LARIAN GENERALI MALAYSIA 2025 MENCETUS PERUBAHAN UNTUK KESIHATAN DAN KOMUNITI

Isnin 24/03/2025

Table
Generali Malaysia dengan bangganya mempersembahkan Larian Generali Malaysia 2025, yang akan berlangsung pada 11 Mei 2025 di Dataran Wawasan, Putrajaya. Sebagai sokongan kepada impak sosial, 15% daripada yuran penyertaan akan disalurkan kepada rakan NGO The Human Safety Net.



KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Larian Generali Malaysia 2025 yang dinanti-nantikan oleh Generali Malaysia akan berlangsung pada 11 Mei 2025, Ahad di Dataran Wawasan, Putrajaya. Menyasarkan seramai 10,000 pelari merentasi jarak 6km, 12km dan 21.1km, acara tahun ini meneruskan komitmen untuk menggalakkan gaya hidup sihat sambil meningkatkan impak terhadap sokongan komuniti.
 
Selaras dengan komitmen Generali untuk membantu komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan, 15% daripada yuran pendaftaran dan hasil jualan barang dagangan tambahan larian akan disumbangkan kepada rakan kongsi NGO The Human Safety Net (THSN) iaitu Persatuan Kebajikan Suriana Malaysia dan Yayasan Generasi Gemilang. Dana yang disumbangkan akan digunakan untuk program yang menyediakan sumber dan bantuan penting kepada kanak-kanak yang memerlukan di seluruh Malaysia.
 
Dengan pilihan untuk penyertaan larian fizikal dan maya, acara ini mengalu-alukan pelari dari semua peringkat, dari peringkat pemula hinggalah atlet yang berpengalaman, untuk turut serta dan membuat perubahan. Sama ada berlari sendirian atau bersama keluarga dan rakan-rakan, setiap peserta berpeluang untuk menyumbang kepada tujuan yang lebih besar sambil menikmati manfaat gaya hidup aktif.
 
“Larian Generali Malaysia 2025,  mengukuhkan komitmen Generali dalam membentuk komuniti yang lebih sihat dan bersatu sambil memberi sumbangan kembali kepada masyarakat. Selepas kejayaan besar acara larian tahun lalu, kami yakin bahawa edisi kali ini akan lebih meriah dan memberi impak yang lebih besar. Kami menggalakkan semua orang untuk bersatu, menyertai kami, dan menjadi sebahagian daripada perjalanan yang memberikan inspirasi ke arah perubahan positif,” kata Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad and Ketua bagi Entiti Generali di Malaysia.
 
Tahun lalu, Larian Generali Malaysia telah Berjaya menarik hampir 12,000 peserta yang mengambil bahagian demi meningkatkan kesihatan sambil Berjaya mengumpul lebih daripada RM105,000 untuk tiga badan pertubuhan bukan kerajaan—Yayasan PINTAR, Persatuan Pencinta Alam Malaysia dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia. Di samping itu, melalui Dana Cabaran Global The Human Safety Net (THSN), sejumlah RM354,513 telah dikumpul bagi menyokong pendidikan awal kanak-kanak. Dana ini memberikan manfaat kepada program Projek Bright Beginnings Persatuan Kebajikan Suriana Malaysia, yang menyediakan sokongan penting untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun serta keluarga-keluarga di PPR Kg Muhibbah.
 
Para peserta kini boleh mendaftar untuk menyertai Larian Generali Malaysia 2025 dan memilih sama ada Larian Fizikal atau Larian Maya melalui pautan berikut:

 
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.generali.com.my

SUMBER: GENERALI MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Sheena Ho:                             
E-mel: sheena.ho@generali.com.my
 
Nama: Samantha David:                   
E-mel: samantha.david@generali.com.my

--BERNAMA


 
+