KX MUNCUL SEBAGAI SYARIKAT PERISIAN KENDIRI UNTUK MENJADIKAN AI TEMPORAL SATU REALITI KOMERSIAL

Rabu 26/03/2025

Dibina untuk mendapatkan keputusan dan pandangan segera, pangkalan data analitikal berprestasi tinggi KX menyelesaikan cabaran data paling besar di dunia

NEW YORK & LONDON, 26 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- KX, pangkalan data analitikal berprestasi tinggi yang terkemuka untuk era AI, hari ini muncul sebagai syarikat perisian bebas berikutan jualan First Derivative oleh syarikat induknya FD Technologies pada Oktober 2024. Dengan menggabungkan kecerdasan temporal dengan pemprosesan dan analisis data ultra-pantas, KX siap sedia untuk menerajui pasaran kerana keputusan berasaskan AI memacu kelajuan, fleksibiliti dan kebolehsuaian yang akan menentukan kejayaan organisasi dalam ekonomi masa nyata.

“Walaupun gelombang semasa minat AI tertumpu kepada menjana kandungan, kod dan mendayakan peningkatan produktiviti pekerja, ada peranan penting untuk AI yang biasanya tidak diberi perhatian: dalam pengoptimuman strategik dan proses membuat keputusan” said Neil Ward-Dutton, Naib Presiden, Automasi, Analisis dan AI, IDC Europe. “Memandangkan rangkaian dan infrastruktur perniagaan menjadi semakin penting dan diautomasikan, organisasi yang dapat memperoleh dan melaksanakan pandangan dengan pantas berpeluang untuk menjadi lebih kompetitif dan berdaya tahan.”

Walaupun pelaburan dalam AI meningkat, organisasi masih bergelut dengan cabaran pelaksanaan penting, termasuk data yang tepat dan lengkap, had infrastruktur, kerumitan algoritma, dan kesesakan operasi. Selama lebih tiga dekat, KX telah memberikan perhatian strategik untuk merapatkan jurang kritikal antara analisis data dan proses membuat keputusan berasaskan masa, membentuk asas yang membolehkan pengguna mendapat kelebihan daya saing untuk membuat keputusan dalam pasaran.

“Beralih daripada penggunaan AI generatif sehari-hari kepada sistem berautonomi yang bertindak berdasarkan soalan atau kenyataan kita adalah satu transformasi,” kata Daryl Plummer, VP Analyst Terkenal, Gartner. “Data adalah kuasa di sebalik transformasi sistem pengetahuan baharu ini dan memanfaatkannya akan membolehkan syarikat melakukan lebih daripada biasa.”

“KX berada pada kedudukan unik untuk menyokong organisasi berintensif data yang bergerak pantas apabila mereka menangani cabaran data terbesar AI: kesempurnaan, ketepatan masa dan kecekapan,” kata Ashok Reddy, CEO, KX. “Kami memastikan pelanggan kami mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk memahami perubahan dari semasa ke semasa, menyesuaikan diri dengan keadaan baharu atau tidak menentu dalam persekitaran mereka, bertindak lebih pantas daripada pesaing mereka, mengoptimumkan operasi, memperibadikan pengalaman pelanggan dan menjadi pihak pertama yang memanfaatkan anjakan pasaran.”

Platform KX, dibina berdasarkan kdb+, membolehkan pengguna membangunkan algoritma berprestasi tinggi di samping mengintegrasikan dengan lancar konteks temporal ke dalam proses membuat keputusan. Gabungan ini menghasilkan kecerdasan keputusan adaptif unggul dalam masa nyata pada skala. Institusi pasaran modal terkemuka memanfaatkan keupayaan ini untuk melaksanakan strategi dagangan berdasarkan algoritma yang memproses berbilion mata data sesaat, memberikan kelebihan kompetitif yang besar menerusi pandangan yang lebih cepat dan pelaksanaan yang lebih tepat.

"Asas kepada analisis berprestasi tinggi bukan sekadar data masa nyata—ia adalah keupayaan untuk menangani pertanyaan sepontan sepantas proses berfikir,” kata Ralston Roberts, Ketua Global Markets, Velocity Clearing. “Tidak perlu lagi menunggu berjam-jam atau berhari-hari untuk mendapatkan keputusan, kami kini boleh memproses pertanyaan dalam masa beberapa saat atau minit dengan KX. Kelajuan seperti ini membolehkan kami menguji semula idea pengoptimuman penghalaan, melihat data yang bertahun-tahun lamanya, dan menyesuaikan diri dengan segera, mengubah proses yang dahulunya lembap dan tidak fleksibel menjadi kelebihan yang fleksibel dan dinamik."

Selain daripada reputasi mantap yang KX telah capai dalam pasaran modal, syarikat ini kini melihat peluang yang besar untuk memperluaskan keupayaan yang telah terbukti ini kepada industri tambahan. Sebagai entiti kendiri, dan kerjasamanya yang mendalam termasuk NVIDIA, Microsoft dan AWS, KX akan membawa kecerdasan keputusan masa nyata ke sektor yang termasuk aeroangkasa dan pertahanan, pembuatan berteknologi tinggi, penjagaan kesihatan dan sains hayat, telematik automotif dan armada, industsri utama di mana kejayaan bergantung kepada kelajuan, kebolehsuaian dan ketepatan yang tidak boleh dipersoalkan.

Inovasi rintis dalam pasaran modal memberikan manfaat masyarakat yang meluas. Teknologi kewangan, pengkomputeran berprestasi tinggi dan analisis masa nyata yang dibangunkan untuk perdagangan boleh digunakan dalam ujian perubatan, permodelan iklim dan tindakan bencana. Selain itu, permintaan sektor untuk infrastruktur yang mantap memacu penambahbaikan dalam telekomunikasi dan keselamatan siber mana kala pengurusan risikonya boleh disesuaikan untuk menangani krisis kesihatan awam dan peruntukan sumber semasa kecemasan. KX dengan bangganya menghasilkan perisian yang memberikan nilai data dan AI sepenuhnya untuk membuat perubahan yang bermakna kepada dunia.

Maklumat Tentang KX

Perisian KX menggerakkan keputusan berdasarkan data dalam masa nyata yang membolehkan syarikat yang bergerak pantas mendahului pesaing, memanfaatkan potensi sepenuhnya pelaburan AI mereka. Platform KX memberikan nilai transformasi dengan menangani cabaran data yang berkaitan dengan kesempurnaan, ketepatan masa dan kecekapan, memastikan syarikat memahami perubahan dari semasa ke semasa dan boleh mencapai dengan lebih pantas pandangan yang lebih tepat pada apa jua skala dengan kos efektif.

KX penting untuk operasi organisasi bank pelaburan, aeroangkasa dan pertahanan, pembuatan berteknologi tinggi, penjagaan kesihatan dan sains hayat, automotif dan telematik armada yang terkemuka di dunia. Syarikat mempunyai pejabat dan kumpulan pelanggan yang mantap merentasi Amerika Utara, Eropah dan Asia Pasifik. Untuk maklumat lanjut, lawati www.kx.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Hubungan Media
Kate D. Shapiro
LaunchTech Communications for KX
Kate@golaunchtech.com
410-698-5211

Sumber: KX

--BERNAMA

+