Mengagregatkan Sumber Warisan Dunia untuk Memacukan Pembangunan yang Berkualiti Tinggi bagi Pelancongan Kebudayaan Fujian

Isnin 14/04/2025


Table
 Taman Negara Wuyi


NANPING, China, 14 April, 2025 /Xinhua-AsiaNet/--

Dengan bertemakan "Memupuk Pelancongan Kebudayaan sebagai Industri Tunjang", Persidangan Wilayah Fujian 2025 mengenai Pembangunan Ekonomi Kebudayaan dan Pelancongan akan diadakan di Bandar Raya Nanping di Wilayah Fujian, dari 17 hingga 19 April.

Sejurus sebelum persidangan itu dibuka, di bawah bimbingan Jabatan Budaya dan Pelancongan Wilayah Fujian, enam kawasan pemandangan utama peringkat 5A -- Kawasan Pemandangan Gunung Wuyi, Kawasan Pelancong Kulangsu, Kawasan Pemandangan Fujian Tulou (Yongding), Kawasan Pemandangan Fujian Tulou (Nanjing), Kawasan Pelancongan Pemandangan Taining, dan Kawasan Pemandangan Gunung Qingyuan Quanzhou -- bersama-sama memulakan penubuhan Perikatan Kawasan Pemandangan 5A Warisan Dunia Fujian. Inisiatif ini meletakkan satu asas kukuh bagi Fujian untuk menyepadukan sumber warisan dunianya, seterusnya mempromosikan matlamat wilayah itu untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia. Ia juga menandakan satu langkah ke hadapan yang penting di dalam usaha wilayah itu untuk pembangunan pelancongan kebudayaan yang diselaraskan dan berkualiti tinggi.

Gunung Wuyi, sebagai satu-satunya Tapak Kebudayaan dan Warisan Semula Jadi Dunia dan Taman Negara di Wilayah Fujian, juga merupakan simbol tersohor bagi Nanping, tuan rumah bagi persidangan ini. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Bandar Raya Nanping telah memanfaatkan nilai strategik bagi Taman Negara Gunung Wuyi untuk meningkatkan jenama "Bulatan Kebudayaan dan Pelancongan Wuyi Yang Lebih Besar" dan mempromosikan pembangunan "Kawasan Perlindungan dan Pembangunan Gunung Wuyi". Bandar raya itu telah mempelopori pembinaan sistem jalan pemandangan taman negara yang pertama di China dan membangunkan sebuah rangkaian produk pelancongan yang bertema, termasuk lawatan pendidikan kepelbagaian biologi dan pengalaman fotografi landskap Danxia. Usaha ini telah menyumbang kepada penciptaan sebuah "Model Nanping" yang mengharmonikan pemeliharaan ekologi dengan pembangunan kebudayaan dan pelancongan.

Di samping itu, dengan menggunakan sumber Taman Negara Gunung Wuyi, Wilayah Fujian telah terlibat secara aktif di dalam kerjasama antarabangsa dalam bidang seperti pelancongan kebudayaan, pemuliharaan alam sekitar, dan penyelidikan kepelbagaian biologi dengan negara-negara di sepanjang Inisiatif Belt and Road, sekali gus meraih hasil yang ketara.

Tapak Warisan Dunia adalah khazanah yang dikongsi oleh seluruh manusia sejagat. Fujian terus menggunakan sumber ini dengan teladan untuk mencipta satu kesan "untuk menjadi luar biasa" bagi pelancongan kebudayaan mereka, dan menjanakan daya tarikan yang lebih tinggi kepada khalayak antarabangsa. Dari Quanzhou, "Bandar Raya Warisan Dunia" yang terkenal kerana warisan Laluan Sutera Maritim mereka, kepada Kulangsu, "Pulau Muzik" yang dihiasi dengan seni bina global yang pelbagai; dari Fujian Tulou, yang merangkumi kebijaksanaan dan kepintaran penduduk tempatan, kepada landskap semula jadi Taining Danxia yang menakjubkan dan status dwi warisan bagi Gunung Wuyi.

Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Persidangan Wilayah Fujian 2025 mengenai Pembangunan Ekonomi Kebudayaan dan Pelancongan

Kapsyen: Taman Negara Wuyi

--BERNAMA
+