VICTORIA, Seychelles, 9 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah syarikat pertukaran mata wang kripto dan Web3 yang terkemuka telah melancarkan Bitget Onchain — suatu inovasi revolusioner yang menghubungkan kelebihan terbaik CEX dan DEX. Dengan menggabungkan kelajuan, keselamatan dan kesederhanaan platform terpusat dengan akses terus kepada aset dalam rantaian yang muncul, Bitget Onchain mentakrifkan semula cara pengguna menemukan dan memperdagangkan gelombang peluang kripto seterusnya.
Bitget Onchain menyediakan transaksi aset dalam rantaian secara langsung melalui Apl Bitget untuk pengguna yang menggunakan akaun spot dengan USDT atau USDC. Penyepaduan ini akan memudahkan transaksi dalam rantaian dengan menawarkan pengalaman perdagangan peringkat bursa yang lancar, menjadikannya lebih mudah diakses bahkan untuk pedagang baharu. Produk ini pada peringkat awal akan menyokong Solana, BNB Smart Chain (BSC) dan Base, yang menampilkan kumpulan awal token termasuk RFC, KTA dan 30 token lain.
Dengan menumpukan kepada keselamatan, Bitget Onchain menggabungkan perlindungan peringkat bursa terpusat untuk memastikan persekitaran dagangan yang kekal selamat, walaupun dalam rantaian. Menawarkan pilihan luas aset dalam rantaian dengan ketersediaan masa nyata, Bitget Onchain menyediakan akses kepada token peringkat awal serta peluang pasaran baru muncul. Kemas kini yang berterusan memastikan pengguna boleh menavigasi arah aliran yang berkembang dengan cekap, memenuhi keperluan pedagang baharu mahupun yang berpengalaman.
Memanfaatkan kecanggihan AI, Bitget Onchain akan memperkenalkan sistem saringan pintar dipacu AI untuk mempertingkatkan ketepatan pelaburan melalui penggunaan algoritma maju bagi menjalankan penapisan aset dalam rantaian secara masa nyata. Keupayaan ini meminimumkan pendedahan kepada pelaburan yang tidak termaklum, seterusnya membolehkan pengguna membuat keputusan yang strategik dan berasaskan data.
"Perdagangan dalam rantaian telah lama dibebani oleh tetapan yang kompleks yang memaksa pengguna menavigasi antara muka yang tidak mesra dan mendedahkan diri mereka kepada risiko. Bitget Onchain dicipta untuk mengurangkan halangan kemasukan, dengan menyediakan pengalaman perdagangan yang lancar dan selamat," kata
Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif di Bitget. "Bitget Onchain akan merapatkan jurang antara perdagangan terpusat dan terdesentralisasi, menjadikan web3 lebih mudah diakses oleh semua," tambahnya.
Bitget telah menyepadukan AI secara konsisten ke dalam ekosistemnya, mempertingkatkan ketepatan dagangan, keselamatan dan pengalaman pengguna. Ciri utama dipacu AI tersebut merangkumi bot dagangan pintar untuk strategi automatik, alatan pengurusan risiko dikuasakan AI, analitik ramalan untuk arah aliran pasaran dan perdagangan salinan dipertingkatkan AI untuk mengoptimumkan keputusan pelaburan. Dengan pelancaran Bitget Onchain, saringan pintar dipacu AI memperhalusi lagi pemilihan aset, meminimumkan risiko dan menambah baik kecekapan perdagangan.
Bitget Onchain mewakili usaha Bitget untuk mencari penyelesaian yang inovatif dan pintar dalam industri bursa kripto, menyepadukan pengalaman pengguna dengan keselamatan termaju dan cerapan pasaran. Dengan menggabungkan kebolehaksesan dengan alat yang sangat canggih, Bitget Onchain berhasrat untuk menjadi platform utama untuk perdagangan aset dalam rantaian, membawa pengguna lebih dekat dengan Web3.
Untuk menggunakan ciri Bitget On-chain, sila layari
di sini.
Perihal BitgetDitubuhkan pada 2018, Bitget merupakan syarikat
pertukaran mata wang kripto dan Web3 yang terkemuka di dunia. Berkhidmat kepada lebih 100 juta pengguna di lebih daripada 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak dengan ciri dagangan salinan perintisnya dan penyelesaian dagangan lain sambil menawarkan akses masa nyata kepada
harga Bitcoin,
harga Ethereum dan harga mata wang kripto yang lain. Dahulu dikenali sebagai BitKeep,
Bitget Wallet merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif termasuk fungsi dompet, swap, NFT Marketplace, penyemak imbas DApp dan banyak lagi.
Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia,
LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki
Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti),
Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan
İlkin Aydın (pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi menerima baik masa depan mata wang kripto.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari:
Laman web |
Twitter |
Telegram |
LinkedIn |
Discord |
Bitget WalletUntuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com
Amaran Risiko: Harga aset digital mungkin berubah-rubah dan mengalami ketidakstabilan harga. Hanya melabur jika anda sanggup menanggung kerugian. Nilai pelaburan anda mungkin terjejas dan berkemungkinan anda tidak mencapai matlamat kewangan anda atau mendapatkan semula pelaburan pokok anda. Anda seharusnya sentiasa mendapatkan nasihat kewangan yang bebas dan mempertimbangkan pengalaman kewangan dan kedudukan kewangan anda sendiri. Prestasi pada masa lalu bukanlah ukuran prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang mungkin anda alami. Tiada apa-apa pun di sini yang boleh ditafsirkan sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Perkhidmatan kami.Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b50d68bb-4077-4801-ac63-5f0df78ad8a4 SUMBER: Bitget Limited PENAFIAN: BERNAMA MREM tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini.--BERNAMA