SMART Modular Mengembangkan Penawaran CXL dengan Penambahan E3.S 2T 128GB CMM ke dalam Senarai Integrator Konsortium CXL

Rabu 16/04/2025

Table
Modul CMM SMART Modular yang menggunakan piawaian CXL kini telah diterima masuk ke dalam Senarai Integrator Sistem Konsortium CXL, melengkapi penyenaraian terdahulu untuk kad tambahan memori 4-DIMM dan 8-DIMM daripada SMART.


Produk terbaharu yang diiktiraf oleh konsortium mengesahkan peranan SMART sebagai peneraju teknologi baharu yang sedang meningkat
 
NEWARK, Calif., 16 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SMART Modular Technologies Inc. (“SMART”), sebuah jenama di bawah Penguin Solutions, Inc. (Nasdaq: PENG ) dan peneraju global dalam penyelesaian memori bersepadu, pemacu keadaan pepejal (SSD), dan produk storan hibrid, hari ini mengumumkan bahawa modul memorinya E3.S 2T 128GB CMM (Compute Express Link® Memory Module) kini telah disenaraikan secara rasmi dalam Senarai Integrator Konsortium CXL. Pencapaian ini melengkapkan penyenaraian sedia ada bagi kad memori CXL Add-in Cards (AIC) SMART versi 4-DIMM dan 8-DIMM, sekaligus mengukuhkan lagi komitmen syarikat dalam menyediakan penyelesaian memori berkualiti tinggi dan serasi antara pelbagai sistem.

Modul E3.S 2T 128GB CMM menggunakan piawaian CXL® 2.0, menawarkan antara muka PCIe Gen5 x8 dan menyokong sehingga 128GB DRAM DDR5. Modul ini direka bentuk untuk meningkatkan prestasi pelayan dan pusat data dengan membolehkan pengembangan memori yang serasi cache, menjadikannya ideal untuk pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC), kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin (ML), dan aplikasi berintensifkan data.

“Kami berbesar hati untuk memperluaskan kehadiran kami dalam Senarai Integrator Konsortium CXL dengan penyenaraian modul memori E3.S CXL kami,” kata Andy Mills, naib presiden pembangunan produk lanjutan di SMART Modular Technologies. “Kami komited untuk membangunkan pelbagai produk CXL yang mematuhi piawaian industri paling ketat bagi memastikan tahap keserasian maksimum untuk pelanggan dan rakan kongsi kami.”

Program Pematuhan CXL memastikan setiap produk memenuhi piawaian ketat dari segi fungsi dan keserasian, sekali gus mengukuhkan lagi peranan SMART Modular Technologies sebagai peneraju dalam industri. Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian CXL daripada SMART, sila layari bahagian produk CXL di laman web rasmi SMART.

Penguin Solutions, logo bergaya “S”, “SMART” serta “SMART Modular Technologies” ialah tanda dagangan milik kumpulan syarikat di bawah Penguin Solutions, Inc. “Compute Express Link” dan “CXL” pula merupakan tanda dagangan milik Compute Express Link Consortium, Inc. Semua tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing.

Maklumat tentang SMART Modular Technologies, Inc.
Sebuah Syarikat Penguin Solutions

SMART Modular Technologies membantu pelanggan di seluruh dunia untuk mencapai pengkomputeran berprestasi tinggi melalui reka bentuk, pembangunan, dan pembungkusan maju penyelesaian memori terintegrasi. Portfoli kami merangkumi teknologi memori terkini hingga produk DRAM dan storan Flash standard serta warisan. Selama lebih dari tiga dekad, kami telah menyediakan penyelesaian memori dan storan yang standard, lasak, dan disesuaikan untuk memenuhi keperluan pelbagai aplikasi dalam pasaran yang berkembang pesat. www.smartm.com

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20250415774873/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi 

Maklumat Hubungan Pemasaran Produk
Arthur Sainio
SMART Modular Technologies
Pengarah, Pemasaran Produk DRAM
39870 Eureka Dr., Newark, CA 94560
+1 (510) 364-3647
arthur.sainio@smartm.com
 
Maklumat Hubungan Media
John Crook
SMART Modular Technologies
Komunikasi Pemasaran
+1 (510) 474 8326
john.crook@smartm.com
 
Maureen O’Leary
Penguin Solutions
Pengarah, Komunikasi
+1 (602) 330-6846
pr@penguinsolutions.com
 
Sumber: Penguin Solutions, Inc.

--BERNAMA

+