Lone Star Funds Mengumumkan Penjualan Portfolio Hartanah Sewa Jepun Tokyo β

Jumaat 04/04/2025

DALLAS & NEW YORK & LONDON & TOKYO, 4 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lone Star Funds ("Lone Star") hari ini mengumumkan bahawa sebuah syarikat gabungan Lone Star Real Estate Fund VI, L.P. telah berjaya menyelesaikan penjualan Tokyo β ("Tokyo Beta"), salah satu aset hartanah sewa terbesar di Tokyo.

Tokyo Beta lahir daripada inisiatif Lone Star selepas berjaya memperoleh lebih daripada seribu pinjaman bermasalah di Jepun antara 2020 hingga 2022. Selepas pengambilalihan, Lone Star mengubah sistem pengurusan hampir 1,200 rumah sewa bersama—yang sebelumnya diuruskan secara berasingan oleh lebih daripada 200 pemilik hartanah—ke dalam satu platform yang lebih efisien. Pendekatan ini memastikan operasi lebih lancar dan menyediakan pilihan sewa mampu milik yang sesuai untuk golongan profesional muda dan pelajar.

Hari ini, jumlah bilik yang boleh disewa dalam portfolio Tokyo Beta yang telah dijenamakan semula melebihi 16,000, menjadikannya salah satu aset hartanah sewaan terbesar di Tokyo. Beberapa perkhidmatan baru diperkenalkan untuk menarik minat generasi penyewa muda, termasuk aplikasi penyewaan melalui telefon pintar, proses daftar masuk dan keluar yang lebih mudah, kemudahan penjimatan tenaga, serta skuter elektrik mesra komuter.

“Pengumuman hari ini menandakan pencapaian penting selepas beberapa tahun usaha untuk menyusun semula dan menghidupkan kembali portfolio ini, menjadikannya salah satu komuniti sewaan paling menarik di Tokyo,” kata Jérôme Foulon, Ketua Global Hartanah Komersial untuk Lone Star.

“Portfolio ini mencerminkan komitmen dan keupayaan Lone Star dalam membangunkan perniagaan yang kukuh dan berpotensi, bukan sahaja untuk pelabur kami tetapi juga untuk pengguna di Jepun dengan produk serta perkhidmatan yang lebih baik,” tambah Mitsuo Matsunaga, Ketua Lone Star di Jepun.

Lone Star telah aktif melabur di Jepun selama lebih 28 tahun. Sepanjang tempoh itu, syarikat ini telah menyalurkan modal ekuiti sebanyak $9.6 bilion kepada hampir 90 pelaburan di rantau ini, menjadikannya salah satu pelabur paling aktif di pasaran.

Maklumat tentang Lone Star

Lone Star ialah firma ekuiti persendirian terkemuka yang memberi nasihat kepada dana pelaburan global dalam ekuiti korporat, kredit, hartanah, dan aset kewangan lain. Sejak menubuhkan dana pertamanya pada tahun 1995, Lone Star telah menguruskan 25 dana ekuiti persendirian dengan jumlah komitmen modal sekitar $95 bilion. Firma ini mengendalikan dana dalam tiga kategori utama: siri Dana Peluang, siri Dana Hartanah Komersial dan siri Dana Gadai Janji Kediaman AS. Lone Star melabur bagi pihak rakan kongsi terhadnya, termasuk pelabur institusi seperti dana pencen dan dana kekayaan negara, serta yayasan dan dana endowmen yang menyokong penyelidikan perubatan, pendidikan tinggi dan pelbagai inisiatif amal. Untuk maklumat lanjut tentang Lone Star Funds, layari www.lonestarfunds.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi

mediarelations@lonestarfunds.com
 
Sumber: Lone Star Funds

--BERNAMA

+