengalaman pemain yang diperibadikan sekaligus meningkatkan penglibatan dan pengekalan. Dengan sektor permainan yang berkembang pantas, pendahulu industri seperti Activision Blizzard, NVIDIA dan Microsoft mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju inovasi, memacu pelaburan dan perkembangan merentasi permainan awan, AI, dan model pengewangan baharu.

"Gabungan AI dan permainan awan sedang merevolusikan industri, menjadikan pengalaman permainan berkualiti tinggi lebih mendalam, boleh diskalakan, dan mudah diakses berbanding sebelum ini," kata Chris Hewish, Ketua Pegawai Strategi di Xsolla. "AI memudahkan pembangunan dan meningkatkan penglibatan pemain, mana kala permainan awan pula menghapuskan halangan perkakasan, membolehkan lebih ramai pemain berhubung dengan lancar serta menawarkan model pembayaran alternatif seperti bayar mengikut penggunaan. Perubahan teknologi ini bukan sekadar membentuk masa depan – ia sedang mendefinisikannya."

Selain daripada penemuan ini, laporan tersebut turut menerangkan satu trend penting yang membentuk industri: pendemokrasian pembangunan permainan, yang membuka jalan bagi permainan berimpak sosial. Dengan alat pembangunan permainan yang semakin mudah diakses, satu generasi baharu pencipta perubahan sedang muncul—pencipta muda yang memanfaatkan permainan untuk menangani cabaran komuniti dan mendorong penglibatan sosial yang bermakna.

Laporan penuh menggariskan trend semasa dan peluang strategik dalam pasaran permainan global, menawarkan pandangan yang tidak ternilai untuk pembangun dan pihak berkepentingan industri.

Untuk maklumat lanjut dan untuk mengakses Edisi Q1 2025 "The Xsolla Report: The State of Play," layari: xsolla.pro/txrq125

Perihal Xsolla

Xsolla ialah sebuah syarikat dagangan permainan video global yang terkemuka dengan set alat dan perkhidmatan yang teguh dan berkeupayaan tinggi yang direka khusus untuk industri ini. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, Xsolla telah membantu ribuan pembangun dan penerbit permainan daripada pelbagai latar belakang dana untuk memasarkan, melancarkan dan mengewangkan permainan mereka secara global dan merentas berbilang platform. Sebagai peneraju yang inovatif dalam bidang dagangan permainan, misi Xsolla adalah untuk menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran global, pemasaran dan pengewangan bagi membantu rakan kongsi kami mencapai lebih banyak geografi, menjana lebih banyak hasil dan membina perhubungan dengan warga pemain permainan di seluruh dunia. Dengan ibu pejabat dan perbadanan syarikat di Los Angeles, California, mereka juga mempunyai pejabat di London, Berlin, Seoul, Beijing, Kuala Lumpur, Raleigh, Tokyo, Montreal dan bandar-bandar di seluruh dunia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati xsolla.com

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54221895/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Contacts

Hubungan Media
Derrick Stembridge
Naib Presiden Perhubungan Awam Global, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com
 
Sumber: Xsolla

--BERNAMA 
+