Selasa 25/03/2025
Adam membawa pulang anak kucing jalanan di dalam beg sekolahnya.
SHAH ALAM, 25 Mac (Bernama) -- Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, SIRIM Berhad sekali lagi menambat hati rakyat Malaysia dengan iklan raya yang sarat dengan mesej kasih sayang, empati, dan keprihatinan terhadap makhluk lain.
Plot iklan yang juga mempaparkan unsur-unsur positif seperti kasih sayang kepada semua makhluk ini adalah sebahagian daripada usaha SIRIM dalam menyampaikan mesej-mesej bermakna untuk semua masyarakat Malaysia khususnya untuk umat islam yang menyambut Hari Raya.
Bertajuk “ Budak Kucing & Teknologi SIRIM, iklan ini yang mengisahkan Adam, seorang kanak-kanak istimewa berhati mulia yang melalui perjalanan penuh makna bersama seekor anak kucing jalanan bernama Debok. Berlatarbelakangkan suasana tenang bulan Ramadan, Adam menemui seekor anak kucing istimewa yang kelaparan dan kesunyian dalam perjalanan pulang dari sekolah. Tergerak oleh rasa simpati dan kasih sayang, Adam membawa anak kucing itu pulang dan menjaganya apabila menyedari bahawa dia dan anak kucing itu berkongsi cabaran yang sama dalam kehidupan sebagai individu kurang upaya.
Walaupun berkelainan upaya, Adam mempunyai kebolehan menggunakan teknologi pencetakan 3D yang menggunakan Sistem Pembuatan Aditif (Additive Manufacturing), salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh SIRIM untuk mencipta sebuah kerusi roda khas buat Debok.
Perkhidmatan yang ditawarkan melalui Smart Manufacturing Centre, SIRIM Industrial Research ini lengkap merangkumi pengimbasan 3D, reka bentuk, pemodelan dan pencetakan 3D yang berupaya menghasilkan pelbagai produk inovatif seperti prototaip Prostetik Kaki-Pergelangan yang di pakai oleh Adam dalam iklan raya tahun ini.
Sebelum ini, SIRIM telah mencipta pelbagai produk perubatan termasuk pendakap pergelangan tangan, kranioplasti implan, serta prostetik kaki palsu. Produk-produk perubatan ini dihasilkan menggunakan teknologi pencetakan 3D MJF HP580 dan melalui ujian ketat di SIRIM QAS International bagi memastikan integriti bahan dan keserasian biologi, selaras dengan peraturan MDA. Penerapan teknologi ini memperlihat komitmen SIRIM dalam menyediakan penyelesaian teknologi yang bukan sahaja inovatif tetapi juga mematuhi standard keselamatan tertinggi.
Iklan “Budak Kucing & Teknologi SIRIM” diharapkan dapat menjadi medium pendidikan dan inspirasi kepada masyarakat untuk lebih prihatin terhadap insan kurang upaya dan haiwan yang memerlukan. Iklan ini juga mengingatkan kita bahawa setiap makhluk mempunyai hak untuk hidup dengan penuh kasih sayang dan penghormatan serta dapat menyemai nilai-nilai murni dalam diri penonton dan menjadi penggerak untuk melakukan kebaikan dalam masyarakat.
Untuk makluman, produk prostetik yang dipaparkan dalam iklan ini adalah semata-mata untuk tujuan ilustrasi dan bukan untuk kegunaan perubatan sebenar. Walau bagaimanapun, SIRIM masih menyediakan perkhidmatan reka bentuk dan fabrikasi prostetik yang sebenar melalui kerjasama dengan profesional perubatan bertauliah untuk memastikan keselamatan pesakit dan pematuhan peraturan. Bagi sebarang pertanyaan mengenai aplikasi kejuruteraan dan prototaip enquirysir@sirim.my.
MENGENAI SIRIM
SIRIM Berhad, anak syarikat Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri adalah organisasi peneraju bagi penyelesaian teknologi dan kualiti yang memberi tumpuan kepada Penyelidikan Perindustrian, Pembangunan Teknologi dan Pengkomersilan; Pensijilan, Pengujian dan Pemeriksaan; Pengukuran dan Penentukuran; Latihan; Penyelidikan dan Pembangunan Standard; Keusahawanan berasaskan Teknologi; dan Perundingan Reka bentuk. www.sirim.my
Untuk berita terbaru, ikuti akaun Sosial Media SIRIM Berhad:
Facebook
Instagram
LinkedIn
TikTok
YouTube
SUMBER: SIRIM Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Perhubungan Media SIRIM
Nama: Mohamad Ariff Fahmy
Tel: 03 55446713/ 0174647027
E-mel: fahmy@sirim.my
--BERNAMA