SuperFreeze Melantik Troy Shortell sebagai CEO Bersama untuk Mengetuai Operasi dan Memacu Inovasi Merentasi Asia

Jumaat 14/03/2025

Table
SuperFreeze Melantik Troy Shortell sebagai CEO-Bersama (Foto: Business Wire)
 
SEOUL, Korea Selatan, 14 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SuperFreeze, operator, pembangun dan pemilik fasiliti penyimpanan sejuk canggih di Asia, gembira untuk mengumumkan pelantikan Troy Shortell sebagai CEO Bersama. Troy, yang telah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan untuk Operasi di SuperFreeze selama tiga tahun kebelakangan, kini akan mengawasi semua fasiliti sedia ada dan akan datang di seluruh rantau, memanfaatkan kepakarannya yang luas untuk meningkatkan kecemerlangan operasi dan strategi pertumbuhan syarikat.

Dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam industri penyimpanan sejuk dan logistik, Troy telah memegang peranan kepimpinan di firma global DHL, CEVA dan Havi Logistics. Beliau juga sebelum ini mengetuai perkhidmatan Penasihat Rantaian Bekalan di Asia di CBRE. Pelantikannya sebagai CEO Bersama menandakan pencapaian besar untuk SuperFreeze apabila ia memperluaskan jejaknya dan mengukuhkan komitmennya kepada inovasi dan kelestarian dalam penyelesaian penyimpanan sejuk.

Pencapaian utama Troy dalam tempoh perkhidmatannya di SuperFreeze ialah peranan pentingnya dalam pembukaan fasiliti pertama syarikat di luar Korea Selatan, yang terletak di Tuas, Singapura. SF Tuas ialah syarikat pembekuan automatik berskala besar yang mencapai kadar pengisian 93% kapasiti yang menakjubkan dengan ketepatan inventori dan aliran keluar masuk yang pantas. Kepadatan penyimpanan yang tertinggi dicapai dengan memanfaatkan analisis dinamik cecair canggih dalam fasa reka bentuk. Fasiliti ini menjadi contoh keupayaan SuperFreeze untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian penyetoran yang fleksibel, ultra sejuk dan beku yang disesuaikan dengan rantaian bekalan pelanggan.

Daniel Yun, Pengerusi SuperFreeze, mengulas, “Kami berbesar hati untuk melantik Troy ke jawatan CEO Bersama. Operasi adalah tulang belakang perniagaan kami , dan rekod prestasi Troy yang telah terbukti dan pengetahuan industri beliau yang mendalam menjadikan beliau sesuai untuk meneraju SuperFreeze ke tahap yang lebih tinggi. Visi dan kepakaran beliau akan memastikan kami mengekalkan standard operasi paling tinggi di samping memacu pertumbuhan di seluruh Asia.”

Troy yang kelihatan amat bersemangat untuk menjalankan tugasnya, menyatakan, “Saya berbesar hati untuk menerima jawatan kepimpinan ini di SuperFreeze. Saya tidak sabar untuk meningkatkan kejayaan kita di Korea dan Singapura di samping berkembang ke pasaran utama Asia yang lain. Dengan memanfaatkan kekuatan unik SuperFreeze dalam skala, automasi dan penyahkarbonbn, kita akan terus memberikan penyelesaian inovatif dan berprestasi tinggi yang menentukan standard untuk industri penyimpanan sejuk.”

Di bawah kepimpinan Troy, SuperFreeze siap sedia untuk mempercepatkan misinya untuk menyediakan infrastruktur rantaian sejuk yang terkini dan lestari, memenuhi keperluan pelanggan yang berkembang dengan tumpun terhadap kecekapan, kefleksibelan dan tanggungjawab alam sekitar.

Maklumat Tentang SuperFreeze
SuperFreeze ialah operator, pembangun dan pemilik penyelesaian penyimpanan sejuk di Asia, khususnya dalam fasiliti canggih yang direka bentuk untuk penyimpanan ultra sejuk dan beku. Dengan tumpuan terhadap automasi, skala dan penyahkarbonbn, SuperFreeze menyediakan kapasiti dengan kecekapan yang tiada tandingan untuk menyokong rantaian bekalan pelanggan di seluruh rantau.

Untuk pertanyaan, sila berhubung dengan kami: www.superfrz.com

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54222108/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Contacts
T. Chang
info@superfrz.com

Sumber: SuperFreeze

--BERNAMA 
+