BUDAYA MINDU DALAM TUMPUAN -- TIGA PIN RAMBUT: UNTUK NEGARA, UNTUK KELUARGA DAN UNTUK DIRI SENDIRI

Khamis 20/03/2025

Table
Tiga Pin Rambut

FUZHOU, China, 20 Mac, 2025 /Xinhua-AsiaNet/--

Fuzhou, ibu kota bagi Wilayah Fujian, China, mempunyai satu latar persekitaran geografi yang berbeza dan sebuah sejarah yang menjangkau lebih daripada 2,200 tahun, yang memancarkan satu suasana yang inklusif dan terbuka. Memandangkan bandar raya itu pernah dikenali sebagai "Mindu" (ibu kota bagi kawasan Min) pada zaman dahulu, budayanya ialah "budaya Mindu."
 
Sudah lama menjadi satu tradisi bagi kaum wanita Fuzhou untuk memasukkan tiga pin rambut bersalut perak ke dalam sebuah sanggul di kepala mereka: satu menegak dan dua menyerong.
 
Pin rambut itu adalah rata seperti bilah, oleh itu ia juga dipanggil sebagai "tiga pisau." Memandangkan Fuzhou, sebuah bandar raya di pantai tenggara China, dikerumuni dengan lanun semasa dinasti Ming dan Qing, ada pihak yang percaya bahawa wanita menggunakan pin rambut sebagai hiasan dan juga sebagai senjata pertahanan diri pada masa itu.
 
Ini mewakili keberanian, kelenturan dan patriotisme kaum wanita. Selepas berabad-abad lamanya, ia telah berkembang menjadi satu simbol cinta mereka kepada negara, keluarga, dan diri sendiri, dan bergema dengan etos bandar raya itu.
 
Perhiasan vintaj itu telah menjadi popular pada zaman moden ini. Artikel dan video yang berkaitan di media sosial telah berkembang pesat di dalam dan di luar negara, dengan lebih 600 juta tontonan. Di bandar-bandar purba dan lorong-lorong di seluruh negara, adalah menjadi satu perkara biasa untuk melihat pelancong memakai tiga pin rambut untuk detik-detik fotogenik.
 
Memandangkan rakyat dari negara-negara yang layak boleh menikmati transit bebas visa 240 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Changle di Fuzhou, apa kata anda memulakan perjalanan kebudayaan anda sendiri di Fuzhou?
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa CPC Perbandaran Fuzhou

--BERNAMA

 

+