MEMPERKASAKAN KEUPAYAAN FORENSIK KASTAM MELALUI PROGRAM KOLABORASI INDUSTRI OLEH TDA

Isnin 14/04/2025

Table
YBhg Dato' Anis Rizana Mohd Zainudin (tengah) ketika merasmikan Makmal Forensik Digital JKDM hari ini.


CYBERJAYA, April 14 (Bernama) -- Technology Depository Agency Berhad (TDA), agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia, telah memainkan peranan penting dalam pencapaian ini. Melalui dasar perolehan strategik Program Kolaborasi Industri (ICP), TDA memastikan perolehan kerajaan memberikan manfaat yang berimpak tinggi kepada negara. Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran tetapi juga memudahkan pemindahan teknologi canggih luar negara ke Malaysia, menggalakkan kerjasama antara institusi pendidikan dan syarikat antarabangsa serta tempatan.
 
Perasmian Makmal Digital Forensik Kastam adalah bukti kejayaan pelaksanaan dasar ICP kepada negara. Pelaburan melalui Program Kolaborasi Industri (ICP) yang melibatkan obligasi Syarikat Lembah Sari Sdn Bhd adalah untuk menaiktaraf Makmal Digital Forensik JKDM bernilai RM8.5 juta, dengan kelengkapan alat analisis untuk Makmal Forensik Dokumen, Makmal Forensik Komputer, Makmal Forensik Telefon dan Makmal Forensik Audio Video. Inisiatif ini merupakan kolaborasi ICP terkini  bagi penaiktarafan makmal-makmal forensik yang mana sebelum ini telah siap disempurnakan bagi Makmal Forensik Cheras Polis Diraja Malaysia (PDRM). Melalui ICP, fasiliti yang melibatkan forensik PDRM seperti Makmal CSI, Makmal Digital, Makmal Satelit, Makmal Audio dan Unit Cap Jari telah dinaiktaraf dengan kelengkapan teknologi terkini bernilai RM2.3juta. Program Kolaborasi Industri ini menekankan komitmen kerajaan untuk memanfaatkan perolehan strategik bagi kemajuan negara.
 
Dr. Sharoul Jambari, Ketua Pegawai Eksekutif TDA, menekankan peranan penting TDA dalam memastikan perolehan kerajaan melalui ICP membawa pulangan yang lebih berimpak tinggi dan mapan. Beliau menekankan dedikasi TDA untuk membantu kerajaan ke arah negara digital sepenuhnya, seperti yang dihasratkan. Menyambut ulang tahun ke-10, TDA terus meningkatkan perkhidmatannya, menjanjikan pulangan yang lebih berimpak tinggi untuk Malaysia pada masa depan.
 
Sehingga kini, TDA telah berjaya melaksanakan 142 program ICP di bawah perolehan kerajaan, memperkukuhkan sektor industri strategik Malaysia. Inisiatif ini telah meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global, khususnya dalam bidang teknologi dan inovasi. 657 projek ICP yang dilaksanakan di bawah program ini telah memberi impak yang besar terhadap pelbagai aspek ekonomi, termasuk pertumbuhan pendapatan, peningkatan produktiviti, penciptaan nilai tambah dalam produk dan perkhidmatan, pertumbuhan KDNK, dan pengukuhan pasaran pekerjaan.

Mengenai Technology Depository Agency Berhad (TDA)

Adalah sebuah agensi kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kewangan (MOF) yang ditubuhkan pada tahun 2015, TDA telah memainkan peranan penting dalam memacu agenda negara melalui pertumbuhan ekonomi, kemajuan teknologi dan pembangunan industri. TDA mencapai matlamat ini melalui dua mandat utama: Program Kolaborasi Industri (ICP) dan Program Kontrak Berasaskan Prestasi (PBC). Penglibatan TDA dalam perolehan kerajaan adalah berpaksikan strategi perolehan yang memastikan negara menerima manfaat daripada Program Kolaborasi Industri, sambil memastikan aset sedia ada oleh kerajaan memenuhi dasar Kontrak Berdasarkan Pencapaian.

SUMBER: Technology Depository Agency Berhad (TDA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Unit Komunikasi Korporat TDA
Nama: Azhar Mohd Said
Pengarah Kanan, Corporate Business Division (CBD)
Tel: 012–321 5734
E-mel: azhar@tda.my
 
Nama: Ain Razali
Pengurus, Unit Komunikasi Korporat
Tel: 019–720  4867
E-mel: ain@tda.my 

--BERNAMA


  
+