·
Dron AI Menewaskan Juruterbang Manusia dalam Siri Paling Canggih dan Mencabar yang dianjurkan oleh Kejohanan Dron Autonomi A2RL x DCL, Menandakan Satu Pencapaian Besar dalam Inovasi Penerbangan Autonomi·
Lebih 2500 Penonton Menonton Pelumba Dron Autonomi Terbaik Bersaing untuk Hadiah Terkumpul $1 Juta Merentasi Empat Format Perlumbaan Tercanggih·
MavLab (TU Delft) Menguasai Kejohanan dengan Tiga Kemenangan dalam AI Grand Challenge, Perlumbaan Drag AI dan AI Vs Human; TII Racing (Technologi Innovation Institute, Abu Dhabi) Memenangi Perlumbaan Dron Berbilang Autonomi AI ABU DHABI, Emiriyah Arab Bersatu, 17 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Abu Dhabi Autonomous Racing League (A2RL), sebahagian daripada Advanced Technology Research Council (ATRC), dengan kerjasama Drone Champions League (DCL), mengakhiri Kejohanan Dron Autonomi A2RL x DCL di Timur Tengah, di ADNEC Marina Hall, Abu Dhabi, UAE. Dalam satu kejayaan besar untuk penerbangan autonomi dan robotik udara, dron AI Team MavLab mengatasi juruterbang manusia terkemuka di dunia untuk memenangi AI vs Human Challenge. Pertarungan satu lawan satu ini adalah yang paling kompleks pernah diadakan, yang menampilkan peserta akhir daripada DCL Falcon Cup—antara juruterbang dron terbaik di dunia.
Sepanjang dua hari yang paling getir, 14 pasukan antarabangsa layak untuk minggu akhir, dengan empat terbaik mara untuk bersaing dalam pelbagai format perlumbaan yang mencabar. Pasukan daripada UAE, Belanda, Austria, Korea Selatan, Republik Czech, Mexico, Turkiye, China, Sepanyol, Kanada dan Amerika Syarikat mewakili gabungan makmal universiti, institusi penyelidikan dan syarikat inovatif baharu.
Setiap pasukan berlumba menggunakan dron mengikut standard yang ditentukan dan dilengkapi dengan modul pengkomputeran NVIDIA Jetson Orin NX yang kompak tetapi berkuasa, kamera menghadap ke hadapan dan unit pengukuran inertia (IMU) untuk persepsi dan kawalan atas dron. Tanpa input manusia, semua dron ini bergantung sepenuhnya pada pemprosesan masa nyata dan proses membuat keputusan berasaskan AI untuk mencapai kelajuan melebihi 150 km/j melalui persekitaran perlumbaan yang kompleks.
Reka bentuk laluan melangkaui had autonomi berasaskan persepsi —menampilkan jarak get yang luas, pencahayaan tidak sekata dan penanda visual minimum. Penggunaan kamera rolling shutter menambahkan lagi kesukaran, menguji keupayaan setiap pasukan untuk menunjukkan prestasi yang pantas dan stabil dalam keadaan yang mencabar. Ini merupakan perlumbaan dron autonomi yang pertama kali diadakan pada skala dan sekompleks ini di trek yang sangat terhad daripada segi visual, sekaligus membuktikan tekad dan cabaran teknikal dalam acara ini.
Detik Penting Kejohanan·
Pemenang AI Grand Challenge : MavLab (TU Delft) mencatat masa terpantas sepanjang laluan 170-meter, melengkapkan dua pusingan (22 pintu laluan) dalam hanya 17 saat.
·
Pemenang Pertarungan AI vs Human : Dron autonomi MavLab mengatasi juruterbang manusia terbaik—dalam pertarungan bersejarah AI vs Human.
·
Pemenang Perlumbaan Dron Berbilang Autonomi : TII Racing muncul juara dalam format berbilang dron, dalam ujian kelajuan tinggi koordinasi AI dan keupayaan mengelak pelanggaran.
·
Pemenang Perlumbaan Drag Autonomi : MavLab (TU Delft) menjuarai perlumbaan drag AI sahaja yang pertama di dunia, menunjukkan kelajuan garis lurus dan kawalan di bawah pecutan tinggi menewaskan pasukan terbaik kejohanan.
“Di ATRC, kami percaya bahawa inovasi mesti dibuktikan dalam dunia nyata, bukan sekadar dijanjikan," kata
Y.M. Faisal Al Bannai, Penasihat kepada Presiden UAE untuk Penyelidikan Strategik dan Hal Ehwal Teknologi Maju, dan Setiausaha Agung ATRC . “A2RL bukan sekadar perlumbaan, ia tapak ujian global untuk dron autonomi berprestasi tinggi dan menunjukkan komitmen UAE untuk memajukan AI, robotik dan mobiliti generasi seterusnya secara bertanggunjawab.”
“Masa hadapan penerbangan tidak direalisasikan dalam makmal—ia disaksikan di trek perlumbaan,” kata
Stephane Timpano, CEO ASPIRE, entiti penganjur Liga Perlumbaan Dron Autonomi Abu Dhabi. “Apa yang kami lihat pada hujung minggu ini mendekatkan kita ke arah penskalaan sistem autonomi dalam kehidupan sehari-hari .”
Markus Stampfer, Pengerusi Eksekutif DCL, menambah: “Kami membawa persekitaran perlumbaan elit ke penerbangan autonomi—dan AI menyahut cabaran ini. Ini adalah kemajuan besar untuk sukan dan teknologi."
Teruja setelah merangkul tiga gelaran utama,
Christophe De Wagter, prinsipal pasukan MavLab, berkata, “Memenangi AI Grand Challenge dan perlumbaan AI vs Human adalah pencapaian besar bagi pasukan kami. Ia mewajarkan penyelidikan dan eksperimen yang dilakukan selama bertahun-tahun dalam penerbangan autonomi. Melihat algoritma kami menunjukkan prestasi terbaik dalam persekitaran yang sangat mencabar ini dan membawa pulang sebahagian besar daripada hadiah terkumpul, memberi kepuasan yang sangat tinggi. ”
Program A2RL X DCL Drone STEM, direka dengan kerjasama UNICEF dan di bawah pengawasan ATRC, telah melatih lebih 100 pelajar Emiriyah. Lebih 60% telah memperoleh sijil Trusted Operator Program dan 24 telah mencapai skor sempurna, menunjukkan kemahiran penerbangan tercanggih yang dibangunkan sebagai sebahagian daripada program.
Dengan peringkat akhir dron kini tercatat, semua perhatian tertumpu kepada Musim 2 siri perlumbaan kereta autonomi A2RL, yang akan dianjutkan untuk Q4 2025 di Litar Yas Marina di Abu Dhabi.
*Sumber: AETOSWireTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
https://www.businesswire.com/news/home/20250416147445/en ContactsThushara Mohanan
thushara.mohanan@tii.aeSumber: Technology Innovation Institute
--BERNAMA