SELANGOR, 24 Mac (Bernama) -- redONE Mobile, Operator Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) terkemuka di Asia Tenggara, terus mempergiatkan usaha terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan melaksanakan pelbagai inisiatif yang dijalankan sepanjang Ramadan bertujuan bagi mempererat jalinan kemasyarakatan serta membantu komuniti yang memerlukan.
Melalui cabang amal redONE Mobile, iaitu redONE Foundation, program
Colours of Ramadan telah dijalankan sebagai tradisi tahunan sempena menyambut kedatangan Ramadan. Program ini dijalankan setiap tahun bagi menyokong komuniti yang memerlukan melalui agihan makanan, bantuan kewangan dan acara kemasyarakatan. Tahun ini, program tampil berbeza dengan penglibatan sukarelawan dari redONE Foundation yang bergotong-royong seawal pukul 10 pagi untuk memasak bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa buat komuniti di Surau Haji Taib, Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang. Aktiviti juga diserikan dengan kehadiran pempengaruh terkenal, Uncle Tokok atau nama sebenarnya Harif Anas Haikal, yang secara aktif mengambil bahagian dalam persiapan sepanjang hari tersebut.
redONE Foundation turut menyumbangkan wang sejumlah RM2,000 kepada Surau Haji Taib bagi menyokong aktiviti keagamaan dan komuniti, serta memberi duit raya dan cenderahati kepada penduduk yang hadir memeriahkan suasana rewang pada hari tersebut.
Selari dengan komitmen CSR redONE Mobile, redONE Mobile juga akan melancarkan kempen kitar semula barangan sisa elektronik atau pun
e-Waste iaitu,
Recycle & Reconnect pada April 2025, dengan kerjasama
ERTH (Electronic Recycling Through Heroes). Melalui usaha ini, kotak-kotak kitar semula akan ditempatkan di kedai redONE Mobile
terpilih di
Lembah Klang, Johor Bahru, dan Pulau Pinang, di mana orang ramai boleh menghantar telefon bimbit lama, pengecas, dan peranti elektronik lain yang telah rosak atau tidak lagi digunakan. Hasil kutipan daripada pelupusan barangan ini akan disalurkan ke Surau Haji Taib. Kempen juga bertujuan menggalakkan orang ramai melupuskan sisa elektronik mereka secara bertanggungjawab serta meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya pengurusan sisa sedemikian untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar.
Selain itu, redONE Mobile juga bekerjasama dengan Uncle Tokok serta lima lagi
pempengaruh media sosial iaitu, Donna Muslim, Abang Bahulu, Era Suka Makan, Akak Strawberry Kajang dan Ain Ayam Cheese Jebok dalam kempen
redINFAQ. Setiap hari Rabu sepanjang Ramadan, sebanyak 50 pek makanan akan disumbang kepada golongan yang memerlukan di
Ampang, Kajang, Shah Alam, Kelantan, dan
Sabah. Pempengaruh terpilih juga bersedia menyokong peniaga di bazar Ramadan dengan mempromosikan perniagaan mereka melalui ulasan makanan di platform media sosial masing-masing yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi. Inisiatif kempen redINFAQ bukan sahaja bertujuan memberikan bantuan segera berbentuk makanan kepada yang memerlukan tetapi juga meningkatkan keterlihatan serta jualan peniaga tempatan di bazar Ramadan.
Ameen Amaendran, Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile berkata, “Ramadan bukan sekadar bulan menjalankan ibadah keagamaan, tetapi juga waktu menyemai keprihatinan dan memperkukuh hubungan dengan komuniti. Melalui inisiatif seperti
Colours of Ramadan, redINFAQ, dan Ronda Bazaar Ramadan, kami bukan hanya ingin menghulurkan bantuan, tetapi juga mencipta impak yang berpanjangan bagi mereka yang memerlukan termasuk peniaga-peniaga kecil yang menjadi nadi ekonomi tempatan. Kami berbesar hati atas kerjasama pempengaruh yang berganding bahu menjayakan inisiatif ini dan percaya bahawa dengan semangat kebersamaan ini, setiap usaha kecil mampu mencetus perubahan yang bermakna dan memberi impak besar kepada komuniti yang terlibat.”
Bagi memperluaskan lagi sokongan kepada peniaga kecil, pasukan redONE Mobile turut menggerakkan inisiatif
Ronda Bazaar Ramadan, di mana mereka turun padang ke bazar-bazar terpilih di seluruh negara, termasuk
Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Sabah, dan Sarawak. Usaha ini bertujuan meningkatkan kehadiran dan daya tarikan perniagaan tempatan serta menarik lebih ramai pengunjung ke bazar di lokasi-lokasi terlibat.
Untuk menonton video rewang Colours of Ramadan, layari https://bit.ly/ColorsofRamadan2025 .
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif kemasyarakatan redONE Mobile dan untuk menonton lebih banyak video aktiviti-aktiviti yang dijalankan, layari
redonemobile.com.my atau ikuti redONE Mobile di:
📍
Facebook:
@redONE Mobile📍
Instagram:
@redonemobile.my📍
TikTok:
@redonemobile.myMengenai redONE MobileDitubuhkan pada tahun 2012, redONE Mobile adalah Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) pertama di Malaysia menyediakan perkhidmatan prabayar dan pascabayar yang berpatutan serta terkenal dengan pelan 5G yang bermula dari harga serendah RM8 sebulan. Dengan menggunakan infrastruktur rangkaian 5G terluas oleh operator rangkaian mudah alih negara, pelanggan redONE Mobile boleh menikmati sambungan internet yang lancar dan panggilan suara tanpa gangguan di seluruh Malaysia pada harga mesra bajet. Dengan rangkaian rakan niaga lebih dari 18,000 di seluruh negara serta pangkalan pengguna melebihi 1.1 juta, redONE Mobile kini beroperasi di Malaysia, Singapura dan Thailand serta merancang untuk berkembang ke bahagian lain di ASEAN pada masa akan datang.SUMBER: Redone Network Sdn Bhd
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Media Agency: BeeGo Sdn. Bhd.
Nama: Jacquine Ong
Tel: 011-10775799
Nama: Christy Lim
Tel: 011-55065799
--BERNAMA