Isnin 07/04/2025
VICTORIA, Seychelles, 7 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka telah memperoleh lesen Penyedia Perkhidmatan Aset Digital (DASP) daripada National Commission of Digital Assets (CNAD) El Salvador, memperluaskan rangka kerja kawal selianya di negara ini. Perkembangan ini berlaku selepas pemerolehan lesen Penyedia Perkhidmatan Bitcoin (BSP) lebih awal pada tahun 2024. El Salvador merupakan salah satu negara perintis yang meluluskan undang-undang menyeluruh untuk menyokong penggunaan Bitcoin dan aset digital dalam sistem kewangannya serta mengiktiraf Bitcoin sebagai mata wang rasminya. Ia telah mula muncul sebagai hab untuk perniagaan kripto global.
Dengan memperoleh kedua-dua lesen DASP dan BSP, Bitget kini mampu menyediakan pelbagai perkhidmatan aset digital secara meluas di El Salvador. Lesen DASP meliputi operasi seperti perdagangan spot dan derivatif, pertaruhan dan produk kewangan berasaskan hasil lain di samping infrastruktur yang memudahkan akses kepada penyelesaian simpanan dan pelaburan yang dikuasakan kripto. Kejelasan peraturan di rantau ini membolehkan platform global berkembang di bawah struktur undang-undang yang jelas, menawarkan pengguna tahap ketelusan operasi yang lebih tinggi serta perlindungan bertaraf institusi.
“Fokus kami di Bitget adalah untuk memasuki negara dengan rangka kerja terkawal untuk kripto dan menyediakan perkhidmatan terbaik sambil mengembangkan strategi pengawalseliaan global kami,” kata Hon Ng, Ketua Pegawai Undang-undang di Bitget. “Kami sangat teruja kerana dapat menawarkan pelbagai produk melalui lesen ini dan berbesar hati dengan kepercayaan National Commission of Digital Assets El Salvador. El Salvador telah mendahului banyak negara lain dengan pendekatan progresif dan telus terhadap peraturan Bitcoin dan aset digital, menjadikannya sebuah bidang kuasa yang menarik bagi syarikat Web3 berkualiti tinggi yang bercita-cita untuk beroperasi secara bertanggungjawab pada skala besar. Bitget akan terus menyokong bidang kuasa yang menyediakan rangka kerja yang jelas dan menyokong pembangunan ekonomi kripto yang selamat dan cekap.”
Persekitaran pengawalseliaan di El Salvador telah menarik perhatian kerana berjaya menarik firma kripto global. Entiti kripto yang popular telahpun memindahkan operasi strategik ke negara ini. Strategi pelesenan Bitget sejajar dengan peralihan yang baru muncul ini dan membolehkan platform menyampaikan perkhidmatannya tanpa sebarang gangguan. Struktur ini membolehkan platform memenuhi permintaan merentasi kedua-dua pasaran runcit dan institusi dengan ketangkasan undang-undang dan operasi yang lebih baik.
Perkembangan ini mencerminkan trend berterusan dalam persaingan bidang kuasa di kalangan negara yang ingin menarik inovasi aset digital. CNAD di El Salvador semakin aktif dalam menilai dan meluluskan penyedia perkhidmatan, menunjukkan tahap kematangan pengawalseliaan yang lebih tinggi di rantau ini. Dalam menghadapi piawaian global yang terus berkembang, lesen Bitget menjadi pemangkin utama untuk pertumbuhan antarabangsa, membolehkan syarikat menawarkan produk kewangan yang mematuhi peraturan kepada pengguna di seluruh dunia secara lancar.
Perihal Bitget
Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah syarikat bursa mata wang kripto dan Web3 yang terkemuka di dunia. Memberi perkhidmatan kepada lebih daripada 100 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan yang lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, penyemak imbas DApp dan banyak lagi.
Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.
Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com
Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dikembalikan. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk yang boleh dipercayai untuk keputusan masa depan. Bitget tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kepada Syarat Penggunaan kami.
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c3d0313a-2dcc-4a9f-b25c-150a8b077d28
SUMBER: Bitget Limited
PENAFIAN: BERNAMA MREM tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini.
--BERNAMA