Majlis Memperingati Festival Qingming Tahun Yisi (2025) untuk Maharaja Kuning telah diadakan di Shaanxi.
YAN'AN, China, 8 April, 2025 /Xinhua-AsiaNet/--
Pada pagi 4 April, Majlis Memperingati Festival Qingming Tahun Yisi (2025) untuk Maharaja Kuning telah diadakan di Makam Maharaja Kuning di Wilayah Shaanxi. Makam itu, yang terletak di Daerah Huangling di Wilayah Shaanxi, adalah lokasi bagi makam Maharaja Kuning, keturunan yang sama bagi bangsa Cina.
Pada pukul 9:50 pagi, upacara peringatan itu telah dimulakan secara rasmi. Semua hadirin berdiri dengan rasa hormat yang mendalam untuk paluan gendang dan bunyian loceng. Sebanyak 34 paluan gendang melambangkan aspirasi bersama bagi seluruh bangsa Cina, serta semua orang Cina di seberang laut untuk memuja nenek moyang bangsa Cina. Bunyi 9 loceng melambangkan etika yang paling tinggi dalam ritual tradisional bagi negara China, yang menyatakan kekaguman dan rasa terima kasih yang tidak terhingga oleh anak lelaki dan perempuan negara China itu kepada moyang mereka, Maharaja Kuning.
Di tengah-tengah alunan muzik ritual yang berlangsung dalam penuh takzim dan rasa penuh hormat, Zhang Qingwei, Naib Pengerusi bagi Jawatankuasa Tetap bagi Kongres Rakyat Kebangsaan, dan He Baoxiang, Naib Pengerusi bagi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Persidangan Perundingan Politik Rakyat China, telah menyampaikan penghormatan bunga kepada arca Maharaja Kuning Xuanyuan. Berikutan itu, Zhao Yide, Setiausaha bagi Jawatankuasa Parti Wilayah Shaanxi CPC dan Pengarah bagi Jawatankuasa Tetap untuk Kongres Rakyat Wilayah Shaanxi, telah menyampaikan bakul bunga bagi pihak wakil wilayah Shaanxi. Zhao Gang, gabenor bagi Wilayah Shaanxi, menyampaikan ucapan peringatan itu.
Selepas persembahan muzik dan tarian peringatan, seekor naga Cina sepanjang 56 meter berlegar-legar dan melompat dari tengah altar, dengan menjulang ke langit. Naga itu melambangkan penghormatan yang mendalam oleh orang Cina terhadap nenek moyang kebudayaan mereka dan membawa aspirasi yang kolektif untuk peremajaan besar negara China ke awan.
Selepas itu, hadirin telah bergerak dalam kumpulan yang teratur untuk memberi penghormatan di Dewan Xuanyuan sebelum melawat Makam Huangdi bagi upacara penanaman pokok.
Upacara peringatan itu telah dianjurkan bersama oleh Pejabat Hal Ehwal Taiwan bagi Majlis Negeri, Pejabat Hal Ehwal China Luar Negara bagi Majlis Negeri, Persekutuan Seluruh China bagi Orang Cina Seberang Laut yang Kembali dan Kerajaan Rakyat Wilayah Shaanxi.
Sumber: Kerajaan Rakyat Wilayah Shaanxi
Kapsyen: Majlis Memperingati Festival Qingming Tahun Yisi (2025) untuk Maharaja Kuning telah diadakan di Shaanxi.
--BERNAMA