Gradiant Menang Anugerah Emas di Edison Awards 2025 untuk Penghapusan dan Pemusnahan PFAS menggunakan ForeverGone

Jumaat 11/04/2025

Table
Anurag Bajpayee, Steven Lam, Katie Dobbins, dan Mark Danchak daripada Gradiant menerima Anugerah Emas Edison 2025


ForeverGone merupakan penyelesaian semua dalam satu yang pertama dalam industri untuk menghapuskan "bahan kimia abadi" PFAS secara kekal dalam air sisa bandar dan perindustrian
 
BOSTON, 11 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gradiant, sebuah peneraju global dalam bidang rawatan air dan air sisa canggih, hari ini mengumumkan bahawa penyelesaian ForeverGone mereka telah diberikan anugerah Emas di Edison Awards 2025. Pengiktirafan berprestij ini menyerlahkan kepimpinan Gradiant dalam inovasi kemampanan dan teknologi, yang mengukuhkan komitmen mereka untuk menangani pencemaran PFAS, iaitu salah satu cabaran alam sekitar dunia yang paling genting.

Bahan per- dan polifluoroalkil (PFAS), atau "bahan kimia abadi," merupakan bahan kimia sintetik yang tegar yang ditemui dalam air sisa perindustrian, bandar dan kambus tanah. Dengan kaitannya dengan risiko kesihatan yang serius seperti kanser, gangguan imun dan isu pembangunan, PFAS telah menjadi krisis kesihatan awam global. ForeverGone daripada Gradiant menjadi penyelesaian tersepadu pertama dalam industri yang bukan sahaja menghapuskan PFAS daripada sumber sir tercemar tetapi juga memusnahkan PFAS di tapak, tanpa risiko melepaskan bahan kimia bertoksik itu kembali ke alam sekitar.

Edison Awards, yang kini dalam tahun ke-38 mereka, mengiktiraf kecemerlangan dalam pembangunan, pemasaran, reka bentuk dan inovasi produk dan perkhidmatan baharu. Calon akhir dipilih dengan badan pengundian berkaitan rakan seindustri, yang terdiri daripada ketua-ketua eksekutif, akademik dan inovasi dari seluruh dunia.

"Selama bertahun-tahun, pihak industri dan perbandaran telah bergelut dengan cara menghapuskan PFAS sepenuhnya tanpa menyebabkan risiko tambahan kepada alam sekitar," kata Anurag Bajpayee, CEO Gradiant. "Akhirnya ForeverGone telah memberikan penyelesaian hujung ke hujung yang sebenar — yang memekatkan dan memusnahkan PFAS pada sumbernya, memastikan bahan kimia yang berbahaya ini dihapuskan daripada alam semula jadi secara kekal. Pengiktirafan daripada Edison Awards telah mengesahkan impak transformatif oleh teknologi kami dan misi kami untuk memberikan penyelesaian air bersih pada skala global."

Teknologi ForeverGone daripada Gradiant, yang disahkan secara bebas oleh berbilang makmal bertauliah, menggabungkan Pemeringkatan Busa Mikro dengan Enjin Pemusnahan untuk memekatkan PFAS menjadi busaan mikro dan kemudian memusnahkannya menggunakan pengoksidaan elektro, yang menghasilkan air yang memenuhi atau melebihi piawaian air minuman EPA AS. Pendekatan tersepadu ini menetapkan piawaian baharu untuk kemudahan, kecekapan dan kemampanan, yang memberikan cara penghapusan PFAS dengan jumlah kos yang paling rendah.

Gradiant menggunakan ForeverGone dengan semakin luas merentas industri termasuk semikonduktor, makanan & minuman, perlombongan dan perbandaran besar, yang memastikan penyelesaian PFAS menjadi lebih boleh dicapai kepada komuniti di seluruh dunia.

Adakah anda berminat untuk menggunakan ForeverGone di tapak anda? Gradiant telah memperkenalkan program pengujian percuma untuk menunjukkan keupayaan ForeverGone merawat pelbagai air yang tercemar. Pihak yang berminat boleh menghubungi Gradiant di gradiant.com/pfas-forevergone/.

Edison Awards 2025 telah diumumkan pada 3 April di Fort Myers, Florida. Untuk melihat senarai lengkap pemenang tahun ini, lawati edisonawards.com/2025-winners/.

PERIHAL GRADIANT

Gradiant ialah Syarikat Air yang Berlainan. Dengan set penuh penyelesaian hujung ke hujung yang terbeza dan proprietari untuk rawatan air dan air sisa yang canggih dan dikuasakan oleh pakar dalam bidang air, syarikat ini berperanan dalam operasi kritikal misi kliennya dalam industri yang penting di dunia termasuk semikonduktor, farmaseutikal, makanan & minuman, litium dan mineral penting serta tenaga boleh dibaharui. Penyelesaian inovatif Gradiant mengurangkan air yang digunakan dan sisa air yang dilepaskan, menuntut semula sumber yang berharga dan memperbaharui air sisa menjadi air tawar. Syarikat yang berpangkalan di Boston ini telah diasaskan di MIT dan mempunyai lebih 1,200 pekerja di seluruh dunia. Terokai kami di gradiant.com.

PERIHAL EDISON AWARDS

Diasaskan pada tahun 1987, Edison Awards berdedikasi untuk mengiktiraf, memberikan penghargaan dan memupuk inovasi dan inovator. Dengan inspirasi namanya daripada Thomas Alva Edison (1847 - 1931), pertandingan tahunan ini mengiktiraf kecemerlangan dalam pembangunan, pemasaran, reka bentuk dan inovasi produk dan perkhidmatan. Misi organisasi ini adalah untuk memberikan ilham dan memperkasakan individu dan organisasi untuk membina masa depan yang lebih baik dengan mengiktiraf dan meraikan produk, perkhidmatan baharu dan ketua perniagaan yang paling inovatif.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20250404670342/en

Contacts

ORANG HUBUNGAN KORPORAT:
Felix Wang
Gradiant, Ketua Jenama Global
fwang@gradiant.com 

Sumber: Gradiant

--BERNAMA
+